HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 25 November 2014

Karnival Upin Ipin

Salam



Seminggu sebelum karnival upin ipin ni berlangsung aku bukan main lagi bersungguh sungguh pujuk husband bawa kami anak beranak ke Karnival ni. Husband dah seribu kali kata "okay" tapi aku balik balik ulang benda yang sama setiap hari takut husband terlupa ataupun tak dapat balik sebab terpaksa bekerja. Nasib baiklah dapat husband jenis sabar layan isteri macam aku ni..hehehe

Serius aku teringin sangat nak bawa anak anak aku ke karnival upin ipin ni. Mana taknya setiap kali iklan upin ipin keluar anak aku dua orang tu dah mula terjerit jerit nak! nak! nak!!!. Mula mula aku tak faham dan malas nak layan. Biasalah anak anak aku ni cepat je terpengaruh dengan iklan. Apa saja jenis iklan yang terkeluar dalam TV semua pun nak. Kalau layan sampai esok pun tak habis..hehehe.

Kebetulan masa aku lipat kain depan TV, iklan pasal karnival upin ipin ni keluar. Masa tu anak anak aku dah tidur. Mak aii aku pula yang excited nak pergi. Patutlah anak anak aku terjerit jerit tengok iklan ni..hehehe. Tanpa bertangguh aku terus je sms husband. Husband macam biasa lajuuuuu je balas sms aku. Aku dah mula tersenyum senyum riang bila husband balas semuanya okay!

Jumaat malam husband baru balik dari Sarawak. Macam biasa aku akan masak sedap sedap, pakai cantik cantik, pakai wangi wangi. Tujuan sebenar bukan sebab nak menggoda ke apa, tapi itu memang cara aku sambut husband yang baru balik dari tempat kerja. Kesian husband aku penat penat balik kerja tengok isteri tak terurus lagi stress kot husband aku balik rumah. Kalau boleh biarlah dia senang hati sikit tengok isteri dia yang sentiasa cantik menawan..chewahh!. Okay dah dah banyak pula iklan..hehehe :p



Okay sambung cerita asal. Mula mula husband ajak sabtu petang ke karnival upin ipin tu tapi anak sulung aku tiba tiba je tak sihat. So rancangan A bertukar kepada rancangan B pula di mana hari ahad kami akan ke karnival tu. Itupun kalau anak betul betul dah sihat. Tapi sayang, hari ahad anak nampak tak okay lagi. Risau pula nak bawa keluar jalan-jalan. Tanya abang nak pergi Karnival upin ipin tak tengok ultraman. Abang laju je jawab "yes!" dan bangun cari kasut. Adik tak payahlah tanya. Abang ambil kasut dia pun antara orang yang paling sibuk cari kasut sambil membebel "kasut adik mana?". Selagi tak jumpa kasut tak berhentilah dia membebel..hehehe.

Hari ahad tu aku dah hilang mood sebenarnya nak pergi karnival upin ipin tu. Kesian Abang tak sihat. Ahad tu kami tetap keluar tapi bukan nak pergi karnival upin ipin tapi bawa Abang ke klinik. Sebab sebelum tu abang dah mula muntah muntah. Tak sanggup tengok anak terus terseksa macam tu. Dah jumpa doktor. Ambil ubat. Kami terus saja balik rumah. Sampai rumah abang dah menangis nangis nak tengok ultraman. Biasalah anak tak sihat meragamlah sikit. Husband laju je buka youtube dan pasang cerita ultraman. Abang ni kalau nangis lama sikit mulalah termuntah muntah. Sebab tu dalam segala hal kena cepat dan laju. Lambat sikit terpaksalah bersihkan muntah tu pula..adohai anak.


Abang sejak dah besar ni dah tak minat tengok upin ipin sebenarnya. Sekarang ni Abang asyik tengok katun ganas ganas pula. Contoh macam ultraman, superman, batman, spaiderman dan banyak lagilah. Aku pun sampai dah tak ingat nama nama hero yang abang selalu tengok kat TV tu. Kalau tanya Abang semua pun dia tahu. Sabar je aku.


Paling rajin layan upin ipin sekarang anak kedua aku. Asal je keluar cerita upin ipin goodboy je dia duduk senyap senyap depan TV. Gaya dia sama je macam abang dia dulu yang terlampau minat upin ipin. Kadang kadang sambil tengok upin ipin dia akan ulang ulang sebut "betul betul betul" comel je..

Aku rasa macam ada hikmah juga anak aku tak sihat dan tak dapat pergi karnival upin ipin. Bayangkan bila terbaca status kawan-kawan dalam facebook semuanya mengeluh dan tak puas hati. Malah ada yang menyesal tak sudah. Kalau aku jadi pergi mesti anak anak aku dah meragam tahap aku hilang sabar. Syukurlah kami anak beranak tak jadi pergi. Tak sanggup baca status kawan kawan aku meroyan pasal karnival upin ipin ni. Paling menyeramkan ramai yang kehilangan anak. Adoi tak sanggup aku. Biarlah anak anak aku tengok kat TV jelah. Sekurang kurangnya dunia kami anak beranak aman damai tanpa bersesak sesak dengan jammed, nak cari parking pun susah, bila sampai dewan picc bukan boleh tengok dekat dekat pun. Silap  hari bulan langsung tak nampak upin ipin keluar. Sia-sia je usaha dan tenaga ke sana. Kami anak beranak baring baring, golek golek depan tv lagi best dan menyeronokkan..hehehe :p





12 comments:

  1. akak ingatkan awak pegi sana? akak pun mule2 berkobar2 nk ajak aiyan pg sana... tp sabtu tuh kwn2 yg dh pg bg review sgt tak memberangsangkan terus tukar plan pg ioimall je.... tak sanggup lah nk bersesak2 gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa tak pergi pun sis. Takut bila terbaca status kawan kawan. Kesian pula anak anak nanti. Ehh sis pergi ioimall putrajaya ke? Teringin nak pergi sebab baru buka rasanya. Ramai yang cakap tempat tu best..

      Delete
  2. sy pergi sabtu petang... masyaAllah memang sesak sgt kat dlm tu... kat luar ok lah sikit.. mungkin lepas ni tak pegi lagi kot. huhu

    ReplyDelete
  3. Kan.. ramai jgk y bagi bad review.. katanya tmpat tlalu sesak... ptt buat outdoorkan..

    ReplyDelete
  4. cantik² baju anak mummy..mummy beli kat mana huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Beli kat kedai biasa biasa je. Harga pun murah je :)

      Delete
  5. daku pergi..eemm..kt dlm dewan area stage tu paling ramai manusia..better lps ni dia buat kt dlm stadium or outdoor kt padang lapang k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah wah wahh semangatnya awak pergi. Anak anak awak tak meragam ke? Kalau dah suasana macam tu anak anak aku mesti dah meragam.

      Delete
  6. Haah.btul tu sis.xpegi lagi baik kot sbb feedback semuanya yg tak best2 jek..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page