HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 27 December 2013

Dating Berdua

Assalamualaikum dan Salam Jumaat



Ahad minggu lepas, Husband ajak keluar kira dating berdua je lah tanpa anak-anak.
Memang dah lama gila tak keluar berdua-duaan ni.
Last sekali masa Adik tak keluar lagi kot..
Entahlah Mummy pun macam dah tak ingat sangat.. 
Mummy sekarang kan dah jadi pelupa..hehehe 

Anak-anak kami tinggalkan kat rumah mertua
Alhamdulillah mertua pun okay je dan faham suami isteri ni nak dating..hihihi
Makanan, pakaian, susu dan segala keperluan anak Mummy dah sediakan semuanya
Sekurang-kurangnya Mummy Daddy dating taklah risau sangat
Boleh dating dengan aman..hehehe.

Kali ni keluar dating sebab husband teringin nak tengok wayang.
Husband sebenarnya dah lama ajak keluar berdua
Tapi Mummy yang takde masa, kesian kat anak-anak.
Lagi-lagi sejak dua anak ni, rasa macam malas je nak keluar.
Selalu kalau keluar pun mesti bawah anak-anak sekali..
Tapi sekali sekala dapat keluar berdua ni alahai bestnyaaa, 
Rasa macam baru bercinta je..tehehe

Otw nak ke Subang Parade
Suami isteri selfie-selfie dulu..tehehe
Petang tu kami tengok cerita Hobbit.
Layankan jelah apa husband nak tengok, janji dua-dua happy.
Cerita ni memang best gilak. Bayangkan Mummy nak terkencing pun sanggup tahan-tahan
Sebab tak nak ketinggalan cerita. Cerita ni dekat 3 jam kot.   
Dahsyattt betul Mummy sanggup tahan-tahan..hahahaha!

Cerita habis je husband ajak makan aiskrim pula
Mak aii dahlah Mummy kesejukan dalam tu
Husband selamba je nak makan aiskrim, biar betul dia ni..

 
Mummy tak sanggup makan aiskrim, temankan husband je.
So husband ambil yang paling kecil tapi kongsi untuk dua orang..hahaha

Sekali sekala dapat keluar berdua ni, memang seronok sangat.
Tapi dalam masa yang sama tetap rinduuuu kat anak-anak tersayang.
Setiap kali pergi mana-mana Mummy wajib tengok video anak-anak
Sampaikan husband cakap " rindu anak je ke, Daddy tak rindu ker? "
Bila husband cakap macam tu nampak sangat jeless..hmmm

Tuesday, 24 December 2013

Anak Gunting Rambut

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua.


Jumaat lepas, Mummy habis kerja je Husband terus ajak ke Alamanda.
Mula-mula Mummy tak faham kenapa dan untuk apa nak ke sana.
Dahlah Mummy tengah penat, husband pula ikut suka hati dia je
Mentang-mentanglah dia cuti hari tu..geram je.

Dalam kereta Mummy senyap je tak bercakap langsung.
Bukan marah merajuk pun tidak tapi penat sebab tu Mummy berdiam diri.
Husband pelik kenapa Mummy diam je
Husband terus pegang tangan Mummy sambil membelai-belai manja

"Kenapa ni sayang senyap je penat ke?"
(Mummy masih diamkan diri, malas nak bercakap sebenarnya)

Tiba-tiba husband cium tangan Mummy sambil kenyitkan mata

"Ishh sayang ni gatallah!.."

"Haaaa cakap pun!"
 (husband seronok je kenakan Mummy geram je rasa)

"Kita nak pergi mana sebenarnya yang, Mummy penatlah..."
"Laaaaa kata nak potong rambut anak-anak, takkan dah lupa kot.."

Adoi malunya tetiba je sekarang ni Mummy jadi pelupa.
Padahal malam tu dah berjanji dengan husband balik kerja je
terus bawah anak-anak potong rambut.

So petang tu kami ambil anak-anak kat rumah pengasuh dan terus pergi Alamanda.
Mummy  sebenarnya dah rimas tengok rambut anak-anak.
Dah panjang sangat nampak macam dah serabai je.
Rambut husband pun kalau dah panjang Mummy suruh potong rimaslah tengok.


Anak bertuah ni kalau potong rambut pun 1 bulan sekali.
Tapi itulah setiap kali potong rambut Mummy Daddy susah hati pening kepala
sebab abang tak nak potong rambut takuuuuttt.
Belum potong lagi Abang dah cuba lari dan menangis sabar jelah..

Okaylah Mummy Daddy tak nak paksa-paksa
"Abang duduk diam-diam okay, baca buku tu elok-elok ya sayang kejap lagi giliran Abang"

Memandangkan Abang tak nak, Daddy potong rambut dululah
Tapi masa Daddy potong rambut abang asyik jeling-jeling je dari jauh tengok Daddy
kelakar pula Mummy tengok..hehehe
  
Selesai je potong rambut Daddy, Abang masih berkeras tak nak.
Puas Mummy Daddy pujuk masih juga tak nak.
Hmmm..kalau abang tak nak takpelah biar Adik potong pula


Alolololooo goodboy nya Adik. Adik relax je tak menangis pun.
Mummy yang pegang adik ni pula berdebar risau.
Risau manalah tau Adik tetiba je nangis ke apa.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar adik pun nampak okay je..hehehe


Misi tetap diteruskan untuk pujuk abang dan tetiba Daddy janji..
"Kalau Abang okay dan tak nangis masa potong rambut nanti Daddy belikan aiskrim.."
Abang diam je tetiba menyerah diri, tapi masa potong tu bergenang jugalah airmata..hahaha


Pernah sekali kami cuba potong rambut Abang di rumah
Habis rosak dan tobek sana sini sebab Mummy Daddy main belasah je
Sebab tu Abang jadi trauma kot setiap kali nak potong rambut.
Sejak kejadian hari tu kami suami isteri terus je hantar kedai
Tak naklah potong sendiri takutttt..hehehe

Friday, 20 December 2013

Semoga Cinta Terus Ada


Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua
 

Lama tak post gambar pengantin lama ni kan..hehehe
Sesekali dapat selfie-selfie dengan Husband tercinta ni seronok sebenarnya.
Hanya kami yang tau betapa bahagia dan indahnya hidup ini dapat luangkan masa bersama.


