HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 11 September 2014

Rayyan Ashraff Check Up Sebulan

Assalamualaikum...


Okay hari ni Mummy nak share checkup sebulan baby Rayyan Ashraff hari tu. Sorrylah setiap apa yang Mummy share mesti dah basi-basi belaka. Tapi takpelah kan. Janji share daripada takde.. hehehe

Khamis lepas (5/9/2014) aku dan suami bawa Rayyan Ashraff ke klinik Putrajaya untuk suntikan hepatitis B dos kedua. Dos pertama dah settle semasa Rayyan Ashraff baru lahir hari tu. Malam tu aku dah siapkan apa yang perlu. Tak suka buat kerja last minit. Nanti semuanya serba tak kena. Sebab dah ada pengalaman sebelum ni gara-gara kemas barang anak-anak last minit semasa nak pergi klinik dan kesudahannya terlupa bawa buku anak-anak. Tak pasal-pasal suami patah balik ke rumah. Geram je aku masa tu. Bukan geram dengan suami tapi geram dengan diri sendiri cuai sangat. Kesian suami aku. Sejak kejadian hari tu aku terus bertekad tak akan ulang lagi!.


Muka orang berpantang wajib selfie dengan anak..tehehe
Okay sambung kepada cerita asal. Kami sampai klinik jam 7.50 pagi. Waktu ni susahnya nak cari parking. Nak salahkan suami tak boleh juga sebab jalan tadi memang jammed. Iyelah semua pun sibuk pergi kerja, hantar anak-anak ke sekolah dan yang sewaktu dengannya. Sampai klinik je aku terus ambil nombor giliran. Alamak ramainya orang. Terpaksalah aku dan suami menanti penuh sabar.



Jam 9.30 pagi barulah no giliran kami tiba. Huh lama jugalah tunggu. Sambil-sambil tu aku susukan anak. Bila dah sampai giliran kami jumpa doktor, aku tetiba berdebar semacam. Macamlah aku yang kena cucuk..hahaha

Seperti biasa doktor akan tanya keadaan baby dan perkembangan baby dalam sebulan ni. Sebelum baby kena cucuk, baby perlu buka semua pakaian dan dibiarkan bogel sekejap..hehee sebab nurse nak tengok keadaan baby termasuklah pusat baby. Bila nurse dah puas hati check apa yang patut nurse suruh letak baby kat penimbang pula. Huhh masa ni aku dan suami memang tak sabar-sabar nak tau berat terkini Rayyan Ashraff..hehehe. Masa aku letak baby kat penimbang tu tiba-tiba suami menjerit "woww!!" lepastu senyap. Malu kot nurse tu tengok..hehe. Aku hanya tersenyum sambil perhatikan bacaan penimbang tu. Kali ni aku pula yang terkejut rasa macam nak menjerit wow! juga tapi segan. Patutlah suami aku tetiba je menjerit, pasal tu rupanya..hahaha!

Tak sangka berat Rayyan Ashraff naik banyak. Ya Allah happynya masa tu. Tuhan je yang tahu. Bayangkan Rayyan Ashraff lahir sangat-sangat haluuuus! Aku nak pegang pun takut. Tapi Alhamdulillah dalam sebulan naik 2 Kg!


Berat Semasa lahir : 2.3kg

Berat genap satu bulan : 3.7kg

Secara jujur aku memang teruja tengok berat terkini Rayyan Ashraff. Mungkin bagi orang lain biasa-biasa je kot. Tapi bagi aku ini sebagai satu semangat untuk aku terus susukan anak sebanyak mungkin. Yang pasti susu ibu!


Okay timbang berat baby dah settle. Sekarang dah sampai masanya kena cucuk pula. Masa nak cucuk tu tiba-tiba Rayyan Ashraff nak susu. Aku pun dengan selamba je bagi anak susu. Tak sampai hati pula tengok anak merengek-rengek nak susu. Nasib baik nurse okay je. Sambil-sambil aku susukan anak, nurse teruskan kerja dia untuk inject baby. Nurse perlahan-lahan buka seluar sebab nurse nak cucuk kat peha baby. Aku pula dah mula berdebar yang amat masa ni. Sedih pun ada sebab tak sampai hati tengok baby kena cucuk. Mesti sakit!. Aku yang dah tua-tua ni pun tak tahan sakit bila kena cucuk inikan pula baby yang baru sebulan.

Jarum tu masuk je, tak sampai dua saat Rayyan Ashraff dah menjerit dengan kuat mungkin kesakitan ataupun terkejut. Tapi tak lama pun baby nangis sekejap je sebab aku terus susukan dia dan terus senyap serta merta. Huhh! Senang hati aku anak tak menangis lama kalau tak teruk aku nak pujuk..hehehe

Bila dah selesai semuanya. Kami pun terus balik. Masuk je dalam kereta aku susukan Rayyan Ashraff lagi sampailah dia tertidur. Sambil-sambil aku susukan dia aku cium cium umbun umbun dia. Setiap kali aku cium bau baby ni mesti tak boleh stop mesti nak cium berkali-kali geram je aku.. wangiiii sungguh!



Sepanjang perjalanan Rayyan Ashraff tidur sahaja. Banyak gambar yang sempat aku rakam waktu ni. Kalau boleh aku tak nak terlepas peluang ambil setiap aksi dan memek muka dia. Geram je rasa...

Okay cukup setakat ini dulu. Baby dah bangun. Baby nak susulah tu..

Babai kesayangan semua!


11 comments:

  1. Alhamdulillah... sihat tu anakanda Rayyan.
    Biar masa lahir halus (senang sikit nak bersalin hihi..) tapi tengoklah sekejap aje dah besar.
    Ada iras muka abang dia juga kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak memang rasa macam cepat sangat dia membesar padahal hari tu halus je. Aah iras abang-abang dia.. :)

      Delete
  2. comelnye baby rayyan.. ciomm sikit baby rayyan...

    ReplyDelete
  3. alalalalalala...comeinye bby..mmg sama iras sgt dgn abg2 die..mummy pon comel jek berseri2 wlu dlm pantang lg kan..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Aah masih dalam pantang lagi ni. Berseri sikit sikit jelah..hehe

      Delete
  4. comelnya baby.. geram je tengok.. hihihi.. nak cium pipi dia..

    ReplyDelete
  5. Kejap jer dah sebulan erk mommy. Alhamdulillah...baby sihat dan Comel.

    ReplyDelete
  6. Alahaii..comelnya Rayyan Asyraf..memang mendadak naiknya kan..seronok tengok baby semangat hasil susu ibu..teruskan breastfeeding ye Mummy..Dulu Medina pon naik banyak jugak..tu yg best baby lahir kecik sebab besar kat luar..hihih

    ReplyDelete
  7. wahh..cepat betul baby rayyan membesar..naik 2 kg mmg bnyk..berkat susu ibu..comel..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page