HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 22 October 2014

Cerita Semalam..

Assalamualaikum..

Daniael Mieqael 3 Tahun 2 bulan

Semalam Daddy call. Tanya khabar Mummy dan anak-anak. Belum sempat Mummy bercakap dengan Daddy, Daniael Mieqael dah rampas henpon Mummy lepas tu lari sembunyi dalam bilik. Mummy tau budak bertuah tu nak mengadu macam-macamlah tu. Takpe Mummy bagi peluang, kalau nak mengadu pun mengadulah. Daddy bukannya boleh buat apa pun. Daddy kan jauh..tehehe :p

Lima minit berlalu. Mummy masuk bilik nak ambil henpon. Tiba-tiba Abang lari dan masuk bilik lain pula. Ishh ishh macam ada sesuatu yang tak kena ni. Mummy pun masuk bilik dan cakap 

"Abang, jangan lari-lari nanti henpon mami jatuh.."

Abang hanya tersenyum. Lepastu tiba-tiba dia cakap

"Mami gemuk tak nak sayang!"

Amboi belajar mana pula anak Mummy ni cakap Mummy gemuk! 

Mummy cuba duduk dekat-dekat dengan dia. Sebab Mummy pun nak tahu Abang cerita apa dengan Daddy. Tiba-tiba dia bangun lari dan masuk bilik ketiga pula. Kali ni tak sempat masuk bilik ketiga, Abang tiba-tiba jatuh. Henpon masih dalam tangan. Masa tu Mummy dah buat muka garang. Abang cepat-cepat bangun dan berlari ke arah Mummy dan terus peluk Mummy sekuat hati. 

"Alaaa tadi kata tak nak sayang Mummy gemuk!. Peluk-peluk ni kenapa pula?.."

"Abang sayang.. abang sayaaaanglah!" Sambil peluk kuat-kuat. Mummy tahu dia takut kena marahlah tu. Mummy masih buat muka garang langsung tak nak senyum. Saja nak dera budak makin bijak ni.

Tiba-tiba Abang lepaskan pelukan dan tersenyum-senyum sambil kecilkan mata dia. Nak buat muka cutelah tu kononnya.  Mummy masih tak senyum dan masih buat muka garang macam tadi. Abang terus berusaha nak bagi Mummy senyum. 

"Mummy! Mummy tengoklah Abang, abang kentut!"

Tiba-tiba Mummy terdengar satu bunyi haluss keluar pootttt! Adoi terkenalah pula. Kali ni Mummy ketawa besar.. Hahahahahaaa. Abang masih tersenyum-senyum sambil buat peace. Bila Mummy ketawa dia pun ketawa. Dah pandai anak Mummy ni main pujuk-pujuk tapi kenapa dengan cara kena kentuuutt hah. Daddy pun tak pernah lagi buat macam ni. Adoilah anak. Daddy yang masih dalam talian pun ketawa sama. Sabar jelah T____T".


10 comments:

  1. Alahai..sweetnya dia..kentut tu mmg kelakar la bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal..sabar jelah perangai anak bujang saya ni..hehe

      Delete
  2. Salam kenal dik. Seronok baca cerita telatah anak-anak kan? Alaaa...comey abg... tapi kentut pulak..adoiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Terima kasih sudi singgah sini kak. Telatah anak kadang-kadang menyeronokkan kadang-kadang mengeramkan..hehe. abang terlepas kentutlah tu.. :)

      Delete
  3. Tak senunuh abam tau...hehehe...

    ReplyDelete
  4. hehehe..lawak sungguh part kentut tu..cute sgt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa memang lawak. Saya pun geli hati..hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page