HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 27 November 2014

Perangai Berubah

Salam..


Hari ini perangai Dannish Riffqie pelik sikit. Tak macam hari hari biasa. Sebelum ni kan dia demam. Sejak dia demam hari tu perangai dia dah lain. Sekarang Alhamdulillah dia dah sihat sepenuhnya. Tapi perangai dia tiba tiba berubah. Aku pula yang risau. Sebelum ni kalau bab makan dia okay je. Semua pun dia telan. Senang cerita tak cerewetlah pasal makanan. Dah dua hari anak aku ni tak nak makan. Paksa macam mana pun dia tak nak. Dia nak susu je sepanjang masa. Tadi masa aku susukan baby dalam pukul 8 malam, dia datang bawa botol susu dia..


"Mummy, adik nak susu.."

"Kejap sayang Mummy susukan baby.."

Dia senyap seketika. Sambil baring baring layan perasaan. Seminit kemudian dia bersuara lagi..

"Mummy, adik nak susu.."

"Sabarlah sayang, baby tengah Minum susu.."

"Mummy, adik nak susu! Adik nak susu!!"

Adoi anak aku dah mula buat perangai. Nak tak nak aku terpaksa berhenti kejap susukan baby dan laju laju buat susu untuk Dannish Riffqie. Dah siap aku terus je bagi dia minum susu dan baring sebelah baby sementara tu aku sambung balik susukan baby. Tak sampai 3 minit dia tiba tiba bangun dan nak susu lagi..

"Mummy, adik nak susu lagi.."

"Susu adik dah habis ke? Cepatnya sayang minum susu?"

"Mummy, adik nak susu lagi!"

Lapar sangat kot anak aku ni. Kesian pula. Aku berlari dengan pantas dan laju laju buat susu lagi. Macam biasa aku baringkan dia sebelah baby. Tak sampai 5 minit Dannish Riffqie sekali lagi nak susu. Kali ni aku macam angin sikit. Balik balik pula nak susu. Padahal aku buat susu bukan separuh botol. Tapi aku buat susu tu penuh. Aku tengok perut dia dah lain macam. Risau pula tiba tiba muntah ke apa sebab banyak sangat minum susu. Kalau aku tak buat susu dia menangis pula. Kali ni aku layan jelah apa dia nak. Sekali lagi aku buat susu. Kali ni aku perhatikan dia sambil susukan baby. Ya Allah susu ketiga habis! Biar betul anak aku ni. Tapi kali ni dia tak bangun dah minta susu. Sambil sambil peluk bantal, layan perasaan sendiri akhirnya Dannish Riffqie tertidur. Alahai kesiannya anak aku..

Dah dua hari Dannish Riffqie macam ni. Setiap kali minta susu mesti kena buat 2-3 kali baru dia puas hati. Haih susah hati sangat bila dia makin kurang makan sekarang ni. Nasib baiklah dia nak susu. Kalau langsung tak nak apa apa lagilah aku susah hati tahap menangis nangis lagi T_____T"



4 comments:

  1. Budak-budak tengah membesar mungkin picky eater sikit kan? Macam anak saya kena selalu tukar menu, supaya dia tak boring, dan bagi dia Mealshakes untuk naikkan selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selang 3 hari memang selalu tukar menu untuk makanan anak anak ni. Lagipun anak kedua aku ni jenis okay je kalau makan. Tapi itulah sejak demam hari tu terus tak nak makan. Nanti nak trylah mealshake tu..

      Delete
  2. ALahaiiii...siannya. Mungkin selera tak datang lagi sebab baru baik demam kot wiena. InshaaALLAH nanti berselera balik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah harap harap selera dia datang balik. Risaunyalah kalau anak tak makan...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page