HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 24 September 2014

Cabaran Pertama Mandikan Rayyan Ashraff

Assalamualaikum..

Ada tak para ibu ibu sekalian baby baru lahir dah pandai/berani mandikan baby sendiri tanpa bantuan orang lain, ada tak? Kalau ada korang memang hebatlah!

Aku ni nama je anak ramai (alaa anak tiga je pun..hehe) tapi bab-bab nak mandikan baby ni memang perkara sukar dan menakutkan bagi aku. Faham-faham jelah baby baru lahir ni badan dia masih lembik-lembik lagi, anak aku pula lahir haluuuusss je itu yang agak susah untuk aku nak mandikan. Kalau bukan sebab terpaksa jangan harap aku nak buat, takut tau tak. Tapi bila aku fikir-fikir balik sampai bila aku terus macam ni, yang nak dimandikan tu bukan anak orang lain pun tapi anak aku sendiri. Jadi aku perlahan-lahan belajar demi anak tersayang. Malu rasanya dah ada anak tiga macam ni aku masih tak reti mandikan baby :'(


Semasa anak pertama dan kedua ada orang jaga dan mandikan anak aku. Sebab lepas aku berpantang dengan mak aku, aku terus sambung berpantang kat rumah mertua pula. Kat rumah mertua ada pembantu rumah yang kami panggil "tante" yang boleh tolong jaga anak aku. So sepanjang pantang sampailah aku masuk kerja tantelah yang banyak membantu. Aku mula mandikan anak pertama dan kedua masa dah enam bulan macam tu. Itupun aku masih takut-takut dan kurang keyakinan diri. Sumpah aku takut gilak! Walaupun anak dah masuk 6 bulan aku masih harapkan orang lain untuk mandikan anak aku. Tapi kalau anak dah besar panjang mestilah aku yang mandikan, takkan masih tak reti-reti lagi kot..malulah!


Kali ni aku berpantang sendiri-sendiri je. Mak aku sempat jaga aku tiga minggu lebih je. Selalunya mak jaga aku sebulan lebih tapi disebabkan ada masalah kat kampung terpaksalah mak aku balik awal. Tapi takpelah, mak aku jaga sekejap pun kira oklah tu daripada aku terbiar macam tu je lagi sedih. Bila dah berpantang sendirian berhad ni aku kena pandai-pandailah berdikari dan atur hidup aku sendiri kan.. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Selepas mak aku balik sabah, maka bermulalah cabaran pertama untuk aku mandikan Rayyan Ashraff. Mak aku balik hari sabtu. Sebelum balik mak aku sempat mandikan baby. Tapi keesokkan hari aku dan suami sama-sama mandikan baby. Aku rasa dengan bantuan suami okaylah kami berjaya walaupun masing-masing takut..hehe.

Itu bila suami adaaaa! Bila suami pergi kerja macam mana? Siapa nak tolonggg? Haaaa masa inilah cabaran pertama aku bermula. Dalam aku takut-takut tu aku cuba juga beranikan diri. Kalau tak kesianlah anak aku ni tak mandi-mandi :'(

Bila aku dah mandikan anak sendiri ya Allah susahnyaaa. Lagi-lagi bila Rayyan Ashraff dah mula aktif dalam air. Aku perlu berhati-hati. Aku perlahan-lahan dukung dia bawa ke bilik air. Perasaan aku waktu tu takut tergelincir je, rasa nak menangis pun ada. Oleh kerana aku takut terpaksalah aku mandikan baby ala kadar je, curah-curah air macam tu je janji dapat mandi..hehe. Alaaa baby bukannya kotor pun betul tak. Nasib baik Rayyan Ashraff jenis tak takut air, menangis pun tak senang kerja Mummy. Cuma satu je aku tak boleh kawal tangan kaki Rayyan Ashraff tak berhenti walau sesaat, aktif betul bergerak sana sini malah dah pandai pula keraskan kaki dan melompat sana sini. Menggeletar tangan aku pegang anak bertuah ni. Inilah cabaran yang terpaksa aku lalui setiap kali mandikan dia. Tapi bila dah selalu buat aku terasa macam best pula..hehe 

