HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 26 November 2014

Aku tak boleh tidur!

Assalamualaikum..


Jumaat minggu lepas Husband baru balik dari Sarawak. Kepulangan Daddy sudah pasti buat anak anak tersayang gembira dan seronok. Bila husband ada ni senanglah sikit aku bergerak sana sini dan ada ruang untuk aku berehat sementara husband pula jaga anak anak. Sejak anak anak demam, badan aku dah mula lemah seolah olah tak cukup tenaga, rasa nak demam pun ada. Mungkin sebab tak cukup tidur dan rehat. Sekarang jam 1.30 pagi. Aku masih berjaga dan belum tidur. Husband dan anak-anak dah lama bermimpi. Entah kenapa aku susah betul nak tidur malam sekarang ni. Padahal aku mengantuk. Dah berkali-kali aku cuba pejam dan paksa mata ni dengan harapan dapat tidur. Tapi masih tak boleh. Dah bosan buat macam tu aku pun bangun dan menuju ke dapur. Masuk dapur aku terus tersenyum. Banyaknya biskut! Aku terlupa yang husband baru je beli masa balik kerja tadi. Tapi biskut ni untuk aku ke anak-anak? Hmmm.. takpe share share..hehehe.

Waktu macam ni bestnya dapat makan biskut sambil layan air milo panas. Haihh tiba-tiba lapar pula. Biskut hupsing husband beli sampai 5. Nampak sangat biskut tu untuk aku. Biskut hupsing ni memang sentiasa jadi pujaan hatiku. Sejak bujang lagi aku dan adik beradik memang suka makan biskut hupsing. Biskut lain tak berapa minat sangat dan husbandku terjangkit sama mula mengemari biskut hupsing ni..hehehe.

Dah makan dah kenyang aku pun terus masuk bilik kononnya nak tidurlah. Sebelum baring aku perhatikan husband dan anak anak satu persatu. Mula-mula aku perhatikan husband. Husband langsung tak perasan aku bangun dan tak tidur lagi. Kesian mesti husband aku penat sangat.  Selalunya setiap kali aku bangun husband pasti akan terjaga. Tapi kali ni tidak. Perlahan-lahan aku cium pipi dia dengan penuh kasih sayang. Itupun husband tak sedar juga. Kemudian aku beralih kepada anak-anak pula. Masing-masing tidur dengan gaya tersendiri. Rasa nak ketawa pun ada. Lena betul adik beradik ni tidur. Dua dua aku cium berkali kali. Alhamdulillah anak anak aku semakin sihat. Adik tiba-tiba bergerak. Nampak gelisah semacam. Patutlah pampers dah penuh rupanya. Aku pun tukar pampers adik. Begitu juga dengan abang. Bila dah tukar pampers adik tidur semula. Aku pun senang hati. Dah settle semua aku pun  baring atas katil dan baring sebelah baby. Anak bongsu kesayangan Mummy ni tidur lena sungguh. Tak pernah lagi berjaga malam. Bangun pun hanya untuk minum susu. Senang sangat jaga dia. Tak banyak ragam, nak tidurkan dia pun senang. Syukur sangat..


Sekarang pukul 1.50 pagi. Ya Allah aku tak tidur lagi. Kenapa susah sangat nak tidur ni. Aku dah mula membebel dalam hati. Mula geram dengan mata aku yang tak bertimbang rasa ni. Kalau aku tidur kan senang. Takdelah mata aku jadi mata panda geram je aku!


...



...



...


Tiba-tiba aku terdengar suara adik nak susu! Anak anak aku setiap malam memang akan bangun nak susu. Sebab tu pampers cepat je penuh. Aku cepat cepat bangun. Tapi sebelum aku bangun, husband dah bangun dan buat susu untuk adik. Akupun baring semula. Aku baru tersedar bila masa aku tertidur? Dah berapa lama aku tidur? Ahhh.. Malas nak fikir. Sambung tidur lagi bagus..Zzzzzzzzzz!!!



4 comments:

  1. kalau letih sangat pun susah nak tidur, baca buku adalah satu terapi yang bagus,hihihi, boleh lentok dengan buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa bujang dulu dulu layanlah juga novel sampai tertidur. Tapi sejak ada anak ni nak baca novel pun tak sempat dah sob sob sob..

      Delete
  2. Kita pon macam tu jugak wiena. Ada masa susah nak tido.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak jadi mak mak ni memang susah nak tidur. Macam macam ada dalam kepala fikir itu ini sebab tu susah nak tidur kot.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page