HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 25 September 2013

Gambar Raya # 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua



Okay Mummy sambung cerita pasal raya hari tu ye
Sorry entry Mummy asyik tergantung je sekarang ni.
Terima kasih kerana terus bersabar..hehe.

Okay raya tahun ni nak kata best tu, bolehlah..
Ish bunyi macam tak best je..
Alaaa biasalah Daddy kan takde, itu yang rasa kurang best tu..
 Lagi satu Mummy rasa macam sekejap sangat dapat bersama dengan family
Mummy tak dapat cuti panjang, dapat cuti 11 hari jee  :'(
Tapi okaylah sekurang-kurangnya dapat juga beraya dengan family tersayang.

Sepanjang berada di sabah, kerja Mummy asyik ambil gambar je
Daddy pula asyik call tanya gambar anak-anak bila nak post nak tengok rinduuuu..
Kalau boleh hampir setiap masa Daddy nak gambar kami anak beranak
Kalau line internet okay takpe juga, ini tak semua line tak okay buat sakit hati je..
Kalau orang lain call pun asyik tak dapat, geram je Mummy masa tu..
Sebelum ni okay je, mentang-mentanglah Daddy takde semua line internet buat hal!
(ish ishh..tetiba hot pula..)

Okay entry kali ni Mummy sertakan gambar raya kami sekeluarga
Penat juga nak ambil gambar anak-anak, ada saja yang tak kena tapi tetap comel..hehe
Beberapa gambar diambil secara candid
Okay jom layannnnn..

Mummy bersama dengan kembar Daddy
Setiap kali rindu Daddy, kembar dia nilah jadi mangsa Mummy..hehe

Kalau Daddy ada mesti gambar ni dah lengkap dan comel.
"Alahai Adik buat mukalah pula..hehehe"

Posing dengan anak-anak di pagi raya..

Abang memang pantang nampak Adik dia, mesti datang dan kiss berkali-kali
Seronok je Mummy tengok..


Sejak Abang dah besar ni, rajin dan sukaaaaa sangat kiss Mummy dengan Adik.
Bahagia je rasa tengok Abang ni jadi seorang yang penyayang..


Adik selalu jadi mangsa Mummy, memang kena kiss kaw-kaw geram je rasa..hehe

Anugerah paling terindah dari yang maha esa dapat anak-anak comel.. Syukur!


Bersama Adik beradik Mummy..
Abaikan gambar anak buah Mummy yang tengah merajuk tu..tehehe


Kami yang gojes..hahaha




Gambar Keluarga bahagia Mummy.
Setiap kali tengok gambar ni, mesti rasa rinduuuuu sangat
Mesti rasa macam nak balik Sabah :'(


Okay ini je yang Mummy sempat share kat korang semua.
Gambar banyak lagi sebenarnya, tapi Mummy tak sempat nak masukkan semua.
Kalau nak tengok gambar yang banyakkkkkk sangat tu bolehlah follow instagram atau facebook kita.

Okay kesayangan Mummy semua, nanti Mummy update cerita lain pula ye.
Tata muahh..



Friday, 13 September 2013

Gambar Raya


Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua


Walaupun bulan syawal sudah berlalu
Masih belum terlambat kot nak buat entry pasal raya.
Mak aii.. Mummy ni, semua orang sibuk cerita pasal lepas raya
Kau baru sibuk-sibuk nak cerita pasal raya pula "Ada orang nak layan ke?!"

 Takpelah, Biarlah, layannn Jelah ye Mummy sorang ni..hehe

 Mummy rasa macam tidak lengkap pula jika tidak berkongsikan gambar-gambar time raya hari tu
Para pembaca blog ni mesti nak tau juga kan..
(Tapi yang selalu follow FB n Instagram Mummy tu mesti dah tau kot..)

Okay Mummy nak cerita seringkas yang boleh, tak nak cakap banyak
Biar gambar yang menceritakan segalanya..



Okay ini gambar semasa kat airport KLIA. Mummy balik 2 hari sebelum raya.
Macam-macam kejadian yang berlaku hari tu.
Ingatkan tanpa Daddy senanglah nak bawa anak-anak ni balik kampung (Sabah)
Rupa-rupanya bukan senang nak handle adik beradik ni, nasib baiklah adik (Tazz) Mummy ada
Bolehlah tolong apa yang patut. Tazz pegang Adik, Mummy pula pegang Abang.

 

Mesti korang pelik kenapa abang yang duduk dalam stroller tu dan bukannya adik..
Mummy terpaksa ikat abang ni ketat-ketat dalam stroller
Mummy dah tak sanggup nak kejar budak bertuah yang lasak sangat ni.
Dahlah ramai orang, kang tiba-tiba hilang mampus Mummy dengan Daddy.
Kalau Daddy ada takpe juga bolehlah main kejar-kejar dengan Abang
Tapi Mummy sangat-sangat tak larat, penat sangat, lagi-lagi puasa..huh!
Cara terbaik dan untuk keselamatan, Mummy sanggup dukung Adik daripada kejar Abang.
So duduklah Abang dalam tu..hehehe



Tapi dukung Adik ni boleh tahan juga. Tangan Mummy sampai cramp!
Terpaksalah bertukar-tukar dengan Tazz.. 