Masuk dalam air je memang tak duduk diam, goyang sakan dalam air..haha
  


Rayyan Ashraff biasanya mandi dua kali sehari. Pagi dan petang. Waktu mandi pagi aku akan basahkan kepala dan seluruh badan dia. Petang pula aku hanya basahkan badan dia sahaja. Kalau hari hujan, aku hanya lap lap seluruh badan dia dengan kain basah. Tak sampai hati mandikan dia kalau hujan, mesti dia kesejukan nanti. Aku pun kalau hujan jangan harap nak mandi, tak tahanlah sejuk. Aku tidur adalah. Best tidur waktu hujan-hujan ni. Anak aku yang dua orang  lagi tu kalau hujan pun aku tak mandikan. Kalau hujan dah berhenti barulah kami semua mandi ramai-ramai..hahaha

Lagi satu cabaran yang terpaksa aku terima bila anak aku ni tiba-tiba sahaja memancut. Sebelum dan selepas mandi, dia akan tiba-tiba je memancut. Muka aku ni dah berapa kali kena, tak sempat pun nak mengelak.. haih sabar jelah. Bila aku membebel marahkan dia, dia macam tau-tau je aku marah dan terus buat muka sedih..hehe

"Alaaa Mummy tak marahlah sayang, Mummy geram-geram sayang jee. Lain kali kalau nak kencing cakap tau.."

Dah mandi dah wangi dah nenen terus tidur..
Sekarang dah mandi dah wangiii masa untuk tidur! Selalunya lepas mandi Rayyan Ashraff terus tidur. Aku lagi suka bedung dia selepas mandi. Sebab mak aku cakap kalau baby dibedung dia akan rasa nyaman, selesa dan seolah-olah dipeluk jadi dia akan tidur lena. Kalau tak bedung baby akan selalu terkejut dan terjaga dari tidur. Aku dah cuba banyak kali bedung Rayyan Ashraff selepas mandi, dia memang akan tidur lama. Kalau Abang-abang dia buat bising pun dia tak akan terjaga dan terkejut. Tapi kalau malam aku tak bedung, aku bagi dia tidur mengiring dan selimutkan saja.
Anak Mummy ni cepat je besar. Tak lama lagi nak masuk dua bulan dah. "Semoga terus membesar dengan sihat sayang.."
Okay kesayangan semua jumpa lagi..babai!


8 comments:

  1. alahai..comelnya bb
    kalau akk 4 anak..yang 3 akk mandikan sndiri lepas seminggu
    yg last tu dr awal blk rumah dh mandikan..
    biasa dah kot..hehehehe maklumla yang last tu pantang sendiri

    ReplyDelete
  2. Alah bisa tegal biasa kan Wieyna. Sekarang dah seronok kan nak mandikan Rayyan.
    Kakak dulu pun semua anak kakak bedung selepas mandi bagi dia selesa dan yg pasti tidurnya pun nyenyak sebab tak terkejut-terkejut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak kalau dah selalu mandikan dia lama-lama jadi best pula. Haaa sebab tulah kita pun bedung lepas mandi. Baby tidur sampai 3 jam. Dia akan bangun sebab nak susu je. Lepastu tidur balik. Kita pun boleh rehat sama :)

      Delete
  3. sy start mndikan anak ms umur dia seminggu lbh..awl² tu xberani sbb tali pusat xtanggal lg..takut.. seminggu lbh tu sbb bdn kita dh kuat sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh bayangkan kalau mandikan baby masih ada tali pusat mesti aku seram gilak! Bestnya awak dah ada kekuatan mandikan baby selepas seminggu. Aku ni sampai sekarang masih takut-takut :(

      Delete
  4. saya start mandikan anak2 pas tali pusat dah tanggal..awal2 tu mmg seriau gak..walaupun mak yg jaga masa berpantang, tapi saya prefer mandikan anak2 sendiri..tapi kalau husb ada, ngade2 mintak tolong dia mandikan anak2..hehehehe

    ReplyDelete
  5. sy diakhir2 berpantang 44 hari dh mula blaja utk mandikan baby..mmg takot sbb baby lembik lagi kan..huhu..

    tp saper yg amikkan pic masa awak mandikan baby tu..ok lar ada kenangan pic ms bby tgh mandi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page