HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 20 November 2014

Muhammad Dannish Riffqie

Assalamualaikum..



Okay hari ini aku nak cerita pasal anak kedua aku yang jarang sekali aku cerita pasal dia. Balik balik cerita Abang, balik balik cerita baby. Cerita pasal dia jarang sekali. Esok dah besar dan dah pandai baca blog ni mesti anak aku ni berkecil hati. Terasa hati. Dan mulalah akan berfikir Mummy tak sayang dia. Kesianlah pula bila bayangkan semua ni. Tapi anak aku ni paling glamor kat instagram. Hampir setiap hari post gambar dia je. Abang pula glamor dalam facebook. Tapi sekarang aku dah jarang post gambar abang kat facebook. Aku lagi suka layan instagram. Facebook sekali sekala saja. Sejak blog berwajah baru ni aku tetiba aktif pula disini...hehehe. InsyaAllah setiap perkembangan anak anak aku akan masuk dalam blog ini. Semua cerita tentang kami akan aku blogkan. Kalau rajin bolehlah update hari hari. Kalau sibuk dapatlah 3 kali seminggu. Kalau malas seminggu sekali. Kalau lagi maaaalaaaaas, tunggulah dua bulan pula barulah aku muncul..hehehe :p


Anak aku yang hensemboy ala ala korea ni chewahh sempat lagi angkat bakul sendiri..hehehe. Dannish Riffqie sejak lahir tak banyak ragam. Paling senang nak jaga dia. Tapi itulah setiap perkembangan dia berbeza dengan Abang dia. Abang dia Daniael Mieqael setiap bulan perkembangan dia sangat cepat. Umur 2 bulan lebih Daniael Mieqael dah pandai meniarap. Tapi anak aku sorang ni umur 6 bulan barulah berjaya meniarap. Mungkin sebab berat badan dia masa tu obes kot. Tapi aku tengok baby lain yang lagi obes boleh je meniarap 3-4 bulan. Tapi aku sabar je. Asalkan anak aku sihat dan aktif. 

Dannish Riffqie mula mengesot bila umur 8 bulan. Sedih je rasa. Anak orang lain dah boleh merangkak dengan laju. Tapi anak aku masih mengesot sampai umur 11 bulan. Genap 1 tahun, Dannish Riffqie barulah berjaya merangkak. Merangkak dengan perlahan-lahan. Bila dah pandai merangkak, barulah Dannish Riffqie boleh duduk dengan sendiri pula. Kali pertama Dannish Riffqie merangkak, aku menangis kegembiraan. Setiap kali tengok dia merangkak aku akan menangis. Dalam masa yang sama aku sedih. Risau perkembangan anak aku tak normal. Bayangkan abang dia dulu umur setahun dah pandai berjalan perlahan-lahan. Tapi Dannish Riffqie baru nak belajar merangkak. 

1 tahun 3 bulan Dannish Riffqie semakin laju merangkak. Malah boleh kejar abang dia yang tengah berlari. Aku ingatkan 1 tahun 3 bulan anak aku dah boleh berjalan macam abang dia. Tapi aku silap. Anak aku masih lagi dalam fasa merangkak. Aku terus bersabar. Sebab anak aku sentiasa aktif dan jarang sakit. Bukan lagi jarang tapi memang susah sangat nak sakit. Itulah kelebihan anak aku.


1 tahun 5 bulan Dannish Riffqie baru nak belajar berdiri. Belajar berjalan setapak demi setapak belum lagi. Aku semakin susah hati. Aku semakin stress bila ramai yang bertanya kenapa anak aku masih merangkak dan tak berjalan lagi. Setiap yang bertanya aku hanya tersenyum. Malas nak layan sebenarnya. Tapi dalam hati aku tetap ada kesedihan. Dan kesedihan yang aku rasa hanya Allah saja yang tahu..

