HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 29 January 2014

Wordless Wednesday 16 : Rezeki 2014



Alhamdulillah Rezeki 2014. Terima kasih Allah..

Friday, 10 January 2014

Hujung Minggu Kami

Assalamualaikum

Ahad lepas sebelum husband bertolak ke Sarawak
Kami anak beranak makan kat luar
Kenapa makan kat luar?
Sebabnya Mummy penat malas nak masak masak..tehehe
Restoran yang dituju sudah pasti pilihan husband tercinta Nando's.

Bila semua dah kenyang, kami suami isteri bawah anak-anak pergi berhibur pula..hehe.
Kat Alamanda ni tempat permainan untuk kanak-kanak tak banyak, terhad sangat.
So kami singgah jelah mana yang sempat, lagipun abang memang suka main kat sini,
jadi layan jelah janji anak-anak happy...

Posing macam ala-ala model gitu..hehehe

Dah puas posing, anak-anak pun dah puas bermain kami singgah "Toy r us" pula.
Tujuan sebenar bukan nak beli pun saje saje nak cuci mata
Tapi bila sampai je dalam tuuuuu..
Ya Allah anak bujang Mummy sorang ni bukan main seronok lagi
Semua pun dia nak pegang, sabar jelah Daddy masa tu..haha

Daddy sekadar perhatikan je anak kesayangan dia..hehe

Ada budak tengah bodek Daddy belanja barang mainan.
Senyum sampai ke telinga abang kita ni bebas memilih..hahaha

Amboi Abang kita ni dah pandai pilih-pilih tau
Habislah Daddy kali ni abang berkenan barang mainan mahal..huhuhu

Okay Abang berkenan mainan ni,
nak tak nak Daddy terpaksa bayar..hahaha

Destinasi terakhir kami hari tu Mothercare.
Keperluan anak-anak harus diutamakan.
Mummy beli botol susu baru untuk abang dan adik.
Mummy berkenan sangat dengan Avent, jenama lain tak suka sangat
Setakat ini anak guna botol susu Avent ok je takde masalah 
Walaupun mahal tapi Mummy puas hati..

Yeayyy esok hari sabtu dah
Tak sabar tunggu kepulangan Husband tercinta
"Mummy Abang Adik rinduuuuuu Daddy sangat!"

Babai selamat berhujung minggu semua..


Wednesday, 8 January 2014

Wordless Wednesday 15 : Cinta Hati Mummy





Friday, 3 January 2014

Sunway Lagoon

Assalamualaikum...
Ini adalah entri pertama Mummy untuk tahun baru ini.
Rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat tahun baru 2014 buat semua.
  Semoga tahun 2014 Allah terus berikan kesihatan yang baik, terus dimurahkan rezeki,
dipermudahkan segala urusan dan semoga kita semua terus diberikan kebahagiaan hidup
bersama keluarga tercinta. 
Azam untuk tahun ni Mummy nak memperbaiki diri sendiri ke arah lebih baik.
 Tahun 2014 dah tiba, ini bermakna bertambah setahun lagilah usia Mummy.
Tapi takpelah usia je yang bertambah tapi Mummy tetap kelihatan muda gitu..tehehe
Kesibukan yang melampau cerita penghujung 2013 tak sempat Mummy share kat korang.
Mummy sibuk menguruskan macam-macam hal.
Mummy sibuk dating dengan husband, sibuk uruskan anak-anak
dan sudah pasti sangat sibuk kat tempat kerja.
So untuk entri ini Mummy nak kongsi percutian kami anak beranak baru-baru ni.
Kira percutian sempena tahun barulah kononnya.
Memang best sangat, lagi-lagi pergi dengan family sabah.
Destinasi yang dituju tak jauh pun kami pergi tempat yang paling dekat je tapi best!
Kami pilih sunway lagoon untuk percutian kali ni.
Okaylah Mummy malas nak cakap banyak.
Apa kata korang layan gambar jelah ye..heee
Tudung merah tu kakak sulung Mummy.
Walaupun dah ada 4 orang anak masih tetap kelihatan sangat gojes.

 Adik beradik Mummy..



Abang Adik yang tak sabar nak main air..huhu







 Terus terang Mummy cakap
Inilah kali pertama Mummy naik pelampung besar ni.
Ya Allah mula-mula naik tu memang takut sangat, tapi husband paksa juga naik
Tapi bila dah cuba naik Ya Allah bestnyaaaaa!!!
Rasa macam tak nak keluar pula..Hahaha
Kami anak beranak tak berhenti ketawa naik benda ni seronok sangat.
Lagi-lagi bila ombak datang lagilah kitaorang menjerit sukaaaa..hahaha






Selesai bermandi manda, kami terus balik.
Kalau ikutkan sebenarnya nak jelajah sunway lagoon tu lagi tapi tak sempat
sebab dah nak hujan. Risau anak-anak demam pula.
So itu jelah cerita tahun baru kami.
InsyaAllah lain kali Mummy update cerita lain pula
Selamat berhujung minggu semua..TATA!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page