HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 21 October 2014

Sayang, I Miss You!

Assalamualaikum..

Sudah seminggu lebih husband outstation. Kali ini ke india pula. Dua minggu duduk di sana. Sejak husband masuk company besar ni kerja dia asyik nak melancong negara orang je. Kalau bawa Mummy dengan anak-anak takpe juga. Ini tak dia berseronok sakan sorang-sorang di sana. Geram! Ishh tetiba je marah :p

Gambar diambil sehari sebelum Daddy berangkat ke India. 

Actually sudah lama husband tak kena pergi outstation jauh-jauh sejak aku mengandung hari tu. Tapi kali ini husband terpaksa tinggalkan kami anak beranak T____T. Stress betul bila kena tinggal, anak-anak pula masih terlalu kecil. Mula-mula husband berat hati nak pergi sebab tak sampai hati nak tinggalkan aku yang masih berpantang dan terpaksa menguruskan ketiga-tiga anak kami. Husband dah cuba berkali-kali cari pengganti lain untuk settlekan urusan kerja kat india. Tapi rakan-rakan yang lain pun sama terpaksa outstation ke negara lain pula. Nak tak nak terpaksalah husband pergi. Aku hanya mampu berdoa semoga husband aku selamat pergi dan balik.

Dugaan terlalu besar bila semuanya aku terpaksa ambil alih untuk menguruskan anak-anak. Pada mulanya husband suruh aku dan anak-anak tinggal di rumah mertua saja. Tapi aku yang tak nak. Sebab aku lebih selesa tinggal di rumah sendiri. Walaupun aku tinggal di rumah sendiri. Mertua selalu datang melawat kami sepanjang husband tiada

Tiga hero Mummy yang sangatlah goodboy!

Hari pertama husband pergi aku dah mula risau macam mana nak urus anak-anak tanpa dia. Boleh ke aku lakukan sorang-sorang. Aku selalu fikirkan yang baik-baik saja. Aku tak nak fikir yang bukan-bukan. Aku selalu ingatkan diri aku yang aku boleh jaga anak-anak aku dengan baik. Aku kalau boleh tak nak susahkan orang lain. Selagi aku mampu buat aku akan cuba walaupun  kepenatan aku berganda-ganda. Bukan senang sebenarnya nak urus ketiga-tiga anak aku yang masih kecil-kecil ni. Umur pula rapat-rapat. Dan aku sendiri pula masih dalam pantang. Tapi Ya Allah syukur sangat Allah permudahkan semuanya. Anak-anak pun tak banyak ragam sepanjang ketiadaan husband tercinta. 

Tapi itulah anak-anak selalu cari Daddy. Setiap kali anak-anak tanya pasal Daddy aku pula yang terlebih emosi, rasa sedih semacam je. Padahal husband call hari-hari. Bercakap dalam fon pun berjam-jam. Tapi anak-anak tetap mencari ke mana Daddy pergi. Bila aku terlebih emosi mulalah aku menangis teresak-esak dalam fon nengadu itu ini tentang anak-anak pada husband. Aku sedih dan kesian bila anak tercari-cari Daddy. Aku tau mesti anak-anak rindu.

Asal je nak tidurkan anak-anak waktu malam, akulah orang paling sedih. Anak-anak tak nak tidur selagi aku tak tunjuk video Daddy yang sempat aku rakam sebelum Daddy outstation. Tengok video tu cepat je air mata aku ni mengalir. Aku cuba tahan-tahan tapi tak boleh malah semakin menjadi-jadi. Anak-anak pula seronok je tengok video Daddy. Video tu banyak kali aku ulang sampailah anak-anak puas hati dan tertidur dengan perasaan gembira. Kesian anak-anak masih terlalu kecil untuk mengerti dan faham kenapa Daddy takde yang selalu bermain gusti-gusti sebelum tidur.

"Ya Allah rindunya awak sayang.." T____T.

Aku terus ambil bantal buchukk husband. Aku peluk dan cium berkali-kali. Lepastu aku pandang anak satu persatu, air mata semakin deras mengalir. Aku peluk lagi bantal buchukk husband dan terus tidur walaupun air mata masih bersisa :'(


"Sayang, I Miss You..." T____T.


8 comments:

  1. jangan sedih2 bah dear...anak2 mu tue muka semua ikut ddy...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bha. Nasib baik juga anak anak ikut muka Daddy..hehe

      Delete
  2. Ouh sedihnyaa..sabar ye Mummy..Semoga husband cepat balik sini n anggap 2 minggu tak lama pun k..hari tu pergi London lagi lama kan?sabar tau..semoga cepat2 habis pantang n boleh keluar jalan2 dah dengan anak-anak k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun sekejap je tapi rindunyalah. Tak habis pantang lagi memang dah keluar jalan-jalan pun.hihi

      Delete
  3. Alololo...Rindu dendam yerp. Alaaa...pejam celik kejap jer tu.

    ReplyDelete
  4. Memang sedih bila tpaksa berjauhan dengan suami...lepastu ditambah lagi bila anak2 cari papa dia...aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya mereka yang melaluinya tahu perasaan itu. Tak sanggup selalu macam ni :'(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page