HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 30 January 2013

Wordless Wednesday 7

Assalamualaikum Semua..
Sayang Mereka Ketat-Ketat (",)




Tuesday, 22 January 2013

Jantina Anak Kedua

Assalamualaikum Semua!


Sebelum ni Mummy dah banyak kali  membuat ujian Ultrasound tetapi memang tak nampak jantina.
 Setiap kali Mummy tanya doktor, dia pun tak yakin untuk bagitahu sama ada lelaki atau perempuan.
 Sebab setiap kali doktor scan asyik nampak bontot baby je..hehehe. Mummy nak ketawa pun ada.
  Tapi takpelah, Mummy dan Husband pun tak kisah lelaki atau perempuan,
Sebab semua tu kuasa Allah..Apa yang penting sihat sempurna..

Sebenarnya Mummy dah lama buat detail scan ni, masa bulan disember hari tu.
Mummy buat detail scan 4D kat hospital putrajaya.
Alhamdulillah jantina baby masa tu terus nampak..hehehe
Mesti ramai orang tersayang dan kawan-kawan Mummy ni sedang berteka-teki
menanti jantina anak ke 2 Mummy ni kan, sama ada anak lelaki atau perempuan.
 Mummy rasa banggalah pula sebab korang lagi excited dari Mummy..hihihi.
Apapun terima kasih semua atas doa dan perhatian korang pada Mummy dan baby dalam perut ni.
Sayang korang sangat-sangat..muahhh!


Okay kita sambung cerita..
Malam tu lepas tidurkan anak, kami suami isteri berborak-borak pasal anak.
Mummy berdebar sebenarnya nak buat detail scan hari tu,
macam-macam yang Mummy fikir, langsung tak boleh tidur.
Setiap kali Mummy tak boleh tidur, husbandlah peneman setia Mummy..
Kami akan bercerita apa saja sampailah Mummy buyung ni tertidur..heehehe
So malam tu kami sempat bercakap-cakap dengan baby sebelum tidur..

 Daddy : Sayang, esok Mummy nak tengok adik ni, kalau boleh janganlah main sorok-sorok lagi 
kesian Mummy Daddy tau, setiap kali nak scan asyik nampak bontot adik je..adik nakal yee
(Daddy pegang sambil usap-usap perut Mummy) 

Mummy : Adik sayang, esok jangan nakal-nakal tau. Jangan tunjuk bontot pula,
Mummy dah tak sabar nak shopping baju adik ni, adik nak baju baru tak?
( amboi baby bagi responlah pula, nak baju barulah tu..hehehe )

Daddy : Adik sayang Mummy tak? (Baby semakin aktif bergerak..hehehe)
Daddy : Hah kalau sayang Mummy, esok adik kena buktikan tau..

Ya Allah! kali ni baby tendang kuat sangat, Daddy pun terkejut..haha!
Baby marah agaknya Mummy Daddy asyik nak paksa-paksa je..hehe

Pagi tu Mummy pergi hospital putrajaya awal sikit.
Almaklumlah bukan senang nak dapat parking kat hospital putrajaya ni, susah tau.
Kalau nak selamat kena datang awal. Husband tak dapat teman Mummy pagi tu sebab ada kerja penting. Sampai je hospital Mummy terus ambil nombor giliran. Okay Mummy nombor 5.
Sementara tunggu nama kena panggil, Mummy pergi makan.
1 jam kemudian barulah nama Mummy kena panggil.
Macam biasa Mummy kena timbang berat badan, check darah dan air kencing.
Selepas semuanya selesai barulah jumpa doktor, masa ni Mummy memang berdebar habis..hehehe

Kalau kawan-kawan nak tau, bila doktor tu letak je scanner tu kat rahim Mummy
Ya ALLAH terus je nampak BIRD baby! Mummy pun terkejut..hahahaaha
Doktor tak sempat nak cakap apa-apa, kesayangan Mummy dengan bangganya dah tunjuk bird dia..hihihi
Baru Mummy tau, ingatkan buat detail scan ni sekejap je rupanya lama tau, 

adalah dalam masa setengah jam macam tu..sebab semuanya doktor akan check.
Alhamdulillah baby sihat walafiat dan sangat aktif. 


