HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 11 December 2014

Kami Datang Lagi IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum...


Seperti yang dirancang dan hari yang aku dan anak anak sentiasa tunggu tunggu iaitu hari untuk kami anak beranak keluar berjalan jalan. Daddy kan selalu sibuk. Kalau Daddy outstation tak dapatlah kami keluar jalan jalan. So sabtu lepas Daddy ajak kami pergi IOI CIty Mall Putrajaya lagi. Riangnya hati sebab aku memang nak makan cendol durian lagi. Isnin tu aku dah cakap kat husband yang aku teringin nak makan cendol durian lagi. Husband aku senyum senyum je tanpa berkata apa apa. Aku sebenarnya tak faham kenapa dia tersenyum senyum. Dia senyum aku senyum balik. Banyak kali jugalah kami berbalas balas senyuman, sabar jelah aku. Apakah husband aku waktu tu ada maksud tersirat..entahlah :p

Ini adalah kali kedua kami datang ke IOI City Mall. Kali ni kami lebih yakin dan tak sesat lagi sebab sebelum ni kan dah pernah datang. Jadi kami taulah tempat mana yang harus kami tuju terlebih dulu. Sebelum ni jakun seketika, tetiba je hilang arah dan tak tau nak ke mana..hehehehe.

Sampai IOI City Mall je kami terus makan. Pelik betullah semua restoran asyik penuh je. Padahal punyalah banyak restoran kat IOI ni. Nak makan kat tempat yang menjadi kegemaran aku sekarang ni pun terpaksa beratur panjang dan selepas 10 minit barulah dapat masuk. Takpelah demi cendol durian aku sanggup..tehehe.

Okaylah Mummy tak nak membebel panjang panjang, jom layan gambar kat bawa ni..







Dannish Riffqie lepas makan malas jalan. Kenyang je mesti nak tertidur. Daniael Mieqael pula bebas berjalan. Mummy pegang atau Daddy pegang dia tak nak. Nak jalan sendiri. Okaylah Abang kan dah besar. Jalanlah puas puas ye sayang..

Daniael Mieqael
Dannish Riffqie



Abang dah penat jalan, tak larat dah waktu ni. Giliran Abang pula duduk dalam stroller. Budak paling seronok sekarang sudah pasti si mata sepet ni..hehehe. Iyelah selalu dia je yang kena duduk dalam stroller bila tiba tiba bebas tu seronoklah dia.



Amboi tengoklah aksi anak bujang aku sorang ni, mentang mentanglah Mummy Daddy bagi dia kebebasan berjalan sendiri bukan main eksyen lagi..hehehe.


Sambil jalan tak tentu arah, tiba tiba dia berhenti sambil tunjuk patung mulut pun tak berhenti membebel

"Mummy apa tuuuuu?"
"Mummy adik takut!.."

"Adik takut kenapa?"

"Tuuuuu mata takde.."

Aku yang snap gambar dia pun geli hati dengar..hehehe


Lama dia pandang patung tak bernyawa ni. Takut tapi sibuk nak tau apa patung tu buat. Satu satu dia pandang, lepastu dia lari sebab takut. kejap lagi datang dan pandang pandang jeling jeling lagi..

Tiba tiba........



Anak aku yang sangat bertuah ni dah mula meraba dan pegang pegang pula patung tu. Tetiba je berani..sabar jelah..hehe


Rayyan Ashraff paling goodboy kalau bawa jalan jalan. Langsung tak meragam dan susahkan Mummy. 


"Senang betul nak jaga awak ni sayang.."
"Tapi kenapa Rayyan Ashraff tak suka minum susu dalam botol haaa kenapa kenapa kenapa?!"

Mummy cakap je macam tu mulalah buat muka sedih..haihh geramlah!


Sebelum ni setiap kali naik eskalator terpaksa dukung dia atau bagi dia duduk dalam stroller. Tapi sejak akhir akhir ni dia tak nak kena dukung. Ada hati nak naik sendiri eskalator. Bila kita dukung menangis nangis. Terpaksalah Mummy pegang dan biar dia merasa sikit eskalator tu. Amboi seronok bukan main. Agaknya dia selalu ternampak abang dia kot naik eskalator, dia pun nak juga...

Haihh makin besar macam macam dah perangai anak anak aku ni T___________________T"





Entry ni sepatutnya Mummy nak publish hari isnin tu tapi tak sempat. Almaklumlah Mummykan insan paling sibuk di dunia..hehehe. Okaylah kesayangan Mummy semua. Babai dan selamat berhujung minggu semuaaa...





5 comments:

  1. Mall ni dh ada dlm waiting list nk terjah tp nk tggu cool down sikit sbb ramai yg ckp sesak sikit klu pegi skang ni ye?

    ReplyDelete
  2. baru nk tanya mana sikecik rupenyer ada tuh... hehehhe
    tgk lg macam2 ada, aritu dtg mcm tak berapa lengkap lg sbb ada yg tak bukak lg...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page