HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 23 October 2014

Anak Nak Satay

Assalamualaikum.


Dah 3 hari anak Mummy sebut-sebut satay. Dah 3 hari juga Mummy pening kepala macam mana nak tunaikan. Yang si Abang nak satay, yang si Adik pun sibuk cakap nak satay. Kalau Daddy ada kan senang. Mesti Daddy dah keluar laju-laju beli satay. Dah 3 hari Mummy stress adik beradik ni tak nak makan nasi. Mummy baru je nak suap nasi, dah tanya pasal satay satay satay!

Sejak 3 bulan lepas anak terlampau sukaaaa makan satay. Sebelum ni Daniael Mieqael tak suka pun. Bila Mummy suap nasi impit campur satay ayam dia lari jauh-jauh. Kononnya tak sedap. Tapi sejak akhir-akhir ni dah pandai pula minta-minta satay. Dannish Riffqie tak payah cakaplah. Budak bertuah ni memang suka makan. Bagilah makanan apa pun confirm habis. Sekali bagi dia try makan satay, berulang-ulang dia makan..hehe

Sebenarnya anak-anak start suka makan satay masa Mummy mengandung anak ketiga hari tu. Tekak Mummy asyik nak makan satay je. Tengah-tengah malam pun sibuk nak makan satay. Terpaksalah Husband beli setiap hari. Mula-mula anak tak suka. Tapi bila husband dah selalu beli lama kelamaan anak makin suka. Sebelum ni Daddy beli sikit-sikit je tapi sekarang wajib beli banyaaakk. Kalau tak ada yang tak sempat makan..hahahaha.

Dalam seminggu adalah dua kali Daddy belanja makan satay. Tapi selalunya kami makan kat rumah je. Husband selalu beli satay dekat dengan kawasan rumah, bangi. Sejak kali pertama Daddy beli satay kat bangi terus terang Mummy cakap Mummy terus jatuh cinta. Kalau Husband beli kat tempat lain Mummy makan dua tiga batang satay je. Itu pun Mummy terpaksa. Tapi kalau beli kat pakcik hensem tu Mummy sentiasa tersenyum manis depan husband..hehehe.

Macam inilah muka anak-anak Mummy kalau jumpa satay. Serius betul muka dua-dua..hehe
Sejak Daddy outstation ni anak-anak dah mula pelik satay takde. Ish ishh mengalahkan Mummy pula adik beradik ni. Semalam Mummy dah cakap dengan husband anak-anak teringin nak makan satay. InsyaAllah hujung minggu ni dapatlah makan satay. Sabar ye anak-anak.. :')


12 comments:

  1. Replies
    1. Sedapppp..dan silalah pergi beli satay cepat cepat..hehe

      Delete
  2. sedap nyer..adoii,,kite pulok dh rasa mcm nk mkn..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa apa lagi beli cepat. Anak-anak awak pun mesti suka satay kan..

      Delete
  3. hihihi..sama mcm kakak zara n abg zareef jugak..peminat satay..tapi diorng sume makan satay ayam jerkk..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh samalah. Anak-anak saya pun suka makan satay ayam..

      Delete
  4. kalau masa preggy ibu suka makan satay, mmg akan menurun kat anak2..apa2 makanan yg kita tak suka masa preggy pun akan turun kt anak2 jugak tau..sbb itulah hakikat yg terjadi kat saya n anak2 skang ni..anak2 x suka makan ayam sbb masa preggy kan diorg, saya allergic sungguh tgk ayam..yg kakak dah besar ni baru la suka mkn ayam..hehehe..btw, saya sgt suka makan satay..especially satay kajang..ohsem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ramai yang cakap macam tu. Apa yang kita suka makan masa prggy anak pun pasti akan suka. Satay kajang memang terbaik. Pernah makan sebelum ni. Tapi jauhlah pula kalau asben beli. Terpaksalah beli dekat dengan rumah je. Rasa dia pun sedap macam satay kajang :)

      Delete
  5. sedapnya satay! Eh mummy preggy ke? Congrates mummy. Jaga diri k. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh taklah sayang. Saya baru je bersalin. Baby dah masuk 2 bulan. Terima kasih sudi singgah sini ye :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page