HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 30 October 2013

Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Rabu Semua


Hari ini barulah Mummy berkesempatan untuk kongsikan cerita percutian kami baru-baru ni.
Maklumlah, Husband pun baru balik dari US, memang sedikit terbataslah masa untuk mengadap laptop.
Kalau Mummy asyik layan laptop ataupun henpon kang ada yang merajuk pula.
Tak pasal-pasal keluar ayat-ayat macam ni nanti..

" Mummy ni asyik layan facebook je! "
" Asyik layan instagram je! "
" Asyik itu asyik ini..dan blablablabla.. "

Hmmm.. Mummy taknak lah macam tu, Husband datang jauh-jauh kita pula sibuk nak layan benda lain.
Bila husband dah balik ni haruslah luangkan banyak masa untuk dia dan anak-anak.
Itu kewajipan utama Mummy. Benda lain Mummy takkan layan..heee

(19 Oktober 2013)
Okay, Mummy nak cerita pasal percutian kami baru-baru ni
Kami bukanlah bercuti di luar negara tapi sekadar di PORT DICKSON saje.
Percutian ke Port Dickson ni sebenarnya last minute punya planning.
Kami suami isteri mula-mula plan nak pergi bercuti ke tempat lain dan lagi jauh.
Tapi memandangkan cuti Mummy tak banyak,
So kami terpaksalah survey-survey tempat bercuti yang tak jauh sangat dari KL.
Tak nak travel jauh sangat sebab kesian kat husband penat. Penat balik dari US pun tak habis lagi.
Survey punya survey, last-last kami decide nak stay dekat PD je.
Lagipun Mummy tak pernah sampai PD lagi.
Tempat yang dituju, Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson :)
 

Mummy sebenarnya dah lama teringin sangat nak bawa anak-anak pergi bercuti.
Setiap kali nak pergi mesti tak jadi. Ada je yang tak kena.
Tapi Alhamdulillah kali ni semuanya selamat..hehehe

 Sementara tunggu Daddy settlekan bilik, Kami posing dulu..tehehe


Masuk bilik je, perkara pertama Mummy buat check semua yang ada dalam bilik.
Kot-kot ada orang menyorok dalam bilik tu ke..ishh tak boleh bayangkan!
Alhamdulillah keadaan bilik selamat dan sangat puas hati.
Dan paling penting sesuai untuk kami anak beranak honeymoon..hehehe

 Husband pula tak sabar-sabar buka langsir sebab nak tengok pemandangan kat luar.
Buka langsir je husband tiba-tiba menjerit

"Yaaannnggg cuba tengok ni, mesti sayang suka.."

Ini pemandangan dari atas bilik kami

 WOW! masya Allah punyalah excited dan teruja habis tengok swimming pool sebesar ini. 
Mummy pula yang tak sabar-sabar nak mandi..hehe 
Tujuan kami suami isteri datang sini pun sebab nak bawa dua beradik ni pergi berendam.
Anak bujang Mummy sorang tu sukaaaaa sangat main air.
Haaaa tempat ni memang sesuai sangatlah untuk Abang.
Tak sia-sia datang sini, boleh berseronok sakan dengan anak-anak.

 Okay Mummy tak nak cakap banyak
Jom layan gambar-gambar yang sempat Mummy upload ni.
Gambar banyak sangat sebenarnya, tapi tak sempat nak masukkan semua.
Yang Mummy sempat letak ni pun dah banyaaaakk sangat.
Jom layannnn dan semoga korang pun enjoy baca :')
 Bergambar before mandi manda bersama..hehe
Budak bijak ni dah bersiap sedia nak masuk pool kat depan tu..hehe!



HARI KEDUA

Abang antara orang paling semangat bangun awal.
Siap kejut Mummy Daddy lagi suruh bersiap secepat mungkin..hehe.
Hari kedua ni, abang lebih berdikari. Tak nak Mummy Daddy pegang-pegang tangan dia dah.
Abang dah tak takut-takut, dah boleh berseronok sendiri.
Tapi Mummy Daddy sentiasa pantau Abang juga, risau kot-kot ada orang tolak ke apa nanti.
Yang pasti kami sangat enjoy bersama...


Haabiiiiissss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page