HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Saturday, 18 October 2014

Blog Berwajah Baru!

Salam.


Yeayyy! Blog Mummy dah berwajah baru. Order dengan Azhafizah.com yang Mummy rasa hasil kerja dia sangat cantik, kemas dan cepat. Tengok blog dah comel-comel macam ni terus semangat nak update hari-hari..Hahahaha :p

Harga yang ditawarkan sangat murah. Jangan risau harga sangat berpatutan dan Mummy yakin kamu pasti akan puas hati bila tengok hasilnya nanti. Cakap je nak tema macam mana, nak kaler apa, nak header macam mana nanti semua dia akan designkan. Tapi kalau macam tak berapa suka design yang dia buat, minta tukar lain sampailah puas hati. Sorry ye fiza, kita banyak cerewet. Terima kasih sudi melayan dan terima kasih buat blog kita kelihatan sangat comel!

Blog baru Mummy ni taklah cantik mana kalau dibandingkan dengan blog kawan-kawan yang lain termasuklah yang sedang membaca ni..heee. Mummy nak blog yang simple-simple je tapi comel. Kaler yang Mummy pilih ni sebab Mummy memang gila pink. Mula-mula nak buat kaler merah tapi husband syorkan buat kaler pink je. So Mummy pun terus je pilih pink campur purple sikit. Okaylah kaler dia lembut je takdelah sakit mata tengok macam yang pernah Mummy buat sebelum ni T____T". Siapa yang selalu follow blog Mummy tu mesti ingat. Kalau tak ingat nasiblah..hehe.

Sebelum berwajah baru..


Selepas berwajah baru..


Kalau nak harapkan Mummy tukar itu ini kat blog sendiri secara jujurnya memang tak reti. Kalau nak jahanamkan blog sendiri retilah kot :p. Mummy Dah lama ada niat dan impian nak buat blog comel-comel tapi tak tau caranya. Alhamdulillah atas bantuan seorang kawan yang sangat baik hati FizaRahman akhirnya impian menjadi kenyataan. Terima kasih fizaaaa!!!

Tapi itulah kalau blog dah cantik tapi malas nak update tak guna juga. Mummy sebenarnya teringin nak update hari-hari tapi Mummy nak cerita apa setiap hari? Sempat ke Mummy nak update setiap hari? Seronok sebenarnya kalau boleh update blog hari-hari macam orang lain. Takpe kita tunggu dan lihat berjaya ke tak Mummy capai misi ni..hehe. 

Okay kesayangan semua selamat menjamu mata. Kalau rasa nak komen apa-apa pasal blog baru kita ni komen je. Takde siapa nak marah pun..hehe.

Okay babai.. 


17 comments:

  1. wahhh cantek!
    baru semangat nk berblogging..
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Itulah cuba nak usaha update blog ni. Harap-harap berjayalah..hehe :')

      Delete
  2. eh same ler honey juga minat Butterfly =D
    done follow, vsiit back http://qasehdhew.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Butterfly tu saja suka-suka. Tak sangka pula nampak comel je bila letak butterfly :). Okay nanti saya terjah blog awak pula. Apa pun terima kasih singgah sini ye :)

      Delete
  3. Ye.. tambah menawan dan menarik blog Wieyna sekarang.
    Tapi kakak percaya busy sebab 3 hero dgn daddy selalu outstation menagih banyak pengorbanan kalau nak berblog selalu. Buat banyak-banyak draf dulu dan publish bila free...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakzakie! Suka baca komen akak sebab akak memahami situasi saya. Terima kasih untuk tips itu. InsyaAllah cuba serajin yang boleh!

      Delete
  4. wiena mcm tau2 je..kite ni byk persamaan kot..
    kite pn tgh tunggu blog kite berwajah baru..order kt org gak..dlm next week siap..
    pastu kita nyer blog pn nk color pink..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke. Aah lah saya pun rasa macam tu. Tak sabar tengok blog baru awak nanti..hehe :)

      Delete
  5. Tersedak² bila namaku di sebut...hehehe...Kasihmu ku terima wiena yg cantik ☺

    Suka combination kaler nih. Cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAAHAAA..Geli hati pula baca. Fizaaa terima kasih sekali lagi tau. Kaler ni kita memang suka..:)

      Delete
  6. Kita serupa..suka pink jugak..hahaha

    ReplyDelete
  7. serius cantekkkk sgttt..sedap mata memandang..kite pon nak tukar gakla warna pink..hahahaha

    ReplyDelete
  8. canteknyer wajah br blog mummy..lebih ceria dgn warna pink..sama lar dgn alin tak reti nak edit2 blog bg cantek..silap hari bulan jd lebih teruk..huhuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page