HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 29 April 2014

Hari Keluarga Part 2

Assalamualaikum..

Kalau pergi bercuti dengan family dan dapat bilik besar macam ni memang puas hati betul. 
 Anak beranak boleh main kejar-kejar
Mummy Daddy pun boleh honeymoon..tehehee
 Tak rugi join familyday Ukas ni. Semua pun free. 
Tak payah susah-susah keluarkan kos.
Hanya tanggung kos yang tidak ditanggung oleh kelab Ukas sahaja. 
Tapi untuk apa keluarkan kos kalau semua pun dah free kan..hehehe

Tengahari tu sepatutnya ada aktiviti bebas (Water Theme Park)
Tapi faham-fahamlah tengahari main air memang rentunglah kami anak beranak.
Mummy Daddy pun tak selesa bagi anak-anak mandi,
Dahlah panas tak pasal-pasal demam pula.
Sebab tulah Daddy ajak kami berehat dalam bilik.
Tunggu dah petang sikit barulah pergi main air puas-puas..hehe

Bila sampai bilik je, ada budak tu bukan main happy lagi.
Pantang masuk tempat sejuk pasti ketawa-ketawa sendiri.
Kalau kena panas sikit mulalah nak mengamuk
Adoi.. Putera lilin betul kesayangan Mummy ni :')







Adik ni kemana saja Mummy pergi asyik ikut jee
Gigit kang baru tau!


Jam 5 petang barulah kami bergerak ke Water Theme Park.
Mandi time macam ni barulah best, tak panas sangat.
Tempat ni luas sebenarnya, tapi kami masuk tempat kanak-kanak sahaja.
Untuk dewasa kami tak pergi pun. Takut tengok.
So kami berseronok disini sajaaa..

Haaa tak sempat lagi masuk dalam ai, anak-anak Mummy dah seronok sakan.
Abang-abang kesayangan ni pantang jumpa air atau kolam air macam ni, 
Mesti tak sabar-sabar nak mandi, kalau boleh nak terjun je terus dalam kolam tu..hehe












Okay cukup setakat ini. Esok Mummy sambung lagi ye..
Adik baby dah lapar. Mummy nak mamam..
Babai semua..Muahh!


Monday, 28 April 2014

Hari Keluarga 2014

Assalamualaikum & Salam Sayang Semua

Alhamdulillah selesailah sudah percutian kami sekeluarga di melaka sabtu baru-baru ni.
Impian Mummy nak join "Hari Keluarga Ukas 2014" tertunai juga..hehehe.





Pelbagai acara sukaneka yang telah diatur untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Tapi itulah kami tak join pun semua sukaneka tu, kami jadi penonton je.
Husband dan anak-anak sempat join acara senamrobik je pagi tu.
Acara lain tak sempat langsung nak join sebab panas yang amat kat melaka.
Mummy yang tak join senamrobik pun dah berpeluh-peluh
rasa macam nak masuk dalam peti sejuk je :'(




Buat senaman pagi sekejap je pun
Tapi adik beradik ni dah berpeluh sakan.

Dannish Riffqie dah meragam dah tak tahan panas.
Daddy pula seronok buli Adik, sabar jelah..



Abang pagi tu okay je tak meragam sangat walaupun keadaan tempat tu panas
Janji bantal buchukk dia sentiasa ada bersama..hehehe


Banyak acara yang dipertandingkan pagi tu.
Tapi acara yang ditunggu-tunggu acara main dalam kolam.
Abang antara orang paling tak sabar nak masuk dalam kolam
Tapi tengahari tu cuaca terlalu panas, risau anak-anak rentung..hehehe
Daddy terus je ajak kami berehat dalam bilik, tidurkan anak.
Petang tu barulah kami anak beranak bermandi manda sakan..

Banyak gambar sebenarnya tapi gambar-gambar terpilih saja yang Mummy masukkan
Gambar dalam bilik Mummy tak sempat nak masukkan lagi.
So entry pagi ni cukup setakat ini dulu. entry seterusnya Mummy sambung esok yee..
Babai semua..Muahh!!!


 



Thursday, 17 April 2014

Adik Baby nak KFC

Salam kesayangan!!!

Sejak asben balik ni, hari hari Mummy cukup bermakna.
 Pantang ada cuti ataupun setiap kali hujung minggu je asben mesti ajak keluar jalan-jalan.
Kekadang Mummy malas keluar sebenarnya
Mummy lagi suka duduk dalam rumah je sambil layan suami dan anak-anak.
Tapi itulah kesian kat anak juga asyik terperap dalam rumah je
Sekali sekala keluar dan bawa anak-anak berhibur seronok juga.

Sejak minggu lepas lagi Mummy teringin sangat nak makan KFC.
Cari kat Alamanda takde, dah tutup kot. Kesian kat baby. Sedih je rasa masa tu.
Alhamdulillah sabtu lepas Asben tunaikan keinginan Mummy.
Adik baby pun seronok..hehehe
Bukan Mummy sorang je kot suka makan KFC ni
Asben dan Abang-abang kesayangan ni pun sukaa juga tau.
Petang tu kami anak beranak memang layan habis KFC..Sedapppp!
Mummy puas hati betul dapat makan KFC
Sayang Daddy ketat-ketat :')
Aktiviti seterusnya,
Macam biasalah tempat mana lagi nak bawa anak-anak ni kalau bukan ke sini kan :)
 Bila tengok anak-anak happy macam ni, kami suami isteri pun senang hati
Mummy buyung sempat lagi posing..tehehe
Alhamdulillah waktu ni Mummy dah 21 Minggu.
Adik baby pun okay je senang hati Mummy bawa jalan-jalan :')

Hari ni Mummy free sebenarnya, sebab tu rajin je update blog.
Okay kesayangan Mummy semua. Babai..