Punyalah semangat nak balik kampung, beg pun bawa besar-besar
Macamlah nak tinggal berbulan-bulan kat Sabah tu, padahal 11 hari je pun..hehe
Jangan salah faham okay, kalau korang nak tau semua tu barang keperluan anak-anak tersayang
Semua pun Mummy sumbat dalam tu, malas nak pening-peningkan kepala.
Senang tak payah susah-susah basuh baju, tukar je terus..(dasar Mummy pemalas..hehe)



Okay ini gambar bersama Mama Papa tersayang (mertua)
Merekalah yang hantar kami ke KLIA hari tu. Sempat posing sebagai kenang-kenangan...



Sebelum berlepas kami anak beranak sempat posing
Macam nilah sepanjang dalam pesawat, Abang dengan Adik duduk dengan Mummy
Nasib baiklah adik okay je, tak meragam langsung senang hati Mummy.





Abang pula.. jangan cakaplah memang tak duduk diam
seronok sangat naik kapal terbang, Mummy suruh tidur pun taknak
Nasib baiklah naik MAS ni selesa sikit, siap ada tv kat tempat duduk masing-masing
Abang apa lagi layannnnnn katun teruss..hehehe


Dannish Riffqie kali pertama naik kapal terbang
Alhamdulillah tak meragam, goodboy je..
Sepanjang perjalanan Tazz dengan Adik tidur jeee
Mummy dengan abang je tak tidur seronok layan katun..hehe


Hmmmm..kata tadi nak buat entry pasal hari raya
Nampak gayanya kena tunggu entry seterusnyalah kot..
Minggu depan Mummy sambung cerita ye..
Selamat Berhujung minggu semua..Tata!



Monday, 9 September 2013

Daniael Mieqael's Birthday Party

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.



Entry Mummy hari ni nak cerita pasal birthday party Abang untuk 2 tahun.
Mummy sebenarnya tak plan apa-apa pun pasal birthday Abang ni, 
takde mood sangat sebab Daddy takde. Tapi kesian pula kat Abang, 
sebab Mummy takde mood Abang pula jadi mangsa :'(
Tapi untung sangat ada adik beradik ramai ni dan faham situasi Mummy
So merekalah yang plan semua ni, Mummy rasa berterima kasih dan terharu sangat.


Birthday abang sebenarnya pada 20 ogos 2013
Tapi adik beradik Mummy sambut lebih awal, lagipun Mummy balik raya hari tu cuma 11 hari je.
Tak sempat nak tunggu sampai 20hb. Alhamdulillah apa yang dirancang semuanya berjalan lancar
Abang pun nampak happy sangat..




Tema pakaian kami sempena birthday abang sangat comel gituuuu.
Kami adik beradik wajib pakai baju kotak-kotak ataupun petak-petak,
inipun kami cari last minit kecuali baju abang dengan adik.

Baju abang dengan adik memang dah ada, Daddy beli kat US hari tu.
Adik beradik Mummy pun plan pakai baju yang sama, janji semua sama dan nampak comel..hee



Disebabkan Abang terlampau sangat sukaaaaaa dengan Upin Ipin
Adik beradik Mummy pun tempah kek istimewa ni untuk Abang tersayang
Abang nampak je kek upin ipin ni bukan main seronok lagi dia..hehe



Paling seronok bila si Ayam tu tiba-tiba je muncul di belakang Abang
sambil menjerit "Supriseeee Daniael Mieqael..!!!"

Mak aii.. Mummy pun terkejuuuuutt..
Mummy tak tau pula ada Ayam besar ni..HAHAHA



Kehadiran si Ayam tu buat semua orang ketawa sampai keluar air mata tau
Memang happy tak terkata tengok ayam ni menari-nari..hahaha









Mummy paling tak tahan tengok gambar ni, comel sungguh.
Nasib baik adik Mummy sempat snap gambar ni
Tengoklah betapa gembiranya anak Mummy sorang lagi tu..GERAAAM!



Kesian budak bijak ni kena buli dengan Mummy..HAHAHA
 'Sorry Daddy sila jangan marah..hehe'


Walaupun Daddy tak dapat bersama..
Alhamdulillah kami anak beranak seronok
tapi kalau Daddy ada mesti lagi best dan meriah..
Takpe tunggu tahun depan pula, insyaAllah kami dapat bersama.





Pantang nampak kawan memang tak duduk diamlah anak bertuah ni..
Nak ambil gambar pun susah, kawan lagi penting katanya..



Kesian time ni Abang kena buli sakan.
Tapi memang seronok sangat. Semua pun sporting je.





Inilah keluarga bahagia Mummy. Setahun sekali je dapat berjumpa.
Hari-hari biasa kami hanya dapat berhubung dalam telefon, facebook dan yang pasti instagram.
Tapi sekarang ni dah macam-macam kemudahan yang ada semua free pula tu
Lagilah best dapat bercakap sakan..hehe.




Okay ini gambar penutup..hehe
Lain hari kita jumpa lagi ye. Mummy harap korang semua enjoy layan blog ni..
Babai semua..Muahhh!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page