HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 9 April 2014

Kidz Paradise The Mines.

Assalamualaikum

Cerita ni dah lama sebenarnya, sebelum Daddy balik dari sarawak hari tu.
Mummy tak sempat post je. hari ini barulah berkesempatan buka blog.
Mummy sebenarnya nak share kat korang satu tempat best untuk anak-anak kita.
Tempat best tu tak lain dan tak bukan "Kid's Paradise" 
yang semamangnya menjadi kegilaan kanak-kanak 
termasuklah hero-hero Mummy tu..hehe







 Tempat ni terletak dekat The Mines,Seri Kembangan.
Kalau dari rumah Mummy 10 minit je nak ke sana.
 Mummy sebenarnya baru pertama kali ke sini. 
Padahal kami selalu je datang ke The Mines ni.
Mummy tak tahu pun sebenarnya kewujudan tempat best ni. 
Yang bagitahu tempat ni Adik Mummy.
Dahsyat betul adik Mummy tu semua tempat best dia tau
padahal tak kahwin lagi..hehehe 



 Tempat ni merupakan taman permainan kanak-kanak yang berbayar.
Harga tiket masuk ialah RM25 seorang kanak-kanak untuk hari biasa (weekdays)
Manakala harga pada hujung minggu, cuti sekolah dan public holidays ialah RM38.
Umur kanak-kanak yang dicaj seawal usia 6 bulan. Orang dewasa tidak dicaj.
Walau bagaimanapun, ada promosi RM150 untuk 8 tiket yang boleh masuk bila-bila masa.
Valid sehingga 1 tahun. RM250 pula untuk 15 tiket masuk.
  Lagi satu kalau nak masuk sini, semua orang wajib pakai stoking. 
Tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Tapi jangan risau kalau tak bawah pun stoking ada dijual di sini. 
Harga RM4 setiap satu untuk kanak-kanak dan dewasa RM5.
Oh yaa..makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk tau.
 Tapi jangan risau, minuman ada dijual di sini. Tapi faham-faham je la harganya ye. 
So, minum dan makan kenyang-kenyang sebelum masuk sini tau.


Yang bestnya bila datang sini semuanya Adik Tazz belanja 
sempena birthday Dannish Riffqie yang ke satu tahun..
Bertuah sungguh anak Mummy..heee





Lepak dalam ni memang sangat seronok.
Tapi itulah bab nak balik ni yang susah sikit 
Sebab anak-anak Mummy tak nak keluar. Tak nak balik!!! 
Abang sampai menangis-nangis tak nak keluar..HAHAHAAA
Pujuk punya pujuk barulah Abang Okay :')

Memandangkan Daddy dah balik ni, bolehlah bawa anak-anak datang lagi.
Daddy ada pasti lagi seronok.

Mummy banyak ambil video ni, tapi semuanya ada kat instagram Mummy

"sherwieynamuzzawer"

Kalau nak follow instagram kita jangan malu-malu okay..hehehe
Okaylah rasanya cukup setakat ini dulu. Babai kesayangan Mummy semua!

6 comments:

  1. best2!! aisshhh kene bwk luqman jugak ni g sini...

    ReplyDelete
  2. berbaloi harga ngn tempatnyer, banyak laktu permainan kt situ.... comfirm kalu bdk2 mmg takmo balik kalu dh duk dlm situ...

    ReplyDelete
  3. Nanti nk follow k..
    Belum pnh lg masuk bawak ank3 tmpt camni..sure bestkan

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Tak pernah masuk lagi. Lalu jer.

    ReplyDelete
  5. bestlah..tak panas cam playground di luar sana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page