HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 30 December 2014

Rayyan Ashraff dah botak

Assalamualaikum...


Sabtu lepas buat aqiqah Rayyan Ashraff. So ahad tu kami suami isteri terus bawa Rayyan Ashraff ke kedai mamak belakang rumah mertua untuk dibotakkan. Rambut Rayyan Ashraff ni jenis panjang dan lebat. Ketiga tiga anak aku memang jenis rambut lebat masa lahir. Kalau simpan rambut lama lama dan biar panjang selalu je orang akan ingat anak aku ni gegirl..hehehe. 

Aku sebenarnya tak suka anak lelaki aku berambut panjang. Aku cepat je rimas tengok rambut anak anak panjang. Begitu juga dengan rambut husband. Dua hari sebelum majlis aqiqah abang abang dah pun selamat potong rambut.

Mula mula husband nak pergi berdua je dengan Rayyan Ashraff. Tapi Daniael Mieqael dan Dannish Riffqie pula dah menangis nangis nak ikut. Malas nak bawa sebenarnya tapi biasalah husband aku ni jenis yang tak boleh tengok anak anak dia menangis. Suka sangat manjakan anak sampai anak tak nak berpisah dengan dia. Haih nasiblah.

Kedai gunting mamak buka jam 11pagi. Rayyan Ashraff aku sengaja tak mandikan. Sebab senang lepas gunting rambut terus je mandi. Malas nak mandikan dia banyak kali. Kesian sejuk pula anak aku ni.


Muka masam je sebab Mummy paksa dia bangun awal..hehehe. Kalau Mummy tak paksa bangun jam 12tengahari baru bangun kot anak bertuah ni. Sebijik perangai Daddy suka tidur sepanjang hari..hehe.


Dua beradik ni paling happy masuk kedai mamak. Nak tinggal kat rumah mertua tak nak menangis nangis. Masuk dalam kereta je terus menjerit jerit horey!!! Itu tandanya dua dua seronok.



Hobi baru suka isap jari sampai terkeluar keluar air liur. Baju habis basah. Makin kita halang makin seronok dia hisap kesemua jari dia lepastu tersenyum senyum riang. Sabar jelah.



Haaaa waktu ni Rayyan Ashraff dah berdebar debar kot nak gunting rambut. Abang kat belakang tu siap takut takutkan baby lagi. Padahal yang tengah takut dan paling risau Dannish Riffqie. Balik balik anak kedua aku tu cakap

"Mummy tak nak! Daddy tak nak!"

Macamlah dia yang gunting rambut. HAHAHAHAA.


Daddy kiss dia, dia kiss Daddy balik. Rayyan Ashraff bukan kiss Daddy sebenarnya tapi dia belasah jambang Daddy yang makin panjang tu..kihkihkih. Nasib baiklah belum ada gigi. Kalau ada gigi lepastu kena gigit kaw kaw dengan Rayyan Ashraff mesti Daddy taubat tak nak berjambang lagi..HAHAHA!



Alhamdulillah Rayyan Ashraff tak banyak ragam sepanjang sesi dibotakkan. Dia tenang je sambil layan kamera. Mummy pula yang tetiba sebak tengok rambut anak Mummy gugur satu persatu T_____T"


Semua rambut Rayyan Ashraff kami bawa balik untuk ditimbang di kedai emas nanti. Selalunya rambut baby lelaki akan ikut berat silver. Kalau baby perempuan pula ikut berat emaslah kot. Tak pastilah. Maklumlah ketiga tiga anak aku kan lelaki :').


Haaaa inilah wajah baru Rayyan Ashraff. Tapi kan rambut anak Mummy ni baru lima hari selepas dibotakkan hari tu dah tumbuh panjang. Cepat je panjang. Kalau Mummy cium cium umbun umbun dia alamak tajaaaaamnyaa! Lagi tajam dari jambang Daddy..kahkahkah!



Masa untuk si botak Mummy yang sangat hensem ni posing. Sejak dah botak ni tidur pun makin lama. Kepala dah tak berpeluh peluh. Paling best setiap kali Mummy mandikan dia tak perlu dah pakai shampoo banyak banyak. Jimat sungguh! :') 

Okay dah habis cerita si botak ni. InsyaAllah entry akan datang Mummy cerita pasal persekolahan anak sulung Mummy pula Daniael Mieqael. Jumpa lagi semua..babai!



11 comments:

  1. Sume muke daddy die...cute la mereka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah semua ikut muka daddy. Perangai pun sama je..hehe.

      Terima kasih :')

      Delete
  2. senang nye Rayyan tak merengek ..means dia tak takut laa tu kena cukur.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Risau dia merengek je masa cukur tu. Nasib baiklah goodboy je dia.. :)

      Delete
  3. dh botak lg nmpk mcm cina la dia..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!! Haih dua orang dah mata sepet. Daniael Mieqael je mata besar..hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih. Bilalah dapat jumpa awak lagi ni. Tetiba rindu pula..hehe

      Delete
  5. geram tengok baby Rayyan...botak pon comel...hihi

    ReplyDelete
  6. o_o family ada kacukan cina ke? Serious nampak macam anak orang cina

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page