HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 5 December 2014

Anak Masuk Tadika

Assalamualaikum...


Dalam dua minggu ni ya ALLAH penatnya. Banyak benda yang aku kejar. Satu persatu aku perlu settlekan dengan segera sebelum menjelangnya tahun baru iaitu tahun 2015. Alhamdulillah tahun depan anak sulung aku akan masuk tadika. Rasa macam tak percaya je anak bakal masuk tadika tahun depan. Ya ALLAH berdebar-debar pula nak hantar anak masuk tadika. Aku harap semuanya akan baik-baik saja.

Muhammad Daniael Mieqael
Anak sulung aku Daniael Mieqael sekarang ni baru nak masuk 3 tahun 4 bulan. Entahlah banyak benda yang aku fikir pasal anak sulung aku ni. . Dalam kepala otak aku ni banyak persoalan yang timbul. Ramai yang cakap hantar anak awal sangat masuk tadika nanti dia cepat jemu dan bosan. Malah ada yang cakap nanti membazir duit je hantar anak awal. Nanti dia bukan belajar pun, nak main main je nanti. Bila dengar cakap-cakap orang ni kepala otak aku ni terus berserabut fikir itu ini.. 

"Tak cepat sangat ke hantar anak aku ke tadika?"
"Anak baru 3 tahun aku dah hantar masuk tadika, Tak kejam ke aku ni?"
"Anak masih pakai pampers, boleh ke teacher dia handle nanti?"
"Anak masih aktif minum susu dalam botol. Nak ke anak aku ni minum susu dalam cawan?" 
"Anak aku tak boleh berpisah dengan BANTAL BUCHUKK! Habislah.. habislah.. habislahhhhhh!!!




Adoi ya ALLAH peningnya kepala aku fikir semua ni...




Tapi aku tahu keputusan yang aku dan husband buat ni adalah yang terbaik untuk anak kami. Kalau layan sangat cakap cakap orang ni memanglah macam tu. Masing masing ada pandangan dan pendapat sendiri. Dan aku yakin setiap ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak anak. Aku ni senang je mana yang baik aku ikutlah mana yang tak baik aku biarkan je dan malas nak layan. Suka hati dialah nak fikir dan cakap apapun. Bagi aku, keputusan yang aku buat dengan husband adalah yang terbaik untuk anak kami. Tak salah rasanya kami dedahkan anak kami lebih awal masuk ke tadika. Tujuan kami sebenarnya nak dia bercampur dan bergaul dengan budak budak yang sebaya dengan dia. Sekurang kurangnya biarlah anak kami belajar berkawan dan berdikari sikit. Kesian pula tengok, hari hari asyik mengadap pengasuh kelantan dia, otak kosong tak belajar apa-apa pun lepas tu asyik kena buli dengan adik sendiri. kesian. Aku harap bila dia dah masuk tadika nanti bolehlah dia belajar berkawan, belajar makan sendiri, belajar masuk tandas tanpa pakai pampers lagi, dan aku harap bolehlah dia belajar menulis, melukis, membaca dan menyanyi ya ALLAH bestnya.. Aku pula yang terlebih excited..hehehe

Okaylah kesayangan semua. Entry akan datang aku sambung pula cerita seterusnya pasal persekolahan anak aku ni. Jumpa lagi babai semua :')







5 comments:

  1. hiii... pedulikan org cakap mommy!! me pon umur 3 tahun dah sekolah.. sebab xde org jaga, terpaksa pergi sekolah.. dari duk rumah org xde blajar apa2, at least kat sekolah tau laa jugak abc ke, alif ba ta ke kann.. normal laa, dah masuk sekolah rendah pon nanti nak main je..nama pon budak.. =) main pon 1 pembelajaran jugak apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel je awak ni kan..hehehe. Akak memang tak layan pun. sokong awak 100%. Dengan menghantar anak ke tadika bolehlah belajar sikit sikit kan. Semoga anak anak kita jadi bijak pandai insyaALLAH..

      Delete
  2. Salam... singgah sini...

    Anak cikla pun cikla dah msukkan Tadika masa dia umur 4 thn. Actually belum 4 thn pn masa dia daftar. Sebab kalau ikut thn lahir mmg dah 4 thn, kalau ikut bulan, bulan 5 baru genap 4 thn. So far cikla tgk dia OK je. Peduli org nak kata apa, lagipun ni kan pendedahan awal supaya dia boleh bergaul dan berdikari.
    Hehe... oklah.. jemput singgah

    http://ciklapunyabelog.blogspot.com

    Bye2 dear....

    ReplyDelete
  3. Boleh la dia bergaul dengan kwn sebaya dia kan..dn blh jgk dia jd manusia yg lbh berdikari..yg tu akk setuju..xsalah kot hanta awal2..bkn pksa dia baca buku pun kan..hehehe

    ReplyDelete
  4. Pendapat masing2 kan mummy, yg pnting mummy tau niat mummy nk bg yg terbaik slagi anak tu rase x membenbankn die. Apepon, daniel tu mmg ensem...klo free blh jengah blog sy, tgk xtvt dn mcm2 lg. Nti dh msuk tadika cite pglmn ank plak. Jgn lpe snap gmbr ank di hari pertama sklh nanti...

    http://www.armilastyle.blogspot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page