HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 31 October 2014

Hujan oh Hujan

Assalamualaikum..


Sekarang ni selalu je hujan. Nak basuh kain pun malas. Mana taknya baru je jemur cantik cantik dah hujan pula. Stress betul tengok pakaian anak tak kering-kering. Kulit anak-anak Mummy ni dahlah jenis kulit sensitif. Pakaian kena hujan sikit mulalah gatal-gatal keluar bintik-bintik merah kat satu badan. Terpaksalah Mummy basuh balik pakaian yang terkena hujan tu. Basuh banyak kali penatlah Mummy T_______T". Kalau jemur dalam rumah pula ya Allah bau dia lain macam. Mummy tak suka sangat jemur jemur kain dalam rumah ni. Letaklah pewangi jenama apa pun bau dia tetap tak best. Mummy suka jemur kat luar yang terkena matahari. Pakaian anak anak wangi je nak lipat kain pun senang hati. 

Hari ni nak basuh kain sebenarnya. Dah tiga hari Mummy tak basuh kain. Baju kotor dah bertimbun-timbun macam bukit. Walaupun basuh kain campak campak dalam mesin basuh je tapi masalah dia nak jemur ni..haihh!. Sambil makan biskut fikiran melayang layang fikir nak basuh ke tak nak basuh ke tak. Tanya husband, husband selalu bagi jawapan mudah dan tak suka susahkan Mummy..

"Sayang masukkan je semua dalam plastik. Esok Daddy hantar kedai dobi.."

Ish ishh ishhh..berbunga-bunga hati Mummy dengar..hehehe. Selalunya kalau tak sempat atau tak larat nak basuh pakaian Husband hantar kedai dobi je. Dua hari macam tu dah siap. Pakaian rumah basahan selalu Mummy campak campak dalam mesin basuh je. Baju kerja, baju jalan anak anak memang taklah masuk mesin basuh. Mummy basuh dengan tangan je sebab tak nak pakaian tadi rosak dan lusuh. Beli mahal-mahal lepastu campak dalam mesin basuh habislah lusuh semua terus nampak macam kain buruk. Ehh tak sukalah.

So pagi ni dengan hati senang riang Mummy asing asingkan pakaian yang perlu dihantar ke kedai dobi esok. Takkan nak hantar pakaian dalam sekali kot. Memang dah melampau. Manalah tau orang dobi tu berniat jahat ke apa, tak pasal pasal pakaian dalam husband jadi mangsa..Hahahahaa. Adoi sempat pula fikir yang bukan bukan. Tapi betullah pakaian dalam memang tak pernah dan tak kan pernah hantar dobi.. Malulah! Basuh sendiri je kan senang..heee :p

Alamak minggu depan Mummy nak start masuk kerja dah. Pening kepala otak ni masih mencari cari pengasuh yang sesuai untuk anak anak. Husband masih mencari bibik baru dari indonesia tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi. Kalau ada pun semuanya ada masalah permit dan kesihatan. Alahai cepat-cepatlah ada bibik senang sikitlah kerja Mummy. Selagi takde bibik memang tak sempatlah honeymoon kalau macam ni. Amboi gatalnya mulut..hehehe :p


Ohh yaa setelah tiga hari berturut turut baby Rayyan Ashraff tak buang air besar, semalam terus membuang dan punyahlah banyaaaaaakkk.. Hahahaha. Tapi Mummy dah tak risau sebab perkara ni normal kan. Gambar kat atas ni gambar semalam. Dah buang air besar banyak banyak haruslah lega dan tersenyum riang..hehehe

Okay babai kesayangan semua..


6 comments:

  1. kite pn klu anok xberak brp hari risau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Tapi kalau masih baby baby oklah sebab ramai yang cakap normal. Jangan dah besar umur 2 tahun ke atas memang sembelitlah kot..

      Delete
  2. Hahaha..betul2..hanta dobi je senangkan sis..
    Setel masalah..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tak payah stress stress hantar je dobi senang..hehe

      Delete
  3. baby kalau x membuang memag kite risau kan?
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni memang sangat risau. Selalu je fikir kenapa anak tak membuang. Sedih fikir. Risau anak terkena sembelit. Tapi bila baca komen kawan2 lain barulah rasa lega.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page