HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 6 November 2014

Hari pertama masuk kerja

Assalamualaikum.


Isnin aku dah masuk kerja. Hari selasa aku terpaksa ambil emergency leave sebab anak tiba tiba je tak sihat. Aku sepatutnya kena masuk ofis sebab kerja banyaaakkkk. Tapi anak tak sihat terpaksalah aku ambil EL. Hari rabu aku masuk kerja macam biasa. Kerja di atas meja semakin bertambah tambah. Tapi aku tetap tersenyum riang. Aku cuba buat kerja macam biasa tapi balik balik buat silap. Bos pun dah mula tegur banyak buat silap. Kalau boleh aku tak nak buat kesilapan dan cuba buat kerja sebaik mungkin. Aku bukan saja buat silap malah terus hilang ingatan. Kerja yang selama ni aku ulang ulang buat pun boleh terlupa. Nak masukkan data dalam sistem pun aku dah lupa. Ish ish ish teruk betul keadaan aku sejak bercuti lama ni. 


Setelah 3 bulan cuti bersalin dan berehat panjang, inilah saat saat yang aku paling tak suka iaitu hari pertama masuk kerja. Hidup aku mesti serba tak kena. Susah betul nak atur balik hidup aku sebagai seorang pekerja dan bukan lagi suri rumah sepenuh masa yang hanya layan suami dan anak anak di rumah. Masuk kerja je mesti pening pening. Kerja banyak tapi fikiran asyik teringat kat anak anak. Balik balik tengok jam dan tak sabar sabar nak balik rumah. Rindu pada anak anak tuhan je yang tahu. 

Kononnya nak update blog hari hari sekali terus tak sempat buat itu ini. Adik beradik pun dah mula pelik kenapa aku tak post gambar kat facebook dan Instagram. Aku memang aktif layan instagram dan facebook. Kalau aku tiba tiba je senyap mesti adik beradik aku mula pelik. Kawan-kawan pun mesti dah rinduuu dan tertanya tanya kenapa aku tetiba je sunyi sepi tanpa khabar berita. Adoi tetiba pula nak perasan sendiri..hewhewhew :p

Minggu ni aku kelam kabut sikit sebenarnya. Banyak benda yang aku kejar. Terutamanya masa. Dah 2 hari aku datang kerja lambat. Nasib baiklah bos bos aku jenis yang memahami. Lagipun aku bukanlah suka suka hati nak datang lambat. Aku kelam kabut dan terkejar kejar hantar anak anak kat rumah pengasuh. Aku dah cuba kejar masa tapi tetap terlambat juga. Dah alang alang lambat nasiblah. Malas aku nak stress stress fikir itu ini. Kalau bos nak marah pun marahlah. Aku tabahkan hati sajalah T______T". Bila sampai rumah aku dah penat. Penat tahap maksima. Tak sempat pun nak snap gambar anak anak. Sebelum anak anak tidur aku dah pengsan dulu. Siap berdengkur lagi..Hahahaha!

Aku rasa orang lain pun sama kot. Masuk kerja hari pertama je mesti dah kelam kabut sana sini dan kepenatan yang melampau di malam hari. Entahlah yang pasti aku sangat sangat penat minggu ni. Husband pula takde. Husband outstation ke Sarawak. Bila husband takde ni penat aku akan berganda-gandalah. Sebab terpaksa bangun awal hantar anak anak ke rumah pengasuh lepastu masuk ofis, kerja pula banyaaak. Bila waktu balik terkejar kejar ambil anak. Sampai rumah kena masak makanan anak anak. Sebelum tidur layan anak main main kejap walaupun hakikatnya aku dah penat sangat masa tu tapi aku tetap melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Paling mencabar bila nak  tidurkan anak. Anak nak tengok video Daddy dulu sebelum tidur. Video kena ulang banyak kali. Henpon sampai dah habis bateri. Daddy call banyak kali pun tak sempat layan T____T'. Hari ni aku baru sempat buka blog dan taip laju laju sambil pump susu. Siapa yang baca karangan aku ni mesti pening..Hahahaaha. 




14 comments:

  1. Walaupun busy setiap pergerakan yg Wieyna lalui ada ganjaran tercatat
    Kerja, jaga anak, jaga kebajikan keluarga semuanya satu ibadah..

    ReplyDelete
  2. super cute mummy dah boleh jadi supermama. hehe

    ReplyDelete
  3. Semoga dapat menjalani kehidupan dengan tabah okay...

    Papaglamz dh follow mamy..

    Jom follow http://www.papaglamz.com/?m=0

    ReplyDelete
  4. alahai. kesiannya. sabarlah ok. nanti lama2 ok inshaaAllah :)

    ReplyDelete
  5. Biasa la 1st day lepas ct lama..mcm2 hal terjadi..
    Be strong wokay..

    ReplyDelete
  6. Hai salam perkenalan! Same like me..sy supermom dgb 3org ank. Mmg kemkabut skitlaa tapi bila kita ikhlas akan ade satu kepuasan...insyaallah! Kuatkan smgt ye ;)
    Feel free follow me :)

    ReplyDelete
  7. samela kite..all da best!! chaiyok!! :)

    ReplyDelete
  8. samalah kita dear..aku haritue masukkeja lepas 3 bulan banyak keja menanti...

    ReplyDelete
  9. semoga di permudahkan segala urusannya ok..

    ReplyDelete
  10. Biasala bila kita ada anak kecik.bertmbh lagi daj ada 3org kan?lama2 nti sure sis dah biasa dan blh jadi supermummy dah..hehehe

    ReplyDelete
  11. sa;am kenal dan salam singgah... betullah pening kepala baca sama macam orang baru masuk kerja... hehehe

    ReplyDelete
  12. Semoga Mummy dapat adapt dengan life baru..Amin..memang memula kepala ting tong sikit, InsyaALLA lelama nanti akan ok..

    ReplyDelete
  13. sabar mummy. nanti mesti ok punya :)

    ReplyDelete
  14. Basa lah tu. Baru masuk kerja memang mcm tu. Sebab dah cuti lama. Nanti ok lah tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page