HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Sunday, 21 December 2014

Dating Berdua Saja!

Assalamualaikum..


Khamis lepas Husband ajak dating. Kononnya dating berdua jelah tanpa anak anak. Tapi lecehlah dating masa kerja ni. Macam terkejar kejar pula dating. Tak sempat pun tengok wayang. Geram aku!

Aku sebenarnya jeles kat suami sendiri. Gila kau tak jeles dia cuti 2 minggu sedangkan aku pula bermati matian kat ofis siapkan kerja yang tak pernah habis tu. Adoi jeles jeles jeles.. rasa macam nak minta cuti je tapi cuti aku tinggal sehari je kot. Sayangnya nak guna.

Sejak husband cuti 2 minggu ni, selalu je muncul dengan tiba tibanya depan ofis ajak dating. Kat rumah tak cakap awal awal. Selalu je bagi kejutan sampai aku tak sempat pun nak mekap cantik cantik. Lambat sikit boleh pula kena denda kiss dia. Haih macam macam perangai husband aku sejak makin tua ni. Nasib baiklah bukan perangai pelik pelik. Kalau sekadar nak kiss kiss tu aku okay je..hehehe


Tepat jam 12.30 tengahari husband dah sampai ofis. Aku punyalah kelam kabut turun. Mula mula husband ajak ke IOI City Mall lagi tapi aku yang tak nak. Kalau makan tengahari kat sana mesti semua restoran penuh. Dahlah boleh dating 2 jam je. Kang tak sempat makan pula. So kami pergi alamanda je lah. Tempat yang paling dekat dengan ofis. 

Sampai Alamanda kami terus menuju ke Restoran Johnnys sebab husband teringin nak makan steamboat. Aku pula dah lama tak makan steamboat. Seronok makan steamboat ni semuanya boleh campak campak je dalam tu lepastu makan sampai kenyang hehehe.   






Lepas makan ada setengah jam je lagi dating sebelum aku balik ofis. Tetiba aku baru teringat anak ketiga kami Rayyan Ashraff tak belikan baju lagi untuk aqiqah nanti. So kami terus je ke parkson cari baju anak tersayang.  

Untuk lebih adil dan sama, setiap kali aqiqah baju ketiga tiga anak kami wajib sama cuma lain sikitlah fesyen dia. Yang aku pegang ni adalah yang paling terbaru. Geram tengok terlampau comel!



Okay dah dapat saiz yang sesuai untuk baby Rayyan Ashraff. Tak sabar pula pakaikan dia baju ni. Kalaulah ada saiz besar untuk Abang abang dia aku sudah pasti beli. Tapi sayangnya saiz yang ada sampai umur setahun je. Aku suka tengok anak anak aku pakai baju sama dan sedondon nampak macam kembar pun ada comel je kalau orang tegur padahal tak kembar pun baju je yang sama..hehehe 

Okay kesayangan semua jumpa lagi. Selamat berhujung minggu. Babai...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page