HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Saturday, 8 November 2014

Bilik Mainan Anak

Assalamualaikum.


Dua minggu sebelum masuk kerja aku sempat lagi mengemas dan menghias bilik anak anak agar kelihatan seperti suasana taska..hehehe. Aku dah lama plan buat satu bilik khas untuk anak anak aku bermain. Dah banyak kali cuba buat tapi selalu tiada masa yang sesuai. Aku pula masa tu tengah mengandung. Hari tu masa aku susun balik semua pakaian anak anak aku dalam satu almari barulah aku dapat idea dan berkesempatan menghias bilik anak. Aku kemas dan hias senyap-senyap. Dua beradik tu tak boleh tau nanti plan aku tak menjadi pula..hehehe.

Misi utama aku sebenarnya tak nak bagi dua beradik tu asyik sepahkan barang mainan kat ruang tamu. Kalau dah ada bilik toys untuk mereka senanglah sikit. Sekurang-kurangnya aku dan suami takdelah stress sangat asyik mengemas barang mainan je. Pernah sekali masa aku mengandung 5 bulan hari tu aku hampir hampir saja terjatuh sebab terpijak lego mainan anak aku. Anak aku ni kalau main bukan nak main satu toys je tapi semua akan dikeluarkan dalam bakul mainan. Lepas dah keluarkan semuanya boleh pula tinggalkan macam tu je tanpa rasa bersalah. Balik balik Daddy jugalah yang tolong kemas dan masukkan semuanya dalam bakul mainan. Kalau Daddy takde, Mummylah yang stress kemas sorang sorang. Sekali sekala dua beradik tu tolonglah juga kemas tapi lepastu sepahkan balik. Alaaa budak budak biasalah kan memang itulah cara dia bermain suka sepah sepahkan mainan. Aku tak kisah pun sebenarnya. Tapi bila dah ada bilik mainan bolehlah anak aku main main dalam bilik ni je. Haaaa cuba korang tengok gambar kat bawa ni. Hari hari keadaan rumah aku macam inilah. Dari pagi ke malam bersepah sana sini. Aku dan suami akan kemas waktu malam sahaja itupun tunggu anak anak dah tidur. Esok pagi anak bangun je terus cari barang mainan. Kesudahannya akan jadi macam ni lagi T_______T".




Mengemas dan menghias bilik untuk anak anak bujang aku bukanlah sesuatu yang senang. Berhari-hari jugalah aku fikir untuk menceriakan bilik mereka. Tapi bilik tu takdelah aku hias lebih lebih cukuplah sekadar sedap mata memandang. Aku hias simple simple je tapi aku hias penuh dengan kasih sayang dan inilah hasilnya.






Setakat ni itu jelah yang aku mampu fikir dan buat. Okaylah sekurang kurangnya nampaklah kemas dan tersusun sikit segala harta karun anak anak aku ni. Sekarang ni aku nak cari langsir katun katun je lagi supaya bilik ni lebih ceria. Langsir tu tak sesuai tapi takpelah untuk sementara saja. Nanti dari semasa ke semasa aku nak tambah lagilah mana yang boleh. Aku Ingat nak beli kerusi dengan meja kecil letak dalam bilik ni. Senanglah anak anak aku main tulis-tulis, lukis-lukis atas meja nanti. Puas hati betul tengok bilik toys anak aku dah kemas dan tersusun cantik macam ni. Walaupun penat tapi berbaloi sebab anak anak aku dah ada bilik sendiri untuk bermain. Kalau nak sepahkan semuanya pun sepahkanlah. Asalkan ruang tamu Mummy dah takde mainan kecil kecil yang selalu menyebabkan semua orang dalam rumah hampir hampir terjatuh..hehehe.


Anak-anak aku dah tiga hari bermain-main dalam bilik ni. Dua dua kegembiraan yang melampau sampai tak nak keluar bilik..HAHAHAHA. 

Okay babai..


9 comments:

  1. bestnya rumah ada bilik untuk anak anak main. tak payah diorg sepah2 mainan kat serata rumah.

    ReplyDelete
  2. simple,kemas & cantik!

    untung la anak2 dpt mummy cmni..hehe

    ReplyDelete
  3. alahai cantek dan kemas nye..tq dear, blh jd inspirasi nk buat bilik mainan anak :)

    ReplyDelete
  4. Alahai..bestnya..umh akk xd blik lgsg nk bt bilik mainan cam ni.syiokkan kalau bdk2 dh xsepahkan ruang tamu

    ReplyDelete
  5. syoknye ada space utk blik mainan budak2 kan...rumah kita xde space..insyaAllah rumah baru 2016 nant memang ada blik khas utk anak2

    ReplyDelete
  6. betul tu...sy pun same..suruh main dlm bilik je huhuuuu...kalau x memang jenuhla nak mengemas kan

    ReplyDelete
  7. bilik dah cantik dan ceria, tu yang dorang syok kan main dalam tu :)

    ReplyDelete
  8. cantiknya... boleh jadi kan idea untuk rumahku syurga ku :)

    ReplyDelete
  9. Simple but nice. Nak main jer masuk bilik kan. Tak der lah bersepah ruang tamu tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page