HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 24 December 2014

Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Rayyan Ashraff

Assalamualaikum...




Entry kali ni nak cerita pasal aqiqah dan cukur jambul anak ketiga Mummy, Rayyan Ashraff. Actually Majlis aqiqah dan cukur jambul ni nak buat kat sabah. Tapi memandangkan husband aku yang selalu saja outstation dan tak duduk tetap di malaysia terpaksalah kami tangguh buat sementara waktu. Plan asal kami suami isteri nak buat aqiqah masa hari raya korban hari tu. Tapi husband pula tak dapat bercuti. Maka tak dapatlah kami balik sabah. Hari raya korban sudah berlalu, nak buat majlis aqiqah bulan seterusnya tak jadi juga sebab husband tetap sibuk sepanjang masa. 

Orang tua kat kampung dah mula bising bising bila nak buat aqiqah dan bila nak botakkan Rayyan Ashraff. Iyelah rambut anak aku ni sejak lahir tak pernah potong. Lagipun tak baik simpan rambut baby lama lama tak elok mak aku cakap. Aku dah mula risau. Cakap kat husband walau apa terjadi sekali pun dia wajib ambil cuti untuk aqiqahkan anak ketiga dia. Kalau tak taulah nasib dia nanti. Kang malam jumaat tak dapat baru tahu..hahahahaaa jahat aku.

Alhamdulillah majlis aqiqah dan cukur jambul Rayyan Ashraff pada 20.12.2014 dah pun selamat semuanya. Syukur sangat majlis berjalan dengan sempurna. Semuanya hasil usaha mertua aku. Terharu sangat sebab mertua aku dah atur semua dan aku sendiri tak sempat pun nak tolong tolong apa yang patut padahal majlis anak aku. Tapi mertua aku okay je. Ahhh tetiba rasa nak nangis pula bila majlis aqiqah anak aku selesai juga akhirnya. Lepas ni aku tak perlulah risau risau lagi. Sayang mertua aku 500% tetiba..hehehee.

Okay jom layan gambar kami sepanjang majlis aqiqah Rayyan Ashraff...



Sebelum majlis berlangsung Mummy dah bagi Rayyan Ashraff kenyang kenyang dulu. Bila kenyang macam ni lah rupa dia happy je. Posing depan kamera pun senang..hehehe


Rayyan Ashraff berdebar debar kot waktu ni sebab lain macam je muka dia. 
Berdebar nak cukur jambul lah tu...


Sepanjang cukur jambul dia baik je. Tak meragam langsung. Daddy yang dukung dia senang hati je..hehe








Okay yang ni cukur jambul bahagian perempuan pula. Kesian dia kena kiss kaw kaw..hehehe







Abang abang kesayangan Mummy Daddy..



Rayyan Ashraff dengan Nenek tersayang..










Tetamu kelantan. Bila jumpa ramai ramai macam ni terus huru hara rumah mertua..hehehe


Okay kesayangan semua. Jumpa lagi entry seterusnya. Yeayyy esok cuti!!! Selamat bercuti semua..babai




6 comments:

  1. kalau org tua omokkan satu benda tu tak elok, kite pon mesti gelabahkan..huhu..katanya tak elok simpan rambut yg dari dalam perut.. kena bersihkan.. btw, hensem Rayyan AshrafF..big day dia kan..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa kalau orang tua cakap tak elok tu memang cepat je risau. Alhamdulillah semua pun dah selamat :)

      Delete
  2. Muka rayyan ikut muka nenek diala..patutla..hehehe

    ReplyDelete
  3. wahh meriah erk...seronok si kecik behave je sepanjang majlis kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page