HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 20 November 2013

Wordless Wednesday - 13

Salam Sayang Semua

Hari ini Mummy senang hati. 
Husband tercinta balik Malaysia petang ni.
Rinduuuu Mummy ni Tuhan je yang tau...
Walaupun terpisah 2 minggu je tapi Mummy rasa macam 2 tahun je 
Masuk kerja hari ni pun pakai lawa-lawa 
sebab nak posing depan Husband tercinta lah kononnyaa..tehehe


Oppppsss! kononnya Wordless Wednesday tak boleh taip ayat panjang-panjang
Tapi tertaip panjang-panjang juga, haih layan jelah yea Mummy sorang ni :')

Thursday, 14 November 2013

Bila Anak Sakit


Assalamualaikum & Salam Sayang Buat Semua.

Dalam 2 minggu ni Mummy sibuk dan penat sangat.
Ya Allah memang penat sangat. Sampai demam dibuatnya.
Husband pula baru je pergi Myanmar atas urusan kerja selama 2 minggu.
Dalam 2 minggu tu Mummy rasa stress yang melampau.


 3 hari sebelum Husband pergi Myanmar,
Anak-anak tetiba je demam serentak. 
Selalu sangat macam ni, setiap kali Husband outstation anak mesti demam.
Terutama sekali si Abang tu. Siang malam asyik cari Daddy je sampailah demam.
Husband pula asyik outstation jauh-jauh je, kesian kat anak anak. Geram je Mummy. 
Nasib baiklah Daddy pergi 2 minggu je kalau 2 bulan 
Confirm meroyan tak sudah lagilah Mummy sorang ni..huhuhu 
Tapi bila fikir fikir itulah rezeki kami anak beranak yang terpaksa Daddy korbankan.

"Mummy sayang Daddy!"


 Bila anak anak demam YA ALLAH susahnya hati. 
Lagi-lagi kalau anak tak boleh tidur malam. Rasa macam nak menangis pun ada.
Sedih sangat sebab tak sanggup tengok anak-anak sakit, rasa macam nak mati je.
Nak ambil cuti macam rasa bersalah pula dengan bos, sebab kerja banyak sangat.
Cuti tahunan Mummy pula dah tak banyak. Cuti habis pun sebab anak anak je. 
Tapi takpelah anak anak lagi penting. Nak tak nak terpaksa juga ambil cuti.
Abang demam sebab tak nak berpisah dengan Daddy kot.
Adik pula demam sebab tumbuh gigi. Sekarang Adik dah ada 5 batang gigi..Syabass!! 
 Alhamdulillah sekarang anak-anak dah sihat, dah aktif macam biasa.

 Setiap Malam Daddy akan call. Tak cakap lama pun sekadar bertanya khabar.
Orang pertama yang akan Daddy tanya sudah pasti anak-anak kesayangan dia.
Hmmmm..nampak gayanya Mummy dah jadi yang ke-3 dalam hidup Daddy.
Mummy dah tak sepenting dulu kot (tetiba sedih).
Tapi takpelah bukan orang lain pun anak-anak kami juga. 
Kalau orang lain memang Mummy kerjakan Daddy kaw-kaw..hehehe!

Ohh yaa.. hampir terlupa hujung minggu ni family sabah nak datang.
Ya Allah happynya. Tak sabar nak jumpa mereka..rinduuu sangatt!!!
Okay kesayangan Mummy semua, jumpa lagi babai :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page