HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 18 September 2014

Gambar Raya 2014

Assalamualaikum..

Tetiba pula rajin update blog. Kebetulan ada masa ni sambil-sambil pam susu aku buka blog yang sekejap aku layan sekejap aku biarkan ni. Ingatkan dah takde orang yang sudi singgah dan baca blog aku ni. Tapi alhamdulillah masih ada yang ingat dan masih ada yang sudi baca walaupun penulisan aku ni  tak sehebat kalian. Apa pun terima kasih aku ucapkan. Kalau boleh rajin-rajinlah singgah lagi..hehe :p

Aku baru teringat gambar raya kami sebelum aku bersalin hari tu. Tak sempat aku share kat sini. Jadi entry hari ni pasal hari raya lah. Raya tahun lepas aku dan anak-anak beraya tanpa suami tercinta. Suami terpaksa bertugas di luar negara selama enam bulan. Mujurlah aku ada adik yang sama-sama bekerja di putrajaya. Kami balik kampung sama-sama. Gambar raya tahun lepas boleh tengok entry disini....

Raya tahun ni pula alhamdulillah suami tak ke mana-mana dan sudah pasti kami dapat beraya bersama. Dalam masa yang sama aku sedih sebenarnya. Kenapa sedih? Sebab aku tak dapat beraya di kampung. Rindunya aku pada keluarga di sana tuhan je yang tahu. Tapi apakan daya keadaan aku dah sarat sangat kesihatan pun tak menentu dan sudah tentu suami dan doktor tak benarkan aku kemana mana tanpa sebab melainkan ke hospital saja. Dua minggu sebelum raya, hampir setiap malam aku call keluarga dikampung bertanyakan persiapan raya selain melepaskan rindu.

Sepatutnya kalau tak balik kampung kami beraya kat rumah suamilah kan. Malangnya tidak sebab mertua aku balik kelantan. Kalau tak silap aku lima hari kot mertua aku berada disana. Jadi kami anak beranak duduk di rumah sendiri saja. Lagi pun aku tak berapa sihat sangat dan perlukan rehat yang cukup. Keadaan kesihatan aku yang tidak menentu bimbang aku akan bersalin bila-bila masa sahaja. Tapi syukur Alhamdulillah aku sempat beraya dan makan sakan sebelum berpantang..hehe

Tiga hari sebelum raya aku rasa suami akulah orang paling sibuk di dunia. Mengalahkan orang lain yang sedang buat persiapan hari raya masa tu. Aku pun tak sangka suami aku sehebat ini. Bukan nak puji kosong tapi itulah kenyataan. Suami sibuk hias rumah cantik-cantik supaya kelihatan seperti suasana hari raya. Tukar kedudukan perabot, tukar langsir baru, cat rumah sikit, dan paling comel hias ruang tamu penuh dengan gambar anak-anak..hehe. Aku tahu niat suami buat semua ni untuk aku dan anak-anak. Suami nak bagi kami happy happy sebelum aku bersalin. Menitis air mata melihat kesungguhan suami aku menyambut hari raya. Comel je..


Dan inilah hasil tangan suami. Rumah nampak meriah sangat penuh dengan gambar anak-anak. Bukan gambar anak saja tau gambar Mummy tengah selfie pun adaaaa..hehe


Yang paling best suami rajin cuci gambar. Mummy kan rajin ambil gambar anak-anak. Pantang tengok anak comel sikit haa mulalah tangan ni gatal snap sana sini. Gambar Mummy tengah siok sendiri pun Daddy cuci..hehe. Kali ni daddy cuci gambar punyalah banyaaakkk. Hampir semua koleksi gambar anak-anak yang Mummy simpan suami hantar kedai gambar. Separuh dah ambil. Separuh lagi masih tak siap. Hmmm penuhlah lagi album anak-anak ni. Aku paling suka bab-bab macam ni. Mummy tukang ambil gambar, Daddy pula tukang cuci lepastu sama-sama susun dalam album :')


Sehari sebelum raya kami anak beranak sempat main bunga api. Agak kelakar jugalah masa ni sebab semua jiran-jiran dah balik kampung tinggal kami saja yang bersuka ria di sini. Lama betul tak main bunga api. Sekali sekala dapat main macam ni memang seronok sangat. Tapi kena berpada-padalah kang tak pasal-pasal terbakar!


