HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 17 November 2014

Perkembangan 3 bulan Baby Rayyan Ashraff

Assalamualaikum..


Cepatnya masa berlalu. Hero Mummy paling bongsu ni 3 bulan dah. Hari tu baby Rayyan Ashraff dah cucuk 3 bulan. Tapi masa timbang berat dia, Mummy tak happy sangat. Sebab berat baby naik sikit je. Sedih dan rasa bersalah pula. Mummy dah pening kepala dengan Rayyan Ashraff ni. Terlampau manja. Nak nenen Mummy je. 3 bulan Mummy cuti pantang bersalin bukan tak pernah ajar dia hisap susu botol tapi berhari hari malah sampai nak masuk kerja pun Mummy ajar tau. Tapi budak bertuah ni tak nak juga. Semua jenis puting susu dia tolak hidup hidup geram je Mummy.



Hari pertama masuk kerja, Mummy dah kecoh pasal anak tak nak menyusu dalam botol. Ramai yang bagi tips itu ini tapi semuanya Mummy dah pernah cuba tetap gagal. Kecoh punya kecoh ada jugalah Bos yang sangat prihatin dengan masalah Mummy. Bos belikan puting jenama Dr.baby. Harga puting susu ni murah gila!. Satu kotak tu ada 3 puting dengan harga Rm5.90 saja. Mummy sebenarnya tak pernah tau pun ada jenis puting murah macam ni. Ramai yang cakap baby suka puting jenis macam ni. Mummy pun trylah. Seminggu berperang dengan pengasuh sebab nak biasakan dia dengan puting ni. Mula mula nak, lepas tu tak nak pula. Tapi setakat ni dalam banyak banyak puting tiruan yang pernah Mummy cuba sebelum ni, puting Dr.baby ni lah baru dia mula hisap sikit sikit. Puting lain jangan harap nak hisap. Mummy sebenarnya tak suka sangat puting ni sebab bau dia lain macam je. Bau dia lebih kurang macam minyak petrol. Kalau lama lama cium bau dia boleh termuntah. Tapi ini antara puting yang terpilih terpaksalah Mummy pasrah seadanya :'(





Dua tiga hari ni Rayyan Ashraff baru nak hisap susu dalam botol. Tapi pakai puting susu Dr. Baby ni lah. Paling sedih 3 jam sekali dia cuma minum 1oz je. Mummy sedih betul. Minum 1oz tu pun sebab kena paksa minum dan bukannya dengan kerelaan hati dia sendiri. Minggu pertama Mummy masuk kerja Rayyan ashraff buat perangai kat rumah pengasuh. Pengasuh bagi minum susu dia nangis nangis tak nak. Malah sanggup berlapar tunggu Mummy balik kerja. Bayangkan perasaan Mummy ditempat kerja macam mana. Itu yang balik balik buat kerja salah tu sebab risau dan sedih anak tak minum susu. Setiap hari waktu lunch je Mummy cepat-cepat balik rumah pengasuh susukan dia. Setiap kali susukan dia mengalir air mata Mummy tengok dia. Nenen sampai tak nak lepas lepas, nampak sangat dia kelaparan. Makin dia hisap laju-laju makin laju jugalah air mata Mummy ni mengalir. Sedih je rasa. Kesian anak Mummy kelaparan T______T



Masa Rayyan Ashraff check up 3 bulan hari tu berat dia naik sikit je. Tapi masih tahap normal lah. Lagipun dia kan lahir kecil dan halus je. Naik sikit pun takpelah janji kesayangan Mummy ni sihat.

Berat Lahir : 2.3kg
Berat 1 Bulan : 3.7kg
Berat 2 Bulan : 4.9kg
Berat 3 Bulan : 5.8kg


Perkembangan Rayyan Ashraff dalam 3 bulan ni kalau kita layan dia cerita itu ini bukan senyum senyum lagi tau tapi suara comel dia ketawa terkehkehkehkeh dah mula kedengaran. Kalau Mummy tutup muka atau buat "ba ba chak!" Lagilah dia ketawa kuat. Abang abang yang sibuk main pun ketawa sama sama bila terdengar Rayyan Ashraff tetiba je ketawa. Makin Rayyan Ashraff ketawa makin seronok pula Abang abang dia..hehehe


Kat rumah pengasuh Rayyan Ashraff tidur macam ni. Pengasuh cakap kalau dia tidur macam ni boleh sampai 3 jam baru bangun. Kalau tak asyik terkejut dan susah nak tidur. Pengasuh bedung Rayyan Ashraff mengamuk pula tak nak. Kalau masuk dalam buaian lagilah tak nak. Menangis nangis dalam buaian. Mummy memang tak ajar anak anak Mummy tidur dalam buaian. Setiap kali tidurkan anak, Mummy cuma tepuk tepuk je. Mummy risau sebenarnya Rayyan Ashraff tidur macam ni. Abang abang dia pun Mummy tak pernah ajar tidur macam ni. Mummy takut lemas. Tapi pengasuh ni dah biasa tidurkan anak dia macam ni. Terpaksalah ikut je asalkan anak Mummy ni tak meragam.


Setakat ni Rayyan Ashraff tak pernah lagi berjaga malam. Kalau bangun malam pun sebab nak nenen je lepastu tidur balik. Senang sangat nak jaga dia. Tak banyak ragam sama macam abang dia Dannish Riffqie. Pengasuh pun cakap dia senang jaga Rayyan Ashraff. Kecuali bab nak susukan dia je ada masalah sikit. Haih anak tolonglah minum susu dalam botol. Kesianlah kat Mummy anak...


Anak Mummy yang terlampau manja ni kalau nenen dengan Mummy je mesti tersenyum senyum, ketawa ketawa lepastu mulalah mengadu itu ini. Dah puas mengadu sambung nenen lagi. Lepastu ulang lagi senyum senyum, ketawa ketawa. Padahal Mummy yang tengah nenenkan dia dah tertidur tapi dia tetap bercerita dan mengadu itu ini sampailah tertidur sendiri. Bila Mummy terjaga Rayyan Ashraff dah ZZzzzzzzzzzz. Sorry sayang Mummy penat, nak cuba layan tapi Mummy tertidur pula. Kesianlah.




4 comments:

  1. alhamdulillah terus membesar menjd juara... geram nengok kecomelan n ketembaman rayyan nih... nk panggil apa nih.... rayyan ke ashraff? dhla sama ngn nama anak akak... rayyan izzan tang dpn tu lah sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kebetulan pula nama anak kita sama..hehehe. Panggil mana mana pun boleh. Tapi kita suka panggil nama penuh je :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page