HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 15 February 2013

Happy Birthday To Me !!!


Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua..

14 Febuari 2013
Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur
 dan dapat sambut birthday lagi..hehehe!
 Pejam celik, pejam celik umur Mummy dah pun masuk ke frasa 30an..
Tiba-tiba rasa macam dah tualah pula..hewhewhew!
Alah ayat dah 'tua' ni macam tak bestlah pula..
Bukan tua tau, tapi semakin matang sebenarnya..heheheeh!
( Saja nak sedapkan hati, padahal memang dah tua pun..kuikuikui )

Ini birthday cake Mummy Buyung semalam
Rasa terharu sangat dapat cake yang sangat comel ni dari insan tercinta.
Sebenarnya sehari sebelum tu husband dah belanja makan-makan,
Tapi without a birthday cakelah. Mummy tak pernah minta pun..
Tapi husband memang selalu macam ni.
Dari mula bercinta, setiap tahun Mummy akan dapat cake.
Bila dah kahwin ni lagi macam-macam Mummy dapat..hehehe
Tapi, Kadang-kadang rasa bersalah pun ada,
sebab Mummy pernah terlupa birthday husband sebelum ni,
sedangkan husband tak pernah lupa pun birthday Mummy.
 kesian.. kecil hati dia.

" Maafkan Mummy Sayang.."

Terima kasih untuk cake ni Daddy!
Mummy sayang dan cinta Daddy ketat-ketat..hehehe
Semoga kita terus kekal bahagia bersama anak-anak kita..Muaaahhhhhhh!!!

Sempena birthday Mummy tahun ni, harapan dan doa Mummy
Semoga Allah terus memberkati perjalanan hidup Mummy
dan sentiasa memberi kebahagiaan yang berterusan buat kami sekeluarga,
dipanjangkan umur, diluaskan rezeki, dipermudahkan segala urusan
Dan dikurniakan anak-anak yang comel dan soleh..Aminnn

Terima kasih kepada semua yang sudi wish birthday Mummy semalam
Terima kasih kepada family tersayang, kawan-kawan ofis, facebook, instagram, twitter dan
tak lupa kepada mereka yang sudi sms and whatsapp Mummy semata-mata nak wish birthday.
Thanks untuk doa korang semua. Mummy terharu sangat.
Yang tak wish atau terlupa nak wish tu, takpe Mummy tak kisah.
Janji Mummy sentiasa diingatan korang (hahahah..perasan betul! ;p )
Okay jumpa lagi dan selamat berhujung minggu semua..Tata! (^^,)
  


Wednesday, 13 February 2013

Barang Adik Siap!

Assalamualaikum Semua..
Senangnya hati Mummy sekarang ni
Sebab semua barang keperluan baby dah complete.
Tinggal barang Mummy je belum beli lagi..
Takpe-takpe, yang penting barang Adik dah settle.
Hujung minggu ni baru settlekan barang Mummy pula :')


 Mummy pantang tengok baju baby yang comel-comel tau.
 Rasa macam nak borong je semua..hehehe
Tapi bila fikir-fikir balik macam membazir je.
Lagipun baju Abang time baby banyak dan masih baru lagi.
Ada yang tak sempat pun Abang pakai, yang lain pula sempat pakai sekali je..
Nasib baiklah dapat baby boy, boleh pakai baju Abang dia, jimat belanja..hehehe



Sebenarnya separuh barang baby ni mama papa yang belanja (mertua)
kami cuma tambah sikit-sikit je..beli apa yang penting sahaja.
Lagipun barang lain dah ada, tak perlu membazir.



