HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 31 October 2014

Hujan oh Hujan

Assalamualaikum..


Sekarang ni selalu je hujan. Nak basuh kain pun malas. Mana taknya baru je jemur cantik cantik dah hujan pula. Stress betul tengok pakaian anak tak kering-kering. Kulit anak-anak Mummy ni dahlah jenis kulit sensitif. Pakaian kena hujan sikit mulalah gatal-gatal keluar bintik-bintik merah kat satu badan. Terpaksalah Mummy basuh balik pakaian yang terkena hujan tu. Basuh banyak kali penatlah Mummy T_______T". Kalau jemur dalam rumah pula ya Allah bau dia lain macam. Mummy tak suka sangat jemur jemur kain dalam rumah ni. Letaklah pewangi jenama apa pun bau dia tetap tak best. Mummy suka jemur kat luar yang terkena matahari. Pakaian anak anak wangi je nak lipat kain pun senang hati. 

Hari ni nak basuh kain sebenarnya. Dah tiga hari Mummy tak basuh kain. Baju kotor dah bertimbun-timbun macam bukit. Walaupun basuh kain campak campak dalam mesin basuh je tapi masalah dia nak jemur ni..haihh!. Sambil makan biskut fikiran melayang layang fikir nak basuh ke tak nak basuh ke tak. Tanya husband, husband selalu bagi jawapan mudah dan tak suka susahkan Mummy..

"Sayang masukkan je semua dalam plastik. Esok Daddy hantar kedai dobi.."

Ish ishh ishhh..berbunga-bunga hati Mummy dengar..hehehe. Selalunya kalau tak sempat atau tak larat nak basuh pakaian Husband hantar kedai dobi je. Dua hari macam tu dah siap. Pakaian rumah basahan selalu Mummy campak campak dalam mesin basuh je. Baju kerja, baju jalan anak anak memang taklah masuk mesin basuh. Mummy basuh dengan tangan je sebab tak nak pakaian tadi rosak dan lusuh. Beli mahal-mahal lepastu campak dalam mesin basuh habislah lusuh semua terus nampak macam kain buruk. Ehh tak sukalah.

So pagi ni dengan hati senang riang Mummy asing asingkan pakaian yang perlu dihantar ke kedai dobi esok. Takkan nak hantar pakaian dalam sekali kot. Memang dah melampau. Manalah tau orang dobi tu berniat jahat ke apa, tak pasal pasal pakaian dalam husband jadi mangsa..Hahahahaa. Adoi sempat pula fikir yang bukan bukan. Tapi betullah pakaian dalam memang tak pernah dan tak kan pernah hantar dobi.. Malulah! Basuh sendiri je kan senang..heee :p

Alamak minggu depan Mummy nak start masuk kerja dah. Pening kepala otak ni masih mencari cari pengasuh yang sesuai untuk anak anak. Husband masih mencari bibik baru dari indonesia tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi. Kalau ada pun semuanya ada masalah permit dan kesihatan. Alahai cepat-cepatlah ada bibik senang sikitlah kerja Mummy. Selagi takde bibik memang tak sempatlah honeymoon kalau macam ni. Amboi gatalnya mulut..hehehe :p


Ohh yaa setelah tiga hari berturut turut baby Rayyan Ashraff tak buang air besar, semalam terus membuang dan punyahlah banyaaaaaakkk.. Hahahaha. Tapi Mummy dah tak risau sebab perkara ni normal kan. Gambar kat atas ni gambar semalam. Dah buang air besar banyak banyak haruslah lega dan tersenyum riang..hehehe

Okay babai kesayangan semua..


Thursday, 30 October 2014

Rayyan Ashraff susah nak buang air besar.

Assalamualaikum.


Mummy risaulah baby Rayyan Ashraff sekarang kurang buang air besar. Tak macam baru lahir hari-hari mesti akan buang air besar. Tapi sekarang dua tiga hari baru nak buang air besar. Kesian pula tengok dia. Setiap kali nak buang air besar muka sampai merah-merah meneran. Sedih Mummy tengok. Rayyan Ashraff setakat ni fully breastfeeding. Mummy tak campur pun lagi susu formula. Takkan dia sembelit pula. Kalau Mummy tersalah makan mustahil pula. Sebab hari-hari Mummy makan sup sayur, segala buah buahan pun Mummy makan. Pelik betul lah.

Tapi itulah walaupun Rayyan Ashraff susah nak buang air besar najis dia takdelah keras. Mummy tengok najis dia lembut je. Kalau nak buang air besar Rayyan Ashraff takdelah menangis-nangis ke apa cuma bila meneran tu muka dia akan merah-merah. Tak pasti pula sama ada dia rasa sakit masa meneran ataupun sebab dia sakit perut  sebab tu muka habis merah. Bila dah settle buang air besar boleh pula tersenyum-senyum. Mummy risau dia buat relax je. Suka betul bagi Mummy risau.

