HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 21 November 2014

Cuti

Assalamualaikum...


Hari ini aku cuti. Kerja yang tak pernah habis tu aku tinggalkan. Malas nak fikir, lantaklah. Cuti aku tak banyak sebenarnya. Sayangnya nak guna cuti aku yang tinggal seminggu je lagi. Tapi daripada aku sakit hati cari jalan masuk / keluar pejabat lebih baik aku ambil cuti je. Aku tak nak pening pening. Cukuplah aku pening dengan masalah anak aku yang tak nak minum susu dalam botol ni. 

Sabtu ini Putrajaya akan menjadi lokasi untuk Perlumbaan Kereta Elektrik Formula E. Mula mula masuk kerja selepas cuti bersalin hari tu aku dah mula konfius kenapa semua jalan ditutup. Nak cari jalan masuk ofis pun aku sesat. Tak pasal pasal aku lambat masuk ofis. Aku baru dapat tahu rupa-rupanya jalan ditutup sebab Formula E akan berlangsung di putrajaya. Dah seminggu semua jalan utama masuk ke presint 2 dan 3 ditutup. Aku hampir hampir saja meroyan cari jalan masuk dan keluar. Aku kan selalu balik tengahari susukan anak aku kat rumah pengasuh. Bila balik tu rasa macam sakit hati je terpaksa ikut jalan lain, jauh pula tu. Sia sia je balik sebab masa tak cukup. Kesian anak aku terpaksa berlapar lagi. 4 hari lepas kira okay lagilah ada jalan masuk dan keluar ke pejabat. Hari ini semua jalan dah ditutup. Kenderaan langsung tak boleh masuk. Kalau rajin sangat nak pergi kerja bolehlah naik bas lepastu jalan kaki pula. Sampai ofis ketiak dah basah sebasah basahnyaaa. Ishh tak nak aku. Daripada aku stress jadi macam tu lebih baik aku cuti jelah. Bolehlah aku layan anak anak aku yang makin hari makin hensem ni..tehehehe.





4 comments:

  1. Betul tuh..setuju..ni upin ipin pun dtg putrajaya jgkkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Macam teringin nak pergi. Anak anak suka gilak kat upin ipin ni. Tunggu lampu hijau dari husband je..hehe

      Delete
  2. Cuba bagi Pigeon wide neck. Anak saya masa 2 bulan pun x nak botol Avent Natural bila bagi Pigeon wide neck dia hisap tanpa banyak soal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page