HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 30 October 2014

Rayyan Ashraff susah nak buang air besar.

Assalamualaikum.


Mummy risaulah baby Rayyan Ashraff sekarang kurang buang air besar. Tak macam baru lahir hari-hari mesti akan buang air besar. Tapi sekarang dua tiga hari baru nak buang air besar. Kesian pula tengok dia. Setiap kali nak buang air besar muka sampai merah-merah meneran. Sedih Mummy tengok. Rayyan Ashraff setakat ni fully breastfeeding. Mummy tak campur pun lagi susu formula. Takkan dia sembelit pula. Kalau Mummy tersalah makan mustahil pula. Sebab hari-hari Mummy makan sup sayur, segala buah buahan pun Mummy makan. Pelik betul lah.

Tapi itulah walaupun Rayyan Ashraff susah nak buang air besar najis dia takdelah keras. Mummy tengok najis dia lembut je. Kalau nak buang air besar Rayyan Ashraff takdelah menangis-nangis ke apa cuma bila meneran tu muka dia akan merah-merah. Tak pasti pula sama ada dia rasa sakit masa meneran ataupun sebab dia sakit perut  sebab tu muka habis merah. Bila dah settle buang air besar boleh pula tersenyum-senyum. Mummy risau dia buat relax je. Suka betul bagi Mummy risau.

Minggu depan 05/11/2014 Rayyan Ashraff nak checkup 3 bulan. Tak sabar nak tanya doktor pasal hal ni. Harap-harap kesayangan Mummy ni tak ada masalah penghadaman. Risau Mummy.

Ibu-ibu sekalian korang pernah ada masalah macam ni tak? Apa yang korang buat? Normal tak anak Mummy ni dua tiga hari baru nak buang air besar. Adoi stress fikir T____T"


13 comments:

  1. Normal rasanya. Walaupun anak sy xpnh alaminya.. ade kwn2 yg ckp. Ada smp 8 hari xbuang air besar.. insyaAllah xde pape :) enjoy ur bf journey.. jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8 hari?!!! Biar betul..anak kita yang 2 3 hari baru nak buang ni pun dah risau. Tapi kalau normal oklah. Terima kasih ye :)

      Delete
  2. normal...anak saya aritu lps pantang 2,3 bulan jg 1 minggu sekali jer poo poo...tye nurse normal tok baby b/feed..
    perut xkeras salu buang angin..tu normal :)..dun worry mummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah barulah rasa lega sikit baca komen korang. Apa pun terima kasih ye..

      Delete
  3. Mummy..memang normal kalau baby tak buang air besar few days..sbb dia fully bfeed n nothing to worry ye..sbb kalau dah campur FM memang patut risau sebab takut sembelit..waktu dalam pantang they all kerap membuang tu sebab nak buang segala ape yang dah dimakan dalam perut..so skrg ni semua dah takde, yang tinggal just susu ibu je..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai terima kasih Mommy!. Kita ni anak dah tiga masih kurang ilmu. Cepat je risau kalau ada yang tak kena dengan anak anak. Terima kasih mommy..

      Delete
  4. bby zayed pon dulu mcm tu jugak..biasa 2 ke, 3 hari baru membuang..neneknya dulu bekas bidan kerajaan ckp normal as long najis die lembut tak keras kan..so kite pon tkdelah folo up dokter ke apa kan..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke. Kita ni risau tak bertempat. Mana taknya jaga anak sendiri sendiri je. Itu yang cepat je risau. Sekarang kita dah senang hati semua tu normal. Tq..

      Delete
  5. Normal utk bf bb sis..
    Don worry..sbb selagi najis dia xkeras ngn dia xnangis kira ok la tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najis dia setakat ni memang tak pernah keras lagi. Baby pun memang tak meragam. Terima kasih baru tau semua ni normal..

      Delete
  6. Kakak rasa tak ada apalah Wieyna. Sebab kalau sakit mestilah dah menangis. Lagi pula najisnya lembut so memang jenis baby putih-gebu jadi bila meneran tu jadi pink-pinklah muka dia.. Geram kakak tengok pipinya yg mulus tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa..geli hati baca komen kakzakie ni.

      Delete
  7. mmg risai kalau baby lama tak buang air besar..alin takder pengalaman lagi..tp kalau fully bf tak perlu risau..as long perut baby tak keras..baby kentut mcm biasa takder perlu risau..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page