HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Sunday, 2 November 2014

Hasil Shopping Semalam

Assalamualaikum..


Semalam Husband bawa kami anak beranak pergi shopping. Tujuan asal nak shopping baju basahan anak anak je. Tapi bila sampai sana Mummy terlebih shopping pula. Husband layankan saja. Tapi Mummy bukan beli suka suka hati je, semuanya penting untuk Mummy dan anak anak. Tempat dituju kedai Manjaku. Mummy suka shopping kat sini sebab barang baby semuanya ada. Lagi satu dekat je dengan rumah. Tak nak ambil risiko jalan jauh jauh nanti anak meragam pula. 

Kami keluar tengahari. Sebelum keluar Mummy bagi anak kenyang kenyang dulu. Daddy pun sama wajib kenyang juga. Sebab bila sampai sana Daddylah orang paling sibuk kejar anak sana sini..hehehe.






Macam biasa bila dah sampai sini anak anaklah paling excited dan tak sabar sabar naik atas sebab kat tingkat atas bermacam-macam barang mainan. Huru hara dua beradik ni, nasib baiklah masih boleh dikawal. Setiap kali datang sini memang akan rambang mata. Macam nak borong je semua. Tapi tak boleh ikut nafsu sangat kesian kat husband nanti so beli apa yang perlu sahaja. Okay gambar kat bawa ni hasil shopping semalam..


Semua pyjamas ni untuk Abang. Harga dia sangatlah murah. Setiap satu Rm15.90 saja. Memang berbaloi sangat dapat borong. Banyak lagi yang cantik cantik tapi semuanya saiz kecil. Mummy ambil 7 pasang. Geram tengok pyjamas ni warna warna dia comel je. Semalam tunjuk kat Abang pyjamas ni, tak sabar sabar pula anak bertuah tu pakai. Bila Mummy cakap basuh dulu barulah dia okay. Kalau berkeras juga nak pakai memang kena rotanlah dengan Mummy yang garang ni :p


Anak kedua Mummy Dannish Riffqie sejak akhir akhir ni dah pandai pula minta pillow macam abang. Kadang kadang pillow abang jadi mangsa. Abang sampai menangis-nangis bila bantal buchukk dia Dannish riffqie  bawa lari.  So Mummy beli satu untuk Dannish Riffqie. Bukan main happy lagi dia dapat bantal baru..hehehe


Yang ni keperluan Mummy bila masuk kerja. Senang Mummy campak segala botol dan pump dalam ni. Lagipun Mummy dapat harga murah. Harga asal Rm59.90 tapi semalam Mummy dapat dengan harga Rm25.90 saja. Tengok harga murah macam tu Mummy terus je beli. Corak dan warna dia pun comel je.


Mula-mula Mummy nak beli nursing pads je. Tapi setelah fikir dua tiga kali lebih baik beli benda ni je, susu pun tak membazir. Rasanya jenama avent ni okay kot. Nursing bra Autumn ni kali pertama Mummy beli. Ramai yang cakap okay. Jadi Mummy pun teringin nak try. Kain dia lembut dan harga pun murah je. Setiap satu tu Rm19.90.


Botol mam ni untuk baby Rayyan Ashraff. Mummy dah pening kepala dengan anak Mummy sorang ni. Dah bermacam macam jenis botol susu Mummy cuba dengan harapan dia akan terima. Tapi ya Allah semua pun dia tak nak. Minggu depan Mummy masuk kerja dah. Harap harap botol mam ni dia naklah. Kalau tak nak juga terpaksalah Mummy berulang alik dari tempat kerja ke rumah pengasuh. Adoi anak kesianlah Mummy T______T".



