HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 27 December 2013

Dating Berdua

Assalamualaikum dan Salam Jumaat



Ahad minggu lepas, Husband ajak keluar kira dating berdua je lah tanpa anak-anak.
Memang dah lama gila tak keluar berdua-duaan ni.
Last sekali masa Adik tak keluar lagi kot..
Entahlah Mummy pun macam dah tak ingat sangat.. 
Mummy sekarang kan dah jadi pelupa..hehehe 

Anak-anak kami tinggalkan kat rumah mertua
Alhamdulillah mertua pun okay je dan faham suami isteri ni nak dating..hihihi
Makanan, pakaian, susu dan segala keperluan anak Mummy dah sediakan semuanya
Sekurang-kurangnya Mummy Daddy dating taklah risau sangat
Boleh dating dengan aman..hehehe.

Kali ni keluar dating sebab husband teringin nak tengok wayang.
Husband sebenarnya dah lama ajak keluar berdua
Tapi Mummy yang takde masa, kesian kat anak-anak.
Lagi-lagi sejak dua anak ni, rasa macam malas je nak keluar.
Selalu kalau keluar pun mesti bawah anak-anak sekali..
Tapi sekali sekala dapat keluar berdua ni alahai bestnyaaa, 
Rasa macam baru bercinta je..tehehe

Otw nak ke Subang Parade
Suami isteri selfie-selfie dulu..tehehe
Petang tu kami tengok cerita Hobbit.
Layankan jelah apa husband nak tengok, janji dua-dua happy.
Cerita ni memang best gilak. Bayangkan Mummy nak terkencing pun sanggup tahan-tahan
Sebab tak nak ketinggalan cerita. Cerita ni dekat 3 jam kot.   
Dahsyattt betul Mummy sanggup tahan-tahan..hahahaha!

Cerita habis je husband ajak makan aiskrim pula
Mak aii dahlah Mummy kesejukan dalam tu
Husband selamba je nak makan aiskrim, biar betul dia ni..

 
Mummy tak sanggup makan aiskrim, temankan husband je.
So husband ambil yang paling kecil tapi kongsi untuk dua orang..hahaha

Sekali sekala dapat keluar berdua ni, memang seronok sangat.
Tapi dalam masa yang sama tetap rinduuuu kat anak-anak tersayang.
Setiap kali pergi mana-mana Mummy wajib tengok video anak-anak
Sampaikan husband cakap " rindu anak je ke, Daddy tak rindu ker? "
Bila husband cakap macam tu nampak sangat jeless..hmmm

10 comments:

  1. makan ice cream jek??
    hahaha...
    daddy ni bawak la mummy gi makan candle light dinner..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah makan aiskrim je..HAHAHA. Sebenarnya kat rumah mertua banyak makanan, masak macam-macam lauk. Kami memang plan tak makan kat luar. Kalau tak makan kat rumah mertua kang ada yang kecil hati pula..hehe

      Delete
  2. alahai sweetnya keluar berdua..bila la dapat nak keluar berdua ngan en asbeen gak ni

    ReplyDelete
  3. soooo suweet... nampak cam couple2 gitu, org tak tau anak dh 2 heehhehe

    ReplyDelete
  4. sesekali dating berdua, memang best pun.. hihihi

    ReplyDelete
  5. sama ngan dkna, siap tahan nak p toilet takot terlepas aksi best dalam hobbit :)

    ReplyDelete
  6. sesekali dating...tak de "handbag" kiri kanan..
    layankan aja mummy...asal dia bahagia..
    suka tengok..

    ReplyDelete
  7. sekali sekala dating ber2, okey gak..hehe..susah nk dpt peluang klu dah ber3, ber4 dan ber ber ber..

    btw selamat tahun baru wieyna & family :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page