Selepas semuanya selesai Mummy terus call husband tercinta
Amboi husband bukan main seronok lagi, sebab dia memang dah lama ramal akan dapat baby boy..
Nampak gayanya Mummy dah ada 3 hero yang sangat penting dalam hidup Mummy lepasni :')

Tapi ramai yang ramal Mummy akan dapat baby girl..hehehe
Takpelah kawan-kawan, semua ni kuasa Allah
Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..
InsyaAllah dua atau tiga tahun akan datang kita cuba lagi..
Tinggal 8 minggu je lagi Mummy akan bersalin, berdebar sangat menanti kehadiran anak kedua ni.
Tolong doakan Mummy semoga semuanya selamat dan dipermudahkan..InsyaAllah.


Wednesday, 16 January 2013

Blog Semakin Sunyi Sepi


Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Mummy doakan semuanya sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah Swt. Ramai yang bertanya kenapa blog Mummy sejak akhir-akhir ini sunyi sepi je tanpa berita sensasi dan terkini dari Mummy. Baru Mummy perasan lama sungguh Mummy tak bergiat aktif dalam blog ni. Bukan takde cerita atau perkembangan terbaru..kalau ikutkan sebenarnya banyaakkkkkk sungguh cerita yang ingin Mummy kongsikan pada kawan-kawan semua. Tapi keadaan Mummy tak mengizinkan. Tapi siapa yang follow facebook atau instagram Mummy..hah jangan terkejut pula..Mummy buyung ni bukan main aktif lagi tau..hehehehe.

Ohh ye..hari tu Mummy dah buat detail scan untuk kandungan kedua Mummy ni. Alhamdulillah baby sihat dan sangat aktif! dan yang paling penting jantina baby pun dah nampak..hehehe. Hah cuba teka baby boy ke baby girl? Siapa dapat teka dengan betul Mummy belanja makan KFC..hihihihi.
( mengada-ngada betullah Mummy buyung ni kan :p )
Jawapannya korang tunggu entry akan datang ye. Alahai.. Mummy dah tak sabar nak shopping baju baby ni. Geram tengok harga runtuh sana sini..huhuhuhuhu

Thursday, 10 January 2013

Tahun Baru 2013




Assalamualaikum semua. Waaa..lamanya Mummy tak update blog ni,
Nampak sangat Mummy buyung ni sibuk memanjang..hehehe
Ini entry pertama Mummy untuk tahun baru 2013..
Alhamdulillah masih diberi nafas untuk meneruskan hidup
Dan masih diberi peluang untuk menikmati segala nikmat didunia ini.
Sedar tak sedar kita semua sudah pun masuk ke tahun baru 2013.
Semoga tahun baru ini lebih baik dan lebih bermakna dari tahun sebelum ini.
Dan mudah-mudahan apa yang kita hajati tercapai pada tahun ini..InsyaAllah.

Cepat benar masa berlalu..Sekejap je dah tahun 2013. 
Umur pun semakin meningkat..hehehe. Alamak semakin tualah..huhuhuhu
Tak kisahlah yang penting bahagia..betul tak kawan-kawan..hihihi
Azam? Haaa..apa azam korang semua tahun ni? Mesti macam-macam azam kan.
Mummy sebenarnya dah pasang azam semasa Maal Hijrah hari tu.
Azam Mummy tetap sama macam tahun-tahun lepas.
Kalau boleh kami sekeluaga sentiasa dan terus dimurahkan rezeki 
dan kesihatan yang baik..InsyaAllah..

Rasanya masih belum terlambat untuk Mummy ucapkan selamat tahun baru 2013 
kepada semua kawan-kawan Mummy yang terus setia follow blog ni.
Mudah-mudahan kita semua terus memperolehi kejayaan, kegembiraan 
dan kesihatan yang baik sepanjang tahun 2013 ini. 

Eh kawan-kawan semua jomlah follow Instagram Mummy. 
" SherwieynaMuzzawer"
Mummy sebenarnya baru aktif dalam Instagram ni, 
Sebab adik beradik Mummy semuanya guna Instagram senang sikit nak berhubung. 
Kalau boleh Mummy pun nak ajak korang semua. Best tau main Instagram ni..
So jangan lupa follow kita ye ;')

Selamat Tahun Baru Semua!..TATA :')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page