HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Sunday, 26 October 2014

Abang tak boleh makan pedas-pedas

Assalamualaikum.


Pagi tadi Mummy masak mee goreng untuk breakfast kami anak beranak. Selalu pagi-pagi kami memang dah makan berat-berat. Kecuali kalau Mummy tak sempat masak untuk breakfast kami makan roti saja. Anak-anak pula makan koko krunch campur susu. Mummy bukanlah nak tunjuk Mummy ni rajin masak ke apa. Korang janganlah fikir macam tu. Mummy pun sebenarnya baru je belajar main masak-masak ni. Masak mee goreng ni yang kesepuluh kali baru berjaya tau T____T". Korang ketawa kan Mummy ye? Takpe teruskan sebab memang itulah hakikatnya..hehe. Kalau Mummy rajin memang rajinlah masak. Kalau Mummy malas Husband pulalah yang masak. Ehh ehh taklah Husband beli kat luar saja.

Okay kembali ke cerita asal. Pagi tadi Mummy masaklah mee goreng. Sebab anak-anak suka makan. Kalau Mummy masak mee goreng confirm anak makan banyak. Tapi kalau masak nasi goreng Mummy dengan Husband jelah yang makan. Anak-anak makan sikit je. So pagi ni Mummy masak apa yang anak suka. Husband jenis tak kisah. Apa yang Mummy masak dia telan je walaupun mungkin tak sedap T____T".

Masak punya masak alamak sos tomato pula habis. Terpaksalah Mummy letak sos cili sikit. Ohh yaa Mummy masak mee goreng wajib letak sos tau. Sebab itu yang mak ajar. Kalau tak letak serius rasa dia tak sedap. Mungkin Mummy dah biasa kot makan macam tu. Korang pula macam mana letak sos tak? Ikut mana kita sukalah kan janji sedap.



Selesai masak Mummy sambung tidur...



Jam 9.00 pagi anak-anak dah bangun. Macam biasa kalau anak bangun mesti nak tengok tv, nak main-main. Mummy biarkan je dulu. Bila dah penat dah puas main barulah Mummy bagi makan. Masa tu anak-anak akan makan banyak. Mummy tak suka bagi anak makan kalau baru bangun tidur. Kalau paksa-paksa juga masa tu mesti ada yang menangislah, merengeklah nak minta itu nak minta ini stress betul nak layan. Semuanya serba tak kena. Mungkin sebab anak baru bangun lepastu paksa-paksa makan kot sebab tu jadi macam tu. So Mummy biar je dulu. Tak nak stress pagi-pagi.

Reaksi si Abang bila termakan pedas-pedas mulalah terjerit-jerit minta air..hehehe.

Bila tiba masa untuk makan. Dua-dua hero Mummy ni akan datang sendiri tanpa paksaan. Lapar sangatlah tu. Lagi-lagi bila tengok mee goreng haaa lagilah tak sabar-sabar..hehehe. Mummy suap satu-satu. Dua tiga suap adik beradik ni okay lagi masih makan macam biasa. Tapi bila Mummy suap sekali lagi tiba-tiba Abang menjerit

"Mummy pedas! Adoi pedas!!!" Menjerit macam kena rotan je. Terkejut Mummy.

"Mana ada tak pedaslah sayang. Adik okay je.." sambil tunjuk adik yang masih makan macam biasa.

"Mummy pedasss! Abang nak air!!!" (Abang dah start nangis-nangis)

Anak dah menjerit-jerit macam tu Daddy pun tanya Mummy

"Sayang masak pedas ke?"

"Taklah yang. Kalau pedas kenapa adik ok je. Tak pula menjerit-jerit.."

Mummy baru teringat Mummy ada letak sos cili sikit dalam mee goreng tu. Adoi terus rasa bersalah pula. Tapi sebenarnya takdelah pedas mana pun. Mungkin abang tak tahan pedas kot. Yang peliknya adik makan banyak. Tak bising-bising pula.

Sejak kejadian ni barulah Mummy dan husband faham anak-anak kami ada deria rasa yang berbeza. Satu suka makan pedas dan satu lagi tak suka makan pedas. Kalau yang suka makan pedas-pedas tu ikut Daddylah. Sebab Daddy memang suka makan pedas. Berbeza pula dengan Mummy. Mummy tak suka makan pedas. Asal je termakan benda pedas mulalah cirit birit tak tentu pasal. Tak sangka Abang dengan Mummy sama. Comel je. Nak tunggu baby pula suka makan pedas ke tak ni. Harap-harap ikut Mummylah..hehehe.

Okay itu je Mummy nak cerita. Jumpa lagi dan selamat berhujung minggu semua..babai


6 comments:

  1. alaaa..kesian abang. Akak kalau goreng mee, segala sos taruk. Sos cili, sos tomata, sos tiram, kicap manis. kicap masin hihihi...anak2 akak makan pedas. Tapi pedas sangat pun tak boleh jugak. Kalau makan pedas tu memang kena standby la air kat tepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh banyaknya akak letak sos!! Takpe kak asalkan sedapppp..hehe

      Delete
  2. Samala akka masak mee mmg boh sos cili..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita letak sos cili sikit anak dah terjerit-jerit pedas sabar jelah..hehe

      Delete
  3. same la kite wiena xsuka pedas sngt..almaklum ar baka kelate..
    husband suka giler pedas, dia baka nogori..hahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeh kebetulan pula kita sama lagi kan. Asben kita pun orang kelantan. Orang kelantan rasanya suka makan pedas-pedas kot. Tapi tak pastilah pula. Asben awak dengan asben kita memang sehati sejiwa suka makan pedas2. Adoi tak sanggup rasanya..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page