Dah lama rasanya tak ambil gambar bersama
Asyik snap gambar anak-anak je lepastu post kat instagram dan facebook
Gambar suami isteri ni jarang sekali kelihatan..
Sampaikan ada yang bertanya "Suami Mummy mana?"
Adoi sebak pula rasa bila family dan kawan-kawan bertanyakan hal sensitif ni..

Sejak Husband dapat kerja yang asyik outstation jauh-jauh ni
Mummy jarang sekali post gambar kami berdua.
Paling banyak pun gambar anak-anak tersayang je
Kalau tak pun post status meroyan sorang-sorang rindukan Husband tercinta -__-"


So kesempatan yang ada ni, Mummy snap sebanyak yang mungkin..hehehe
Gambar ni masih panas lagi tau baru je snap pagi tadi semasa husband hantar Mummy kerja
Husband pula bagi kerjasama yang sangat cool posing ala-ala artis gitu..hehehe


Bergaduh, merajuk, marah, bermasam muka itu semua asam garam dalam rumahtangga
Kami pun tak terlepas melalui detik-detik indah itu..
Sebagai suami isteri kami tetap bersabar dan cuba jernihkan keadaan.
Tak kisahlah siapa yang merajuk, pujuk memujuk antara kami harus ada dan WAJIB!!!
Tapi rasanya Mummylah kot paling banyaaakkk merajuk ni..tehehe

 Kami tak pernah  kisah apa orang nak cakap pasal rumahtangga kami
Bahagia dan susah senang bersama hanya kami yang tahu dan tanggung bersama.


Doakan kami semoga kasih sayang dan cinta antara kami terus mekar selamanya :)



Wednesday, 18 December 2013

Wordless Wednesday 14 : Bahagia Itu Milik Kami





Monday, 16 December 2013

Teruja dapat pergi Big Bad Wolf!

Assalamualaikum..

 
Dah lama tak update blog. Tetiba je Mummy menghilangkan diri kejap :)
Mummy sebenarnya sibuk sikit dengan anak-anak.
Husband pula 2 hari lepas baru je balik dari Jakarta atas urusan kerja.
Anyway, kali ni nak kongsi cerita masa pergi Big Bad Wolf dekat Mines serdang hari tu.
Hari ke-3 pelancaran "Big Bad Wolf" Daddy terus ajak ke sana 
Sebab nak tambah koleksi buku bacaan anak-anak tersayang 
termasuklah Mummy punya..tehehe.
Yang bestnya semua ni Daddy belanja..huhuhuhuu 

  Puas hati betul dapat borong semua ni. 

Kami pergi bukan berdua je tau, tapi kami angkut anak-anak sekali.
 Nasib baiklah anak-anak okay je tak meragam.
Sebab sebelum perg kami anak beranak makan kenyang-kenyang dulu
Anak-anak pun cukup makan tidur dan rehat.
Tapi si Adik ni memang jenis kuat tidur. 
Pantang masuk kereta lepastu kena aircond sikit terus tertidur.
 
 Tapi nak ke sana bukan senang, jalan nak masuk kesana pun jammed habis.
Padahal tempat ni dekat je pun dengan rumah 10 Minit je. Tapi nak masuk dalam tu dekat 1 jam kot.
Orang tak payah cakap memang ramai gila!. Nak cari parking pun susah. 
Husband dekat 3 kali juga kot pusing satu bangunan tu semata-mata nak cari parking 
Huh..nasib baiklah dapat.


Okay ini pintu masuk utama. Sebelum masuk kami posing dulu..hehe
Mummy tak sempat lagi masuk tapi ramai betul yang bawa beg besar-besar.
Yang bawa trolley pun ada. Mummy pula yang berdebar tengok.
Maklumlah kali pertama pergi jadi jakunlah..hehee

Masuk-masuk je mak aii ramaaaaaiiiinyaaaa manusia kat dalam ni!
Buku pula macam-macam ada, 
Mummy terus jadi rambang mata nak pilih yang mana satu..huhuhu
Masa ni nafsu dah menguasai diri Mummy. 
Daddy pula sekadar tengok dan tersenyum-senyum sahaja perhatikan 
Mummy yang semakin rakus dan tamak memilih..hahaha!
(Bahaya betul ayat. Takpe Daddy belanja..hewhewhew)
 







Okay dah selesai, masa untuk bayar. Apa yang Mummy boleh katakan
Mummy puas hati sangat dapat pergi dan dapat borong sakan!
Rugi rasanya siapa yang tak pergi.
Tapi sesiapa yang dah pergi tahniahlah..hehehe
  
Anyway, The Big Bad Wolf  Book Sale 2013 dah pun tutup semalam.
Dan tahun depan mungkin ada lagi kot. Sebab husband cakap setiap tahun ada.
InsyaALLAH tahun depan ada rezeki dan masih panjang umur Mummy nak pergi lagi!
Tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan buku dengan harga murah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page