Monday, 14 April 2014

Daku Tak Sabar Nak Pergi Holiday!

SALAM CINTA!


Wah cantiknyaaa tarikh hari ni
"14042014"
Terus rasa nak update blog..tehehe
 Mummy sebenarnya dah tak sabar nak pergi  honeymoon
Bila ada peluang macam ni, Woww terus rasa nak ikut serta.
Setiap tahun ofis Mummy pasti buat familyday ni
Tapi itulah Mummy asyik mengandung je itu yang tak dapat join tu
Tapi kali ni nak join juga walaupun perut semakin membesar..hehehe

Mummy dah lama teringin nak pergi bercuti.
Tapi keadaan tak mengizinkan, asben pula asyik sibuk je.
Haaa sekarang takde alasan, kalau asben tak pergi
confirm Mummy buyung ni merajuk tak sudah, biar asben pening kepala
Kejam tak Mummy..hahaha
Alaaaa merajuk manja-manja je kot, dah tak boleh merajuk kejam-kejam
macam time bercinta dulu-duluuu
Mummy pun dah tak larat merajuk lama-lama kesian kat asben..hehehehe


Huh! tinggal 12 hari je lagi nak pergi holiday. Bestnya tempat ni.
Mummy dah 4 tahun lebih kot duduk kat Putrajaya ni
Tapi malangnya Mummy tak pernah sampai pun melaka :(
Tapi takpelah, kali ni bolehlah bercuti sakan kat sana.
Asben pun dah janji bawah Mummy dan anak-anak
berjalan sakan kat melaka nanti :')

Gambar diambil selepas mendapat persetujuan dari asben tercinta pergi honeymoon 
Bukan senang nak pujuk asben ni
Iyelah asben risau kot tengok keadaan Mummy yang sedang berbadan dua ni
Tapi Mummy ok je, mengandung kali ni takde masalah pun
Pujuk punya pujuk akhirnya asben setujuuuu!!!
 Yeayyyyy anak-anak pasti seronok!!!

Okay Kesayangan Mummy Semua..babai!




Wednesday, 9 April 2014

Kidz Paradise The Mines.

Assalamualaikum

Cerita ni dah lama sebenarnya, sebelum Daddy balik dari sarawak hari tu.
Mummy tak sempat post je. hari ini barulah berkesempatan buka blog.
Mummy sebenarnya nak share kat korang satu tempat best untuk anak-anak kita.
Tempat best tu tak lain dan tak bukan "Kid's Paradise" 
yang semamangnya menjadi kegilaan kanak-kanak 
termasuklah hero-hero Mummy tu..hehe







 Tempat ni terletak dekat The Mines,Seri Kembangan.
Kalau dari rumah Mummy 10 minit je nak ke sana.
 Mummy sebenarnya baru pertama kali ke sini. 
Padahal kami selalu je datang ke The Mines ni.
Mummy tak tahu pun sebenarnya kewujudan tempat best ni. 
Yang bagitahu tempat ni Adik Mummy.
Dahsyat betul adik Mummy tu semua tempat best dia tau
padahal tak kahwin lagi..hehehe 



 Tempat ni merupakan taman permainan kanak-kanak yang berbayar.
Harga tiket masuk ialah RM25 seorang kanak-kanak untuk hari biasa (weekdays)
Manakala harga pada hujung minggu, cuti sekolah dan public holidays ialah RM38.
Umur kanak-kanak yang dicaj seawal usia 6 bulan. Orang dewasa tidak dicaj.
Walau bagaimanapun, ada promosi RM150 untuk 8 tiket yang boleh masuk bila-bila masa.
Valid sehingga 1 tahun. RM250 pula untuk 15 tiket masuk.
  Lagi satu kalau nak masuk sini, semua orang wajib pakai stoking. 
Tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Tapi jangan risau kalau tak bawah pun stoking ada dijual di sini. 
Harga RM4 setiap satu untuk kanak-kanak dan dewasa RM5.
Oh yaa..makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk tau.
 Tapi jangan risau, minuman ada dijual di sini. Tapi faham-faham je la harganya ye. 
So, minum dan makan kenyang-kenyang sebelum masuk sini tau.


Yang bestnya bila datang sini semuanya Adik Tazz belanja 
sempena birthday Dannish Riffqie yang ke satu tahun..
Bertuah sungguh anak Mummy..heee





Lepak dalam ni memang sangat seronok.
Tapi itulah bab nak balik ni yang susah sikit 
Sebab anak-anak Mummy tak nak keluar. Tak nak balik!!! 
Abang sampai menangis-nangis tak nak keluar..HAHAHAAA
Pujuk punya pujuk barulah Abang Okay :')

Memandangkan Daddy dah balik ni, bolehlah bawa anak-anak datang lagi.
Daddy ada pasti lagi seronok.

Mummy banyak ambil video ni, tapi semuanya ada kat instagram Mummy

"sherwieynamuzzawer"

Kalau nak follow instagram kita jangan malu-malu okay..hehehe
Okaylah rasanya cukup setakat ini dulu. Babai kesayangan Mummy semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page