HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 28 August 2013

Wordless Wednesday 9



Assalamualaikum



Alhamdulillah hari ini Dannish Riffqie genap 6 bulan.

Tuesday, 20 August 2013

Happy 2nd Birthday Daniael Mieqael!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
 



Alhamdulillah.. hari ini genaplah umur Abang 2 tahun. 
Semoga terus membesar menjadi anak yang soleh, sihat, bijak, pandai, 
menjadi abang yang baik untuk adik-adik dan paling penting sekali sentiasa
membanggakan Mummy Daddy sampai bila-bila..

Mummy sentiasa sayangkan Abang. Kasih sayang Mummy pada Abang dengan Adik tetap sama
walaupun Adik sentiasa dengan Mummy. Abang dengan Adik segalanya buat Mummy..


Tapi yang sedihnya, birthday Abang tahun ni Daddy tiada disisi.
Mummy sedih pula nak taip ayat seterusnya, Mummy tak boleh tahan air mata ni mengalir
Mummy pula yang terlebih emosi.. Eee tak sukalah!

Walaupun Abang baru masuk 2 tahun, tapi Mummy tahu Abang mesti pelik mana Daddy pergi.
Abang pasti tertunggu-tunggu bila Daddy nak balik,
sebab tak sabar nak main bola dengan Daddy,
Tak sabar main kejar-kejar dengan Daddy,
Tak sabar main gusti dengan Daddy,
Tak sabar tengok bola dan menjerit sama-sama Gol!!!
Tak sabar keluar jalan-jalan dengan Daddy
Mesti Abang rindu sangat kat Daddy, cuma Abang tak boleh luahkan saja perasaan itu..


Setiap kali Abang tanya pasal Daddy, Mummy akan cium peluk Abang sekuat mungkin.
Mummy tak tahu kenapa Mummy sedih sangat bila Abang bertanyakan pasal Daddy
Kesian tengok Abang...
"Sabarlah sayang, Daddy kerja untuk masa depan kita semua.."



Okay lupakan kesedihan. Jom kita tengok Adik pula..hehe




Cepatnya masa berlalu, sampai Mummy tak sedar anak-anak Mummy dah besar panjang.
Abang dengan Adik pun dah sama besar comel je..
28 Ogos 2013 ni adik baru nak masuk 6 bulan. Tapi tengoklah saiz adik kalah Abang.. hehe!


Okaylah kesayangan Mummy semua, Mummy nak cerita lagi sebenarnya
tapi lain kalilah pula. Mummy ada kerja yang perlu disettlekan dengan segera.
Maaf ayat ayat cinta Mummy ni tunggang langgang..hahaha. harap korang semua faham..hehe

Tata semua..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page