HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 12 November 2014

Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum..

Bila dah masuk kerja ni hari hari asyik teringat kat husband dan anak anak saja. Pagi tadi dah puas kiss kiss semuanya sebelum pergi kerja tapi tak puas dan masih rindu. Sampai ofis je buka henpon tengok gambar anak anak. Sebelum pergi breakfast buka henpon lagi tengok gambar anak anak. Sebelum buat kerja yang berlambak lambak ni aku buka henpon lagi tengok gambar anak anak. Macam setiap masa pula aku tengok gambar anak anak. Bateri henpon aku ni mesti tak tahan sampai petang sebab balik balik buka henpon dan tengok benda yang sama..hehehe :')

Hampir 2 minggu aku masuk kerja. Gambar inilah yang hari hari aku tengok. Bila aku tenung dan pandang lama lama gambar ni, aku rasa sebak semacam. Aku terbayang bayang masa silam aku dengan husband. 09 Ogos 2002 Masa tu aku dengan dia baru saja berkenalan. "Cinta pandang pertama" itulah yang berlaku antara kami. Seminggu kenal kami terus menjadi sepasang kekasih. Tapi sayangnya aku dengan dia bercinta jarak jauh. Kami pula masing masing masih belajar masa tu. Aku belajar kat Sabah. Dia pula belajar di negara asing iaitu France. Kami akan berhubung seminggu sekali saja. Husband belajar 8 tahun di France. Bayangkan bertahun tahun aku menanti dengan penuh sabar walaupun bermacam macam jenis jantan yang datang dan cuba menggoda namun aku tetap terus setia padanya. 

Tahun 2004 aku dah habis belajar dan mula bekerja sedangkan dia masih lagi belajar. Dugaan demi dugaan yang datang. Aku dengan dia hampir hampir saja berpisah. Bila dah mula kerja aku semakin sibuk. Hari yang sepatutnya untuk kami bertanya khabar aku semakin tiada masa nak layan. Aku tahu dia pasti berkecil hati. Tapi masa tu aku memang sibuk. Hari hari aku balik lewat. Sabtu ahad pun aku bekerja. Bila dah jadi macam tu dia mulalah fikir bukan bukan. Mula fikir aku pasang jantan lain. Asal je dia call kami akan bergaduh. Bila dah okay aku pula yang mula fikir bukan bukan. Bila dia terlambat call ataupun tak sempat call, Aku mula terfikir dia dah ada orang lain dan aku semakin dilupakan. Padahal waktu tu dia tengah sibuk dengan exam. Setiap minggu kami akan bergaduh sebab dua dua stress. Aku stress ditempat kerja dia pula stress dengan exam. Dan akhirnya kami berpisah.


..


..


..


..


..


..


..


..


..


..


BERSAMBUNG....




12 comments:

  1. wahh ala-ala sinetron :) tapi mesti manis giler untuk dikenang kan...moga kekal bahagia sampai jannah

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan sis sherwieyna.... cantik blog.. pink! sy pun peminat pink hihi

    ** terkejut tang berpisah... scroll ,, scroll dah bersmbung pulak... nice story.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga. Terima kasih sudi singgah sini.

      InsyaAllah kalau ada masa akak singgah blog awak pula ye. :)

      Delete
  3. Ala..kenapa ada sambungan...ehehehe

    ReplyDelete
  4. Wieyna ni saja nak buat org tertunggu-tunggu pulak:)
    Namun tak apa, next harap kakak dpt baca juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa. Kakzakie nanti kita sambunglah cerita tu. Tak sempat siapkan. Cerita panjang sangat..hehe

      Delete
  5. alamak dear ko ni buat saspen..bah cepat2 sambung..sebab kisahmu lebih aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saspenlah sangat..hehehe. okay tunggu tau..:)

      Delete
  6. Alaaaa...potong lah mommy ni. Lama tu belajar.

    ReplyDelete
  7. Awak pun terkena..hehehe. Aah asben belajar lama. Nasib baik jodoh kami panjang. Syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page