HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 22 December 2014

Baby Rayyan Ashraff 4 Bulan

Assalamualaikum..


Cepatnya masa berlalu, Rayyan Ashraff dah 4 bulan lebih. Tetap tak nak minum susu dalam botol. Kalau Mummy bagi pun main main je kerja dia sambil tersenyum senyum ketawa ketawa geram betul. 



Checkup 4 bulan hari tu berat Rayyan Ashraff naik sikit je. Susah dah naik banyak banyak sekarang ni sebab dia kurang dan susah sangat nak minum susu dalam botol. Haihh Mummy nak stress pun tak berguna. Tapi doktor cakap berat dia okay je. Masih tahap normal. Bila doktor cakap macam tu senang sikit hati Mummy. 

Berat Lahir : 2.3kg
Berat 1 Bulan : 3.7kg
Berat 2 Bulan : 4.9kg
Berat 3 Bulan : 5.8kg
Berat 4 Bulan : 6.3kg

Tapi hari hari Mummy tetap paksa dan dera dia malam malam minum susu guna botol. menangislah sekuat hati pun Mummy tetap paksa juga. Sebelum ni langsung tak minum. Tapi sekarang ni minum sikit sikitlah. Tapi tak sampai 1oz pun. Kesian Mummy penat penat pump kat ofis dia tak nak minum pun. Sedih Mummy..


Setiap kali Mummy paksa dia minum susu dalam botol mulalah menangis nangis macamlah Mummy rotan dia. Lepastu bila Mummy pujuk pujuk main main dengan dia langsung tak nak senyum dengan Mummy. Kononnya merajuklah tu. Tapiiiiiiiii bila Daddy dukung je bukan main seronok lagi dia. Mulut tak berhenti potpetpotpet sampai terkeluar keluar air liur mengadu itu ini kat daddy dia. Gigit pipi dua dua baru tahu!


Anak ketiga Mummy ni tak mustahil akan manja dengan Daddy juga. Abang abang dia pun sama asyik asyik Daddy je sekarang ni. Semua pun tak nak dengan Mummy, Mummy kan macam harimau kalau kat rumah. Daddy jelah yang paling baik sebab tu anak anak suka. Takpelah Mummy okay je :'). Bolehlah Mummy berehat sakan atas katil..hehehe




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page