HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 9 September 2014

Cerita Anak Ketiga

Assalamualaikum..
Alhamdulillah Mummy selamat melahirkan baby boy pada 05 ogos 2014
Pada jam 1.01 petang  di Hospital Pakar Putrajaya.
Syukur Alhamdulillah semuanya dah selamat.
Hari Pertama 05082014


Hari Kedua
Mesti ramai nak tahu kan nama baby ni siapa..
Bab pilih nama anak ni sebenarnya bukan mudah
kalau tak mendapat persetujuan antara dua pihak boleh pening kepala dibuatnya.
Tapi selalunya nama anak-anak ni Mummy lagi suka husband yang cari bila husband dah ada senarai nama-nama tersebut barulah kami buat pilihan yang terbaik.
Yelah mestilah nak pilih nama anak yang best dan ada maksud yang elokkan
Setelah sebolat suara dan mendapat sokongan ahli keluarga
Nama anak ketiga kami
"Muhammad Rayyan Ashraff"
Hari ke 7
Seminggu selepas Rayyan Ashraff lahir barulah Daddy berkesempatan buat Mykid anak.
Sekarang ni dah senang, buat mykid sekejap je. Tak sampai sejam dah siap.
Senang dan mudah kannnn..

Hari ke 10
Susah betul nak ambil gambar Rayyan Ashraff buka mata.
Setelah mencuba berkali-kali barulah berjaya. Tapi alololoooo sepetnya mata!


Hari ke 12
Haaaa nampak tak tangan comel tu. Masa ni Rayyan Ashraff dah pandai.
Senyap-senyap je dia keluarkan tangan. Segala sarung tangan pun hilang.
 Mummy bedung kuat macam mana pun mesti satu tangan berjaya keluar.
Kecik-kecik dah pandai, gigit tangan tu baru tau..hehe

Hari ke 14
Baru 2 minggu, Mummy bedung je dah pandai mengamuk tak nak bedung.
Nak bebas macam ni, barulah dapat tidur dengan aman dan damai.
Okaylah Mummy bebaskan, tidurlah puas-puas ye sayang..
Hari ke 18
Seronok tengok baby ni tidur. Sentiasa tersenyum.
 Sebijik macam Daddy masa baby-baby..
Hari ke 20

Hari ke 23
Pipi Rayyan Ashraff dah berisi sikit masa ni.
Minum susu pun makin kuat. Sekejap sekejap nak susu. Cepat sangat lapar.
Hari ke 25
Tersenyum lagi dalam tidur.
Hari ke 26
Hari paling membahagiakan..
Mummy tengok pun senang hati sebab pipi Rayyan Ashraff dah bolat-bolat..hehe

Hari ke 28
Pejam celik pejam celik Rayyan Ashraff dah pun sebulan.
Anak ketiga ni Mummy rasa macam sekejap sangat mengandung.
Tup-tup anak dah keluar dan tak sangka dah pun sebulan.
Perkembangan Rayyan Ashraff sekarang ni
Tak lain dan tak bukan..Nak Nenen sahaja!
Anak lelaki memang macam nilah, nak besar nak bina badan kan
sebab tu nak nenen je biar badan tu berketak-ketak..hehehe

Ohh yaa semua gambar baby tengah tidur je kan
sebab dalam sebulan ni baby tau nenen, berak dan tidur je sepanjang masa.
Mummy nak ambil gambar tengah buka mata memang susah.
Takpe nanti kita tengok gambar seterusnya.
Muka baby setiap hari akan sentiasa berubah.
Tak sabar nak tengok muka baby yang sebenarnya..
Harap-harap muka Mummy adalah..
Oklah kesayangan semua. Nanti Mummy cerita pengalaman bersalin pula yee.
Tunggu masa yang sesuai dan free sikit..
Almaklumlah masa sangat terhad sibuk menguruskan anak-anak.
Lagi-lagi anak ketiga Mummy yang sangat manja ni..hehehe
Okay babai....


12 comments:

  1. 3 heroes in da house x masuk daddy nyer... wallaaaaa havoc & meriah rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah makin kecoh dah sekarang sebab abang abang makin aktif..hehe

      Delete
  2. cumil..muka daddy ada..muka mummy pon ada..balance kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Bestnya kalau muka Mummy pun ada..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Aah. Sama je macam abang-abang dia. Tapi rasanya lebih kepada abang sulung ni.

      Delete
  4. smua muka lebih kurang jer....fotostat..hehehe tp comeyyyy

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... comel Rayyan... mesti abang-abang tak sabar tunggu Rayyan besar sikit.. ada geng nak main. hihi

    ReplyDelete
  6. Kalau dah besar mamang kecohlah satu rumah..hahaha

    ReplyDelete
  7. Comel sangat. Rasa mcm nak baby jer.

    ReplyDelete
  8. comelnyer..sama mcm baby alin susah betul nak bukak mata..biler bukak mata rupenyer cepet..hehe

    dh ada 3 boy yer..dikelilingi bodyguard..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page