HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Sunday, 14 December 2014

OMG Terlajak Laris!


Semalam tunjuk lotion ni kat husband. Husband aku hampir hampir saja jadi orang gila ketawakan aku. Balik balik dia ulang ayat ni "Eeee muka je putih tangan hitam!" Sabar je aku masa tu. Geram punya pasal aku bukalah lotion ni lepas tu sapu kat muka dia biar dia senyap..hehehe.

"Haaaaa padan muka ketawa lah lagi.." (sambil buat muka pura pura marah)

Muka Husband aku masa tu terkejut dan dah lain macam, aku pula yang tak berhenti ketawakan dia sebab hampir separuh muka dia terkena lotion si terlajak laris puas hati aku! Kahkahkahkah..


10 saat kemudian...


"Ehh sayang wanginya lotion ni.." 

Aku diam dan buat buat tak dengar..hehehe

"Sayang, lotion tu wangilah Daddy suka.."

"Kalau sayang suka, sayang sajalah pakai. Mummy tak nak pakailah rasa nak buang je.."(merajuk sebenarnya..)

"Alaaa sayang ni merajuk pula.." (sambil cubit cubit pipi Mummy)

"Mestilah merajuk.."

"Alaaa Daddy gurau jelah yang.." (kali ni Daddy peluk pula sambil usap usap rambut Mummy)

"Kulit sayangkan dah putih kenapa nak pakai lotion ni lagi?"
Nanti kalau sayang putih sangat Daddy takut yang.."

"Takut kenapa pula?"

"Iyelah nanti sayang jadi hantu cina pula takutlah.."

Husband cakap macam tu aku dah ketawa tahap keluar air mata. Adoi macam macamlah husband aku ni...

Tapi kan bila pakai lotion ni Ya Allah wanginyaaaaa! Husband aku sampai tak tahan dibuatnya...Hahahahaha.

Sabar sabar masih pantang...hehehehehehehee





8 comments:

  1. Replies
    1. Kita czer haruslah berwaspada daling :')

      Delete
    2. Aah anak ketiga czer lagi. Nasib baik yang keluar semua hensem hensem..hehe

      Delete
  2. hahahha... akak biasa pakai brg makeup terlajak laris je... skrg pakai lipstik yg rosalinda tuh, akak suke ngn warna dia n tak kering kt bibir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak try juga lipstik dia sebab ramai yang cakap best. Bibir x kering.

      Delete
  3. Lawaks la..hahahha..sis dah putih xyah pakai krim.bg putih dah kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. saja je nak try. Sebab nampak macam best je. Paling best lotion dia wangi sangat. Sukalah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page