HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Saturday, 1 November 2014

Masa untuk Shopping!

Assalamualaikum.


Dah seminggu Mummy kemas almari anak-anak. Daniael Mieqael dengan Dannish Riffqie kongsi satu almari baju yang sama. Tapi pelik betullah. Almari untuk dua beradik tu dahlah besar tapi bila nak masukkan baju yang baru basuh tak muat pula. Terus hilang mood Mummy nak masukkan baju baju tadi. Mummy terfikir macam nak tambah satu almari pakaian lagi untuk budak budak tu. Baju banyak sangat, almari sampai penuh penuh dah. Kadang-kadang pakaian yang dah dilipat terpaksa letak kat luar dulu sebab almari penuh. Nak kemas tak sempat dan tiada masa. Terpaksalah terbiar macam tu je. So dalam seminggu ni kerja Mummy kemas pakaian anak anak je. Sementara tu husband jaga anak-anak. Sebab Mummy nak fokus untuk kemas almari je dalam seminggu ni.


Satu persatu Mummy keluarkan. Mummy asing asingkan baju Daniael Mieqael dengan baju Dannish Riffqie. Pakaian baby Rayyan Ashraff tak campur dengan abang abang. Sebab Rayyan Ashraff ada almari khas untuk dia seorang saja. Berhari-hari Mummy kemas tak siap-siap. Mana taknya Mummy Daddy jenis gila shopping baju anak anak. Belum lagi campur baju yang mertua selalu belikan. Macam manalah almari tak penuh...hehe


Baju basahan dan baju keluar jalan-jalan Mummy asing asingkan juga. Baju Daniael Mieqael yang dah kecil semuanya Mummy asingkan untuk Dannish Riffqie pakai. Bila dah siap asing asingkan, Mak aii banyaknya baju Dannish Riffqie berbanding baju Abang. Untung betul kalau jadi adik sebab semua baju abang yang dah tak muat akan jadi milik adik. Kesian pula kat Abang, baju basahan tidur pun semuanya dah kecil, seluar pun dah pendek. Tetiba sedih pula tengok. Bukan Mummy Daddy tak pernah beli baju untuk Abang tapi sebab Abang cepat sangat besar malah dah tinggi dah anak sulung Mummy ni. Haih lepasni kena beli baju besar besarlah. Nak ambil saiz 4 ke 5 tahun terus. Senang boleh pakai lama. Kalau dah tak muat adik adik pula boleh pakai..hehehe

Hari ini misi mencari pakaian basahan anak anak. Mummy pun dah lama tak shopping baju basahan anak anak. Tangan dah mula gatal sana sini. Lagipun Daddy dah dapat gaji bolehlah pau..hehehe. Lepasni terpaksalah share Almari Mummy Daddylah pula untuk pakaian dua beradik ni. Almari baru tunggu lampu hijau dari husband tercinta :')

So sekarang masa untuk shopping!




Gambar kat atas ni dua dua berebut nak duduk depan. Dannish Riffqie tak nak duduk belakang nak duduk depan macam Abang tapi abang tak nak bagi pula. Adoi Sabar jelah layan dua beradik ni T______T"



5 comments:

  1. bestnya leh shopping , awal bulan ni , hati hati ,. hehe.

    ReplyDelete
  2. macam tu la selalunya.. baju abang turun ke adik.. tapi abg lagi untung..dapat baju baru selalu

    ReplyDelete
  3. comelnya basikal tu.. beza berapa tahun ni abang ngan adik? Kesian berebut eh. Anak2 kak anim pun dekat-dekat jugak kaklong dan kak ngah. Org selalu tanya twin ke, padahal beza setahun setengah.

    ReplyDelete
  4. Tula.bli byk utk abg pun xbazir sbb blh turun kt adik2 kan

    ReplyDelete
  5. hehe..abg konker beskal eh..elok jew abg pose tp siadik nanges..cian adik..

    happy shopink..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page