Sebelum Daddy nyalakan api, adik beradik ni okay lagi konon-kononnya semangat nak main bunga api lah. Sekali Daddy nyalakan api budak dua orang ni lari ketakutan dengan aku aku sekali lari..hahaha.


Bila dah puas main bunga api. Kami anak beranak mandi bersama. Lepastu makan malam dan terus santai-santai depan tv menanti pengumuman hari raya. Abang paling excited bila pak haji tu keluar tv..hehehe. Okaylah Mummy tak nak cakap banyak. Jom layan gambar raya kami anak beranak.


Ini gambar hari raya pertama kami. Tahun ni kami pakai kaler hijau petronas.

Gambar family ni paling banyak kali snap. Tapi ini je yang paling terbaik. Okaylah tu kan..hehe

Gambar anak-anak posing wajib dirakam sebagai kenangan hari tua nanti..

Raya pertama heroes Mummy ni lah paling kecoh. Semua pun tak sabar-sabar nak pakai baju melayu. Terutama sekali Daddy..hahaha

Anak-anak bujang Mummy kena paksa selfie dengan Mummy..hewhewhew

Kami sempat beraya rumah adik ipar kat banting. Budak berdua ni punyalah banyak makan kuih raya. Separuh kuih raya tu hampir habis. Sabar jelah..hahaha

Sekali sekala dapat beraya di kampung adik ipar ni seronok juga. Rasa macam duduk di kampung sendiri pula. Anak-anak pun seronok.

Gemuknya Mummy masa ni..huhu

Dannish Riffqie memang pantang nampak kuih raya. Selagi kuih raya tu tak habis, jangan haraplah dia berhenti makan. Budak lain dah main kejar sana sini, dia masih setia dengan kuih raya. Adoilah anak!

Puas hati dapat makan kuih raya tanpa halangan. Mummy suruh stop tetiba dia muncungkan mulut macam tu. Mummy gigit mulut tu baru tau!

Paling aktif. Langsung tak peduli orang lain. Penat Daddy kejar sana sini.

Sementara Mummy bergosip sana sini, Daddy setia melayan anak-anak.



Jumpa lagi entry seterusnya. Babai kesayangan semua dan selamat berhujung minggu!

9 comments:

  1. wahhhh cantiknyaaa frame.sy gambar raya semua masuk IG je.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Gambar masuk IG pun kira okaylah tu :)

      Delete
  2. walaupun mummy tenggelam timbul, soya datang baca jugak..kikikiki..cumil je memasing....sue kat rumah mmg ada printer kaler, siap ada paper untuk cuci gamba senang, tak yah G kedai, sebab soya pon macam daddy gak, suke cuci gamba, suke susun2 gamba, tukang snap soya, tukang cuci en asbeen, tukang suruh cuci soya N tukang masuk dalam frame n album soya...nampak tak soya yg excited segalanya..cantik frame2 tu tergantung...nak Tgk baby cumil la..

    ReplyDelete
  3. Comelnya mummy yong..xdla gemuk sgt..
    Selamat hari raya..eh!!!hahahha

    ReplyDelete
  4. banyaknyer frame gambar... hehehe

    ReplyDelete
  5. As salam Mummy cute...i pon baru merajinkan diri update blog. congratulations on ur new baby born.sejibik ngan 2nd abgnye. Happy breastfeeding baby ye.. i pon still BF my baby but dah stat campur.hihihiii

    ReplyDelete
  6. Lupa nak bgtau...followed ur instagram.

    ReplyDelete
  7. Rajin2 lah update blog yerp mommy. Rajinnya en. somi ☺

    ReplyDelete
  8. Alahaii..kesiannya..patutlah tak kemana-mana..rupanya mertua pun takde..takpe yang nanti tahun depan raya sakan k..dengan 3 little boys yang dah besar dah time tu..hehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page