Dua beradik ni cepat sangat terpengaruh dengan iklan kat tv. Baru baru ni pasal iklan mandian carrie junior, entah macam mana Abang ternampak mandian ni dan dengan selamba dia je masukkan dalam bakul. Mummy ambil dan letak ke tempat asal, dia pun ambil balik dan letak dalam bakul sambil cakap "ini abang punya!". Mummy malas layan, Mummy ambil dan letak balik. Masa ni haaa mulalah dia buat drama menangis merayu rayu dengan Daddy dia. Daddy pula jenis cepat kesian bila tengok anak kesayangan dia dah macam tu terus je ikut kemahuan anak. Geram je Mummy. Mummy bukan apa kulit abang ni jenis kulit sensitif tak boleh pakai sabun mandian sesuka hati. Sebab tu sampai sekarang Mummy masih pakaikan abang dan adik adik dia mandian sebamed. Sebab ini je yang sesuai dengan kulit Abang.

Semalam dah try mandian ni wanginyeeee. Tapi tak taulah apa akan jadi dengan kulit abang lepas ni. Kalau gatal gatal satu badan Daddy harus bertanggungjawab dalam hal ni. Kalau okay bolehlah bersukaria pakai mandian yang sama anak beranak..hehehehe.


Setakat ni anak anak sesuai pakai pampers petpet saja. Dah pernah try jenama lain tapi semua pun tak sesuai. Sebelum ni Abang adik pakai mamypoko. Tapi sebab harga mahal sangat. Terpaksalah bertukar kepada petpet. Baby pun pakai petpet juga. Senang tak payah pening pening beli jenama lain. Abang pakai XL Adik pakai L baby pula masih pakai saiz S. Pampers ni kami dapat murah. Harga setiap satu Rm28 saja kecuali pampers baby. Mummy dah tak ingat harga dia lebih kurang 14.90 kot. Okaylah harga macam murah je kami terus je beli sebagai stok.

Okay itu je yang sempat Mummy shopping semalam. Esok Mummy dah start masuk kerja setelah 3 bulan bercuti. Fikir pasal kerja ni adoi malasnyalah. Harap harap semuanya okay..



8 comments:

  1. mummy, bestnya dapat shopping. Therapy ni.hihihi... dah nak masuk kerja ya mummy? Mesti tak best nak tinggal si kecik kan? Kak anim pun pernah rasa. Pam kat opis, keluar masuk keluar masuk bilik pam kat opis. Memang kena rajin dan banyak sabar...good luck mummy and happy breastfeeding! :) Semoga dipermudahkan Allah segala urusan

    ReplyDelete
  2. Byknya mummy dpt cuti 3 bln..stp kali bersalin mmg dpt cuti 3bln ek..untung ler gomen..kami di private sekali je bole ambil cuti 3 bln..lain2 anak 2 blnje cuti..bestnya soping 3 anak 3 kos..berbaloila semua mbesar bsama :)

    ReplyDelete
  3. sakannya sopink ek mommy..akk pun suka jugak beli pampers dekat manjaku..murah..

    ReplyDelete
  4. besarnyer kedai manjaku kt sana..nmpk mcm kedai baru..bertambah seronk lar shopink.
    alin pun suke g manjaku..senang semua brg pun ada..owhh..dh nak start keje..kejap je kan ms berlalu..

    sama lar mcm alin ritu..rasa mcm nk tmbh cuti jerk hehe..in sha allah bby kalo mummy nyer takder dia nak menyusu guna botol..mcm alin hr tu lagi 2 hari nk keje br betul2 ajar guna botol..alhamdulillah baby nak..

    ReplyDelete
  5. waa..byk shopping tu.. baju tidur tu murah la..just rm15/pair.. ok la tu..
    Manjaku mana ni?

    **salam kenal jugak.. bru smpat bw ni

    ReplyDelete
  6. Wah...shopping barang baby memang kena kontrol nafsu kan..cuba la guna botol pigeon utk baby sbb baby mummy pon xmo botol pon. alhamdulillah berkat tanya kwn2 & google, baru dia nak guna botol pigeon.

    ReplyDelete
  7. Wahh seronoknya tengok mummy borong baju anak2..semua meriah kaler n murah jugak kan..puas dapat shopping kat satu tempat je..takde lah letih sangat kan..lagi pulak semua barang ada kat situ, memang fokus kat satu kedai je lah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page