1 tahun 5 bulan setengah Dannish Riffqie dah mula menapak perlahan-lahan. Masa tu aku semakin dekat bersalin anak ketiga. Setiap kali dia berjaya menapak aku gembira yang amat. Aku suami dan Abang akan sama sama bersorak bagi sokongan pada dia setiap kali berjaya melangkah setapak demi setapak. Dannish Riffqie semakin seronok bila kami bersorak ramai ramai. Dan akhirnya 2 hari sebelum aku bersalin, Dannish Riffqie bagi kejutan pada semua orang. Dannish Riffqie dah pandai berjalan malah dah boleh berlari dengan jayanya. Menangis nangis aku tengok anak aku ni dah pandai berjalan sana sini. Rasa macam tak percaya pula. Tapi bila Dannish Riffqie dah dapat kaki dan pandai berjalan sendiri terus riuh satu rumah. Siang malam dialah orang paling kecoh berjalan sana sini tanpa henti. Comel je bila teringat budak bertuah ni.


Tapi korang mesti tak percaya. Anak aku yang hensemboy ala ala korea ni (chewahh puji lagi..hehehe) bila umur 7 bulan dah pandai sebut beberapa perkataan dengan jelas. Mula mula tu sebutan dia tak berapa jelas. Tapi bila kita dengar betul betul apa yang dia sebut rasa nak ketawa pun ada. Terlampau comel sangat sebut ayat satu satu. Contoh Mama, papa, bang, Daddy. Mummy masih tak dapat sebut lagi. Selalu sebut mimi tapi okaylah tu janji adaaa..hehehe.

Masa umur 7 bulan Dannish Riffqie dah pandai minta susu. Setiap kali lapar dia akan sebut "susuuuu". Abang dia langsung tak boleh sebut perkataan susu ni tapi dia boleh sebut dengan jelas itu yang buat Mummy rasa nak cium peluk dia setiap kali sebut susu. Comel dan mengeramkan Mummy. Perkembangan Dannish Riffqie aku selalu ambil video dan post dalam instagram. Siapa yang rajin follow IG aku mesti tau Dannish Riffqie memang budak banyak cakap..hehe

Genap 1 tahun. Dannish Riffqie berjaya panggil aku "Mummy". Asal je nampak muka Mummy dia mulalah panggil panggil "Mummy" tanpa henti. Abang dia 1 tahun 8 bulan baru berjaya sebut Mummy. Sebelum tu macam macam nama aku dapat. Mimi, meee (dah macam mee goreng pula), tapi yang paling Daniael Mieqael suka panggil "Ammi"...hehehe.

Umur 1 tahun juga Dannish Riffqie dah pandai dan kenal semua anggota badan dia. Kalau kita sebut mata, dia cepat-cepat tunjuk mata. Geram je rasa dengan dia ni. Abang dia susah sikit. Tapi bila dah 1 tahun 6 bulan barulah boleh kenal semua anggota badan dia. Takpelah anak sulung aku tetap yang terbaik. 

Sekarang Dannish Riffqie dah nak masuk 2 tahun. Tapi Ya Allah mulut dia makin banyak cakap. Malah Dannish Riffqie lagi pandai bercakap dari Abang dia..hehehe. Syukur Alhamdulillah anak aku membesar dengan bijak. Betul lah orang tua tua cakap setiap perkembangan anak tak sama. Kalau dia lambat berjalan mungkin akan cepat bercakap dan begitulah sebaliknya. Apa yang aku lihat dan perhatikan kedua dua anak bujang aku yang sangat hensem ni masing masing ada gaya dan kelebihan tersendiri. Aku bukanlah nak banding bandingkan mereka, dua dua tetap anak yang baik dan bijak pandai. Apa yang pasti aku bersyukur dan cukup bangga dengan mereka. Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini. Sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka lebih dari segalanya. 




4 comments:

  1. betul tu kak.. kadang mcm x nak je layan org tanya2 pasal anak kita... nk buat tak tahu, tp tetp rasa kecik hati kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Stress sebenarnya bila orang sibuk tanya anak kita lambat itu ini dan banding2 dengan anak orang lain. Lebih baik senyum dan diam jelah..

      Delete
  2. takpe sis lambat berjalan pun.. yang penting dannish riffqie sihat :) mesti petah bercakap kan dannish nie.. comel sgt ^_^ nak baby boy jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dannish Riffqie jenis pemalu. Kalau bercakap pun hanya dengan orang2 yang dia kenal je. Tapi kalau dah bercakap memang comel. Macam x percaya je budak bertuah ni pandai cakap :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page