HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 10 January 2014

Hujung Minggu Kami

Assalamualaikum

Ahad lepas sebelum husband bertolak ke Sarawak
Kami anak beranak makan kat luar
Kenapa makan kat luar?
Sebabnya Mummy penat malas nak masak masak..tehehe
Restoran yang dituju sudah pasti pilihan husband tercinta Nando's.

Bila semua dah kenyang, kami suami isteri bawah anak-anak pergi berhibur pula..hehe.
Kat Alamanda ni tempat permainan untuk kanak-kanak tak banyak, terhad sangat.
So kami singgah jelah mana yang sempat, lagipun abang memang suka main kat sini,
jadi layan jelah janji anak-anak happy...

Posing macam ala-ala model gitu..hehehe

Dah puas posing, anak-anak pun dah puas bermain kami singgah "Toy r us" pula.
Tujuan sebenar bukan nak beli pun saje saje nak cuci mata
Tapi bila sampai je dalam tuuuuu..
Ya Allah anak bujang Mummy sorang ni bukan main seronok lagi
Semua pun dia nak pegang, sabar jelah Daddy masa tu..haha

Daddy sekadar perhatikan je anak kesayangan dia..hehe

Ada budak tengah bodek Daddy belanja barang mainan.
Senyum sampai ke telinga abang kita ni bebas memilih..hahaha

Amboi Abang kita ni dah pandai pilih-pilih tau
Habislah Daddy kali ni abang berkenan barang mainan mahal..huhuhu

Okay Abang berkenan mainan ni,
nak tak nak Daddy terpaksa bayar..hahaha

Destinasi terakhir kami hari tu Mothercare.
Keperluan anak-anak harus diutamakan.
Mummy beli botol susu baru untuk abang dan adik.
Mummy berkenan sangat dengan Avent, jenama lain tak suka sangat
Setakat ini anak guna botol susu Avent ok je takde masalah 
Walaupun mahal tapi Mummy puas hati..

Yeayyy esok hari sabtu dah
Tak sabar tunggu kepulangan Husband tercinta
"Mummy Abang Adik rinduuuuuu Daddy sangat!"

Babai selamat berhujung minggu semua..


13 comments:

  1. Bukan abang dan adik aje yg rindu tu. Mummy pun lebih-lebih lagi sebenarnya kan abang&adik. Mummy saja tak mahu cakap:)

    Abang dah dpt mainan senyum lebarlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kak zakie ni macam tau-tau je malulah..hehe

      Delete
  2. seronokkan jalan dengan family..mmg best..nape la selaloo tak terserempak ye kat alamanda ni...kikikki..padahal rumah sue belakang tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Rumah kita dekat je dengan awak tapi selalu tak jumpa pun kat Alamanda. Takpe lepasni pasti jumpa!

      Delete
  3. rajinnya mummy bawak anak2 g jalan2. dah lama x mkn nando's, teringin pulak..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja nak bagi anak anak tengok dunia luar kesian pula asyik duduk dalam rumah je. Haaaa makan jangan tak makan nanti kempunan pula..hehe

      Delete
  4. Syiok jgk kdg2 hubs pegi outststionkan..
    Dpt rsa rindu rinduan giteww..
    Awwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang terasa sangat rinduuu bila husband takde..tapi kalau tak pergi outstation lagi best kot..hihi

      Delete
  5. Bestnya pergi jalan-jalan kan Mummy..Aida pon suka jalan-jalan..kalau boleh taknak duduk kat rumah ..nak keluar je kerja nya..hehe..Abg Adik pakai baju sedondon sangat comel!geram tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..perangai kita ni sama je kalau boleh tak nak duduk rumah nak selalu bawa anak anak keluar jalan jalan je. Mummy Daddy suka tengok anak anak pakai baju sedondon nampak comel jeee.. :)

      Delete
  6. geramnya tengok 2 beradik ni pakai baju sedondon..somel. silap2 nanti, dapat tawaran iklan, heee

    p/s 2 abdul kak tu pun...dah besar panjang, kalau p mana2 mesti singgah tempat permainan..
    rajin abah dia melayan. kalau dengan kak, memang tak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaaa kalau dapat tawaran macam tu..hahaha!

      Husband kita memang manjakan anak sangat. Tapi tengok keadaan juga kadang kadang kalau anak berkenan mainan pelik-pelik dan mahal husband tak layan juga..hehe

      Delete
  7. bestnya!!! korang mmg one happy family la..seronok je tgk..si abg tu kemain, x cukup satu nak dua menan ye. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page