HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 4 December 2014

IOI City Mall Putrajaya.

Assalamualaikum...


Hari sabtu lepas kami anak beranak sempat singgah ke IOI City Mall Putrajaya. Ramai yang kata tempat tu best dan besar so kami pun tak nak terlepas peluang untuk melihat sendiri kebesaran IOI City Mall Putrajaya. Kalau tak silap aku IOI CIty Mall ni baru je di buka pada 20 Nov 2014 hari tu. Aku dan husband paling excited nak datang sini sebab selalu dengar kat radio IOI City Mall ada 80 restoran pelbagai jenis makanan! Alahai terus teruja dan tak sabar sabar nak tengok apa yang best sangat ituuu..hehehe


Bila sampai IOI City Mall, Allah ramainya manusia!. Aku dan husband terus jadi tak tentu arah nak ikut jalan mana..HAHAHAHA. Anak anak aku pula dah melompat lompat keriangan.  Serius! IOI City Mall ni memang besar dan luas gilak. Punyalah best sebab macam macam adaaaaa. Tangan tetiba pula gatal nak shopping. Nasib baik husband tahan kalau tak aku memang dah tak ingat dunia..HEHEHE.

Mula mula sampai tu kami terus cari restoran. Restoran makanan punyalah banyaaakk tapi sakit hati je sebab semuanya penuh. Ish ish ishh dahsyat betul. Nasib baik jumpa restoran yang ada tempat kosong lagi. Itu pun berebut dengan orang lain. Nasib baik husband aku cepat dan pantas..hehehe.




Ya Allah dah lama aku mencari dan teringin sangat nak makan cendol durian ni. Masa mengandung anak ketiga lagi hari tu keinginan aku ni tak tertunai tunai. Puas husband cari merata tempat tapi tak jumpa. Kalau ada pun cendol biasa je. Kesian anak aku asyik berliur je sekarang ni. Mana taknya masa dalam perut lagi dia teringin kot nak rasa cendol durian ni. Tapi apakan daya, baby selamat lahir pun tak sempat merasa. Kesiannya dia T___________T



Makan kat restoran ni secara kebetulan pula ada cendol durian. Ya Allah bergenang air mata.  Tetiba je rasa nak menangis pula tengok cendol durian ni. Selama ni aku tercari cari tak jumpa. Sekarang tiba tiba pula muncul depan mata. Ya Allah nikmatnyalah dapat makan.  Husband suruh makan puas puas tapi aku makan semangkuk je sebab banyak sangat. Kalau nak lagi bila bila masa saja datang restoran ni. Lagi pun IOI City Mall ni dekat gila dengan rumah kami. Bestnyalah..



Selepas makan kami melihat pemandangan indah kat IOI City Mall ni. Tapi satu je aku tak puas hati, tempat permainan kanak kanak tak kelihatan. Entahlah sama ada kami tak jumpa ataupun memang takde. Penatnya cari tempat anak anak aku bersukaria. Anak aku sampai nak menangis nangis dah tak sabar nak main cars.

"Mummy, Abang nak main car! Abang nak main car!" Yang si adik pun sama "Mummy adik nak main car! Adik nak main car!"

Alahai dua dua dah lah baru baik demam. Kesian pula kalau tak tunaikan. Lagi pun tujuan asal kami datang ke sini nak bagi anak anak bersukaria. Tapi sayang seribu kali sayang tempat besar macam ni pun takde tempat untuk kanak kanak bermain. 

Nasib baiklah anak anak aku ni jenis yang masih boleh dikawal. Kalau tak mesti dah berguling guling atas lantai, menangis, menjerit Ahhhh tak sanggup bayangkan. Nasib baik anak anak Mummy ni goodboy je. Kalau Mummy kata esok kita datang lagi, dua dua okay je. Padahal tak datang pun..hehehe. Itulah alasan aku setiap kali anak tetiba nak toys yang berharga ratusan ringgit. Kalau husband aku Ya Allah mudah je cair dengan permintaan anak anak.  







Tak dapat main pun takpelah. Janji dapat mainan baru kata si Abang dalam hati..hehehe. Seronok je dia bawa kotak mainan tu. Mummy Daddy nak pegang pun tak boleh. Sepanjang jalan dia pegang macam tu. Budak budak lain lalu dia siap cakap lagi "Daddy beli robot untuk Abang.." lepastu buat muka eksyen pula tu..sabar jelah. 




Aku paling suka dan paling seronok yang amat Mothercare kat IOI City Mall ni punyalah besar. Aku antara ibu ibu paling bahagia ternampak kedai Mothercare ni. Husband aku sabar je layan isteri dia yang gila shopping baju anak anak ni..HAHAHAHAA! 

Kami anak beranak tak sempat jalan sakan. Terlalu ramai manusia. Tapi nampaknya memang kami tak pergi yang jauh jauh dah kot lepas ni dan aku nak ucapkan selamat tinggal untuk Alamanda hehehehe. Sebab selama ni asyik jalan kat Alamanda je sampai aku dah boring gila masuk Alamanda.  Mungkin lepas ni setiap hujung minggu muka kami jelah kot balik balik datang IOI City Mall Putrajaya ni..hehehe. Haih hujung minggu ni rasa nak pergi lagilah. NAK MAKAN CENDOL DURIAN LAGI Huhuhu.. :')



8 comments:

  1. Bestnya bawa anak2 jenjalan kat Mall yer...saya pun suka gas, tp ioi city mall ni tak pernah sampai lagi...

    ReplyDelete
  2. su pon varu terjah semalam...mmg besaq woooo

    ReplyDelete
  3. Baru terjah sekali ngan member office waktu lunch hour. Memang besar. Manusia pon ramai dalam tu. Memang dkt sgt ngan umah kita. Dlm 5-10 minit jer kot. Alamanda memang jarang gi sbb jauh sket dari umah.

    ReplyDelete
  4. macam best je...thank u untuk review ni

    ReplyDelete
  5. wahhhh byknye tempat makan huhu...

    ReplyDelete
  6. Alahai...bilala nak sampai ni tau

    ReplyDelete
  7. Mmg ramai umat manusia dan tempat nye punye la besar kann..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page