HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 27 October 2014

Baby Rayyan Ashraff

Assalamualaikum


Petang-petang macam ni tetiba pula nak update blog. Semua kerja rumah dah settle. Tinggal nak masak untuk makan malam je lagi. Hari-hari pening nak masak apa. Husband ok je, bab makan tak pernahlah nak cerewet-cerewet. Asalkan boleh makan sudah. Tapi apa yang bermain dalam fikiran Mummy sekarang ni nak masak makanan untuk anak-anak supaya anak makan banyak. Takkan nak masak mee goreng lagi kot..

Sms husband dan tanya nak makan apa malam ni? Husband jawab tak kisah. Itulah jawapan dia setiap kali Mummy tanya. Bosan betul dengan jawapan macam tu. Mummy yang pening fikir nak masak apa..adoi. Kalau Mummy masak makanan pelik-pelik anak-anak mesti tak nak makan. Husband sorang jelah kot yang makan. Adoi pening pening pening!

Sambil menjerit dalam hati masak nasi dengan telur goreng jelah senang!

Eeh.. masak nasi dengan telur sedap apa. Lagi-lagi kalau makan dengan kicap huh lagi sedap. Kalau ada ikan masin sikit ya Allah sedapnyaaaaa. Nasi pasti akan bertambah-tambah..hehe.

Malas nak stress-stress jom layan Baby Rayyan Ashraff kejap. Anak Mummy ni baru bangun tidur. 3 jam tidur. Bangun-bangun je senang hati. Mummy suruh dia posing sikit, dia posing lebih-lebih pula. Dah pandai baby encem Mummy ni tengok kamera. Syabbass baby!



Mummy sebenarnya kalau stress cepat je rasa lapar. Cepat je rasa nak gigit orang. Selalu jadi mangsa anak-anaklah. Dengan husband sekali Mummy gigit sebab terlampau lapar..kihkihkih.

Korang nampak tak gambar kat bawa ni. Adoi taring Mummy dah keluar. Sekali pandang terus terbayang-bayang ayam KFC. Adoi Lapar pula.

"Boleh tak Mummy gigit peha awak ni sayang, boleh tak? Mummy geramlah!.." 

"Mummy,  jangaaannn jangaannn adik takut.."

Alololo.. buat muka sedih pula. Okaylah okaylah Mummy tak gigit. Mummy gigit peha abang abang dengan Daddy jelah. Dah dah tak payah buat muka sedih..hehehehe.

Ehhh.. Lebatnya hujan kat luar. Kesian Daddy. Mesti balik kerja basah lagi T____T".

*Malam ni Mummy nak masak ayam gorenglah. Dapat idea selepas tengok peha baby encem ni..heee :p

Okay babai..



4 comments:

  1. Betul, pening nak pikir tang masak ni.
    Baguslah sis rajin masak.
    Saya x minat sangat memasak ni.
    Sebab penat nak membasuh peralatan selepas masak, selepas makan, cuci dapur bla..bla..bla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel je awak ni..hehe. Sebenarnya kita tak rajin pun. Selalu masak simple2 je. Tapi itulah hari hari pening fikir nak masak apa..

      Delete
  2. Bambam dah rayyan. Geram tengok.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page