Minggu depan 05/11/2014 Rayyan Ashraff nak checkup 3 bulan. Tak sabar nak tanya doktor pasal hal ni. Harap-harap kesayangan Mummy ni tak ada masalah penghadaman. Risau Mummy.

Ibu-ibu sekalian korang pernah ada masalah macam ni tak? Apa yang korang buat? Normal tak anak Mummy ni dua tiga hari baru nak buang air besar. Adoi stress fikir T____T"


Wednesday, 29 October 2014

Wordless Wednesday 21 : Rayyan Ashraff Semakin Bijak Depan kamera.




Nampak kamera je mata akan terbuka luas..hehe

Macam tau tau je Mummy nak ambil gambar dia. Terus posing ala ala macho gituu :')

Kalau kita panggil panggil nama dia mulalah tersenyum senyum macam ni. Makin bijak kesayangan Mummy ni geram je rasa. Hari-hari teruk kena kiss dengan Mummy :')

Tuesday, 28 October 2014

Geram tapi Sayang

Assalamualaikum..



Semalam Mummy tengah sibuk-sibuk buat kerja kat dapur Abang tiba-tiba datang dan tegur

"Mummy! Mummy buat apa tu? Mummy masak?" Sambil main kereta.

"Aah Mummy masak.."

Lepastu Abang tanya lagi..

"Mummy masak apa?"

"Mummy masak ayam goreng. Abang kan suka makan ayam goreng.."

"Mummy, Abang nak ayam goreng!"

"Tunggu tak masak lagi.."

"Mummy, Abang nak ayam goreng!!!" Kali ni abang tinggikan suara pula. Geram je Mummy dengar.

"Abang sabarlah. Masih panas lagi ni.."

Abang diam. Tiba-tiba dia tanya soalan lain pula..

" Mummy, Daddy mana?"

"Daddy kan kerja. Daddy tak balik lagi.."

Abang jawab "ohhh Daddy kerja.." dan terus berlalu. Nasib baiklah abang dah pandai cakap. Kalau tak teruk Mummy nak faham bahasa france dia..hehe. Sambil masak sambil perhatikan anak-anak. Ayam goreng dah nak masak. Kejap lagi bolehlah makan ramai-ramai depan tv. Mummy semakin seronok masak bila anak-anak suka. Walaupun penat tapi berbaloi sebab anak suka makan hasil tangan Mummy :')

Ayam goreng dah siap. Tinggal nak bagi sejuk je lagi lepastu anak-anak bolehlah makan. Selesai masak Mummy cepat-cepat mandi sebab kejap lagi husband nak balik. Nanti Daddy kiss-kiss bau ayam pula pipi Mummy..hehe. Selesai mandi dah pakai wangi-wangi Mummy layan anak-anak main lego. Tiba-tiba pintu dari luar di ketuk-ketuk. Abang adik yang tengah seronok main lego cepat-cepat bangun dan berlari ke arah pintu. Masing-masing berebut-rebut nak buka pintu. Siap menjerit-jerit lagi panggil-panggil nama Daddy. Seronok betul dua-dua Daddy balik. 

"Mummy buka pintuuuu Daddy balik!" Kata si Abang. Tetiba Adik pun sibuk nak cakap 

"Mummy buka pintuuuu Daddy alik" sambil tarik tarik pintu. Mummy pun cepat-cepat bangun dan buka pintu. Bila pintu terbuka je Daddy dah tersenyum-senyum. Mak aii banyaknya barang daddy bawa balik. Daddy sempat shopping susu dan pampers anak-anak pula. Paling geram satay pun adaaa. Satay bukan sikit banyak pula tu. Mummy tak pasti dengan perasaan Mummy masa tu nak marah ke nak merajuk ni bila ternampak satay..

Daddy masuk dapur dan terkejut Mummy dah siap masak.

"Banyaknya ayam goreng!". Mummy diam je malas nak jawab.

"Sayang ok ke? Kenapa masam je muka tu?" Mummy masih diam. Pura-pura kemas lego.

"Sayang kenapa ni? Merajuk ke? Daddy penat tau..".
Mummy sedih pula dengar Daddy cakap macam tu. Nak merajuk pun tak jadi.

"Sayang tu kenapa tak call kalau nak beli satay? Sia-sia je Mummy masak kan dah membazir.." sedih mengenangkan ayam goreng Mummy tak laku. Anak-anak sudah pasti pilih satay.

