HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 12 December 2014

Beg Sekolah Anak

Assalamualaikum..



Hari ini aku nak cerita pasal betapa excitednya aku shopping beg sekolah anak..hehe. Haih sejak anak nak masuk sekolah ni aku rasa macam tak boleh duduk diam. Mesti google macam macam pasal keperluan sekolah anak anak. Maklumlah anak sulung aku tahun depan nak masuk sekolah dah. So keterujaan tu mestilah ada kan..hehehe. 




Dua hari lepas aku baru je shopping sakan pasal beg sekolah anak. Mula-mula nak beli satu je untuk anak sulung aku Daniael Mieqael. Tapi tetiba teringat pula kat anak kedua aku Dannish Riffqie. Kalau aku beli satu je mesti berebut rebut pula dua beradik tu nanti. So aku terus beli dua beg sekolah. Aku tengah sibuk sibuk pilih gambar yang paling comel aku terbayang bayang pula anak ketiga aku Rayyan Ashraff. Adoi bankraplah Mummy kalau macam ni T______T. Nasib baiklah setakat ni tiga orang je..hehehe

Geram tengok beg beg ni terlampau comel. Banyak lagi pilihan gambar lain sebenarnya tapi aku berkenan yang ini je. Lagi pun yang lain tu kurang manarik dan tak cantik. Aku terus beli tiga untuk ketiga tiga anak bujang aku tu. Orang pertama yang wajib pilih haruslah anak sulung aku Daniael Mieqael. Tapi Ya Allah anak sulung aku tu punyalah tamak! Semua pun dia nak. Kesian pula tengok Dannish Riffqie menangis nangis nak juga. Pujuk punya pujuk barulah Abang bagi beg satu lagi yang ada gambar cars. Yang dua lagi tu dia punya katanya. Okay takpe, Rayyan Ashraff  pun kecil lagi. Kalau Abang nak cop dua dua pun ambillah sayangku...






Selain beg sekolah aku beli buku untuk anak anak yang aku rasa Ya Allah comelnya! Anak anak aku pula jenis yang terlampau suka katun katun ni, haaa apa lagi aku borong sakanlah..hehehe.

Sejak anak nak masuk sekolah ni excited aku tu lain macam. Susah untuk aku gambarkan perasaan itu. Setiap hari berdebar debar membayangkan anak masuk sekolah. Ya Allah harap harap tahun depan semuanya akan baik baik saja..InsyaAllah.




Okay kesayangan semua babai..





10 comments:

  1. kalau aryan nmpk beg ultraman tu mesti dia pon nk gak..kite pon xshopping lg brg keperluan sek dia..
    bila la nk g shopping ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau aryan suka ultraman mama dia haruslah belikan supaya aryan ada semangat nak pergi sekolah. Daniael Mieqael pun suka ultraman ni sebab tu aku terus je beli. Comel pula tu geram je rasa kan :')

      Delete
  2. Mmg excited sis..akk tau camne perasaan sis tu sbb akk pun pnh rasa...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa kan! Haihh berdebar debar pula tunggu tahun depan..

      Delete
  3. Seronoknya...ni kalu anak saya nampak beg ultramen ni.. dia pun mau...waaa... keterujaan tu wajib bagi semua ibu dan ayah kan... bestnya...saya lagi setahun lg.. 5tahun baru nak bg sekolah.. sebab 4y agak awal kan ...

    Perkongsian yg baik.. salam kenal semua dr mommylina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh ramai pula yang minat beg ultramen ni kan. Anak kedua aku berebut rebut dengan abang dia nak beg ultramen. Mummy pula yang pening..hehe.

      Daling anak i tahun depan baru masuk 4 tahun. Kesian sebenarnya tapi atas sebab tertentu kami terpaksa hantar dia ke sekolah. Alaaa bukan serius belajar pun saja nak bagi dia bergaul dan berkawan dengan budak budak lain.

      Kalau umur 5 tahun masuk sekolah pun okay juga takde masalah lagipun mesti dia dah pandai berdikari kot masa tu.apa pun terima kasih sudi singgah sini. Salam kenal juga dari i.. :')

      Delete
  4. wah..mummy borang sakan...cute2 beg ni..kalu ada bag utk gegirl sure aku pun sambar jgk..HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib borong sakan sebab terlampau comel. Adoi beg untuk gegirl kita tutup mata tak nak pandang sebab terlampau comel n cantik cantik. Nasib baik anak kita semua lelaki..hehe

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. salam kat mana ye nak beli beg ultraman ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page