HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 11 June 2014

Jalan Jalan Cari Makan

Assalamualaikum

Hujung minggu baru-baru ni, Mummy dah start beli barang baby sikit-sikit.
Kalau ikut sebenarnya kira lambat jugalah kali ni Mummy shopping barang baby.
Sebelum ni kandungan Mummy masuk 4 bulan je dah beria-ia shopping..hehe.
Keadaan dulu dan sekarang tak sama, sebab Asben selalu outstation.
Shopping sorang-sorang macam tak best pula.
Terpaksalah Mummy tunggu masa yang sesuai dan waktu tu asben tak kemana-mana.
Lagipun keperluan barang baby ni semuanya asben yang tanggung.
Tapi kali ni tak shopping banyak pun, beli apa yang perlu sahaja.
 
 Jam 11.00 pagi kami dah keluar rumah. Tak sempat pun nak breakfast.
Sebab kami bangun lambat pagi tu, anak beranak tidur lewat..hehehe
Masa otw nak pergi KL, kami singgah sekejap kat Mcdonalds drive-thru.
Ingat nak makan dalam kereta je, sebab kejar masa takut KL jammed pula.
Tapi bila fikirkan anak-anak, mesti tak selesa makan dalam kereta.
So kami pun ambil keputusan masuk je terus restoran McD tu
sambil menikmati kelazatan Burger panas-panas..heee


Sementara tunggu Daddy pesan makanan,
Mummy posing dengan anak-anak.
Waktu ni abang dah lapar sangat,
Adik okay lagi sebelum keluar rumah sempat minum susu.
Tapi Abang takdelah mengamuk bagai dalam restoran tu
Tapi kesian tengok, Mummy rasa bersalah pun ada :'(

 

Yeayyy makanan dah sampai..
Tapi Mummy tak puas hati bubur McD takde. 
Kebetulan pagi tu bubur mcd tak masak lagi, kecewa betul Mummy!
Terpaksalah bagi Adik beradik ni makan burger je.
Daddy cakap tunggu sampai KL makan lagi. 
Isi perut je dulu, tak payah stress-stress..huhuhu


Adik dah besar, bila tengok abang makan burger dia pun nak juga.
Mummy bagi biskut, adik gigit biskut tu sikit je lepastu tak nak dah.
Tapi sibuk nak ambil burger Mummy sabar jelah budak bertuah ni..hehehe


Haaaa bila dah kenyang kami terus bergerak ke KL.
Tempat di tuju midvalley je..
Mummy nak pergi sogo sebenarnya tapi tak sesuai untuk anak-anak.
Tak sampai 5 minit dalam kereta, abang adik dah tumbang kekenyangan..hehehe



********************



Oh yaaa, Mummy tak sempat update dalam blog ni pasal jantina adik baby.
Hari tu Mummy ada buat scan 4D, Jantina baby sangat jelas kelihatan..hehe
InsyaALLAH entry akan datang Mummy cerita pasal scan 4D tu yee..
Jumpa lagi..Tata!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page