Okay semua barang adik dah complete. Tinggal nak basuh dan gosok je lagi..
Semua tu Mummy serahkan pada Husband tercinta..hehehe
Setiap kali tengok semua barang-barang baby ni
Alahai tak sabar nak tunggu baby ni keluar,
Mummy tak sabar nak cium peluk hero kedua Mummy ni.
Sayang Adik sangat! ;')


Hah! gambar kat bawah ni bukan baju baby tau..
Tapi baju Abang kita yang makin lasak dan bijak tu.
Setiap kali shopping barang Adik, Abang pun akan dapat sekali.
Geram tengok baju ni, nampak comel je, terus borong..hehehehe





Monday, 4 February 2013

8 Bulan Yang Indah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Hari ini Mummy nak update pasal kandungan Mummy pula.
Alhamdulillah kandungan Mummy dah pun masuk 8 bulan lebih.
Terasa masa cepat sangat berlalu, tak lama lagi baby akan keluar..berdebar sangat.
Kawan-kawan semua sudah sedia maklumkan anak kedua Mummy ni baby boy ;)
Harap-harap kali ni rupa Mummylah kot.hehehe
Sebab si Abang tu sebijik macam Daddy dia..jeles tau!

26 Minggu
Baby sekarang ni semakin pandai dan bijak tau.
Kalau orang lain letak tangan atas perut Mummy, dia akan senyap jeee..
Tapi kalau Daddy dia yang letak tangan atas perut Mummy ni terus je bagi respon..hahaha
Kesayangan Mummy ni dah kenal Daddy ye..bijak-bijak.
Daddy pula sukalah bila anak dia bagi respon macam tu, Mummy nak tidur pun susah -__-"

27 Minggu

Masa checkup 28 minggu hari tu,
Nurse dah mula pesan barang keperluan Mummy dan baby dah mula kena standby.
OMG! awalnya. Barang baby dah ada, barang Mummy je belum lagi..huhuhuhu
Serius sekarang ni Mummy memang tak beli apa-apa lagi untuk diri sendiri.
Mummy utamakan keperluan baby dulu, barang Mummy kemudian pun takpe ;')

28 Minggu

Masa semakin hampir...
Banyak persediaan yang perlu Mummy settlekan dengan segera, terutamanya keperluan baby.
Alhamdulillah setakat ni semua barang-barang keperluan baby dah hampir lengkap.
Sejak Mummy 5 bulan hari tu Mummy dan husband dah mula beli barang baby sikit-sikit.
Sebab tak nak kelam kabut. Walaupun masa tu kami tak tau lagi jantina baby.
Tapi excited punya pasal dah mula shopping..hehehe

29 Minggu

Sekarang ni Mummy semakin kerap merasa sakit-sakit di bahagian bawah abdomen.
Lagi-lagi kalau baby aktif sangat bergerak, rasa tak selesa, nak terkencing pun ada.
Mungkin sebab tekanan dari kepala baby yang dah mula turun kot.
Maklumlah sekarang Mummy sedang melalui saat-saat akhir trimester ketiga.
Macam-macam sakit dan perasaan yang Mummy lalui sekarang ni.
Tapi Alhamdulillah Mummy dapat atasi semuanya dengan baik.
Kalau boleh tak nak stress-stress fikir semua tu, tak baik untuk baby nanti..

 30 Minggu

Sejak kandungan Mummy 4 bulan sampailah sekarang,
Mummy seronok sangat menikmati saat-saat indah baby bergerak dan menendang dalam perut ni.
Biasanya baby akan mula aktif waktu subuh. Waktu lain dia akan aktif pukul 10 pagi,
12 tengahari, 2 petang, 5 petang, 8 malam dan 1 pagi sampailah ke subuh.
Tapi bila dah mula sarat ni, baby kurang bergerak pula, Mummy risau juga..
Tapi bila Mummy tanya doktor semua tu normal sebab baby semakin membesar.
Syukur Alhamdulillah...


32 Minggu

Sekarang kandungan Mummy dah masuk 34 minggu. Hujung Minggu ni genap 35 minggu.
Banyak lagi nak cerita pasal perkembangan baby dan kesihatan Mummy sepanjang mengandung ni.
Tapi korang tunggu next entrylah  pula ye..insyaAllah Mummy akan update entry seterusnya.
Tinggal 5 minggu je lagi menikmati saat-saat indah ni, excited sangat nak jumpa baby.
Semoga Allah permudahkan semuanya aminnn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page