"Mummy kan dah tanya sayang nak makan apa. Tiba-tiba sayang beli satay pula". Kalau Mummy tau sayang beli satay tak perlulah Mummy susah susah masak. Mummy geram tau tak.."

Muahhh! Tetiba Daddy kiss kat pipi..hehe

"Ayam goreng tu nanti Daddy makanlah. Dah jangan merajuk lagi"

"Sayang habiskan tau.."

"Iyeee sayangku..".

Ramalan Mummy memang benar belaka. Anak-anak langsung tak nak makan Ayam goreng. Anak-anak makan satay saja. Ayam goreng terpaksalah Daddy habiskan semuanya..hehe



Tamat..




Monday, 27 October 2014

Baby Rayyan Ashraff

Assalamualaikum


Petang-petang macam ni tetiba pula nak update blog. Semua kerja rumah dah settle. Tinggal nak masak untuk makan malam je lagi. Hari-hari pening nak masak apa. Husband ok je, bab makan tak pernahlah nak cerewet-cerewet. Asalkan boleh makan sudah. Tapi apa yang bermain dalam fikiran Mummy sekarang ni nak masak makanan untuk anak-anak supaya anak makan banyak. Takkan nak masak mee goreng lagi kot..

Sms husband dan tanya nak makan apa malam ni? Husband jawab tak kisah. Itulah jawapan dia setiap kali Mummy tanya. Bosan betul dengan jawapan macam tu. Mummy yang pening fikir nak masak apa..adoi. Kalau Mummy masak makanan pelik-pelik anak-anak mesti tak nak makan. Husband sorang jelah kot yang makan. Adoi pening pening pening!

Sambil menjerit dalam hati masak nasi dengan telur goreng jelah senang!

Eeh.. masak nasi dengan telur sedap apa. Lagi-lagi kalau makan dengan kicap huh lagi sedap. Kalau ada ikan masin sikit ya Allah sedapnyaaaaa. Nasi pasti akan bertambah-tambah..hehe.

Malas nak stress-stress jom layan Baby Rayyan Ashraff kejap. Anak Mummy ni baru bangun tidur. 3 jam tidur. Bangun-bangun je senang hati. Mummy suruh dia posing sikit, dia posing lebih-lebih pula. Dah pandai baby encem Mummy ni tengok kamera. Syabbass baby!



Mummy sebenarnya kalau stress cepat je rasa lapar. Cepat je rasa nak gigit orang. Selalu jadi mangsa anak-anaklah. Dengan husband sekali Mummy gigit sebab terlampau lapar..kihkihkih.

Korang nampak tak gambar kat bawa ni. Adoi taring Mummy dah keluar. Sekali pandang terus terbayang-bayang ayam KFC. Adoi Lapar pula.

"Boleh tak Mummy gigit peha awak ni sayang, boleh tak? Mummy geramlah!.." 

"Mummy,  jangaaannn jangaannn adik takut.."

Alololo.. buat muka sedih pula. Okaylah okaylah Mummy tak gigit. Mummy gigit peha abang abang dengan Daddy jelah. Dah dah tak payah buat muka sedih..hehehehe.

Ehhh.. Lebatnya hujan kat luar. Kesian Daddy. Mesti balik kerja basah lagi T____T".

*Malam ni Mummy nak masak ayam gorenglah. Dapat idea selepas tengok peha baby encem ni..heee :p

Okay babai..



Sunday, 26 October 2014

Abang tak boleh makan pedas-pedas

Assalamualaikum.


Pagi tadi Mummy masak mee goreng untuk breakfast kami anak beranak. Selalu pagi-pagi kami memang dah makan berat-berat. Kecuali kalau Mummy tak sempat masak untuk breakfast kami makan roti saja. Anak-anak pula makan koko krunch campur susu. Mummy bukanlah nak tunjuk Mummy ni rajin masak ke apa. Korang janganlah fikir macam tu. Mummy pun sebenarnya baru je belajar main masak-masak ni. Masak mee goreng ni yang kesepuluh kali baru berjaya tau T____T". Korang ketawa kan Mummy ye? Takpe teruskan sebab memang itulah hakikatnya..hehe. Kalau Mummy rajin memang rajinlah masak. Kalau Mummy malas Husband pulalah yang masak. Ehh ehh taklah Husband beli kat luar saja.

Okay kembali ke cerita asal. Pagi tadi Mummy masaklah mee goreng. Sebab anak-anak suka makan. Kalau Mummy masak mee goreng confirm anak makan banyak. Tapi kalau masak nasi goreng Mummy dengan Husband jelah yang makan. Anak-anak makan sikit je. So pagi ni Mummy masak apa yang anak suka. Husband jenis tak kisah. Apa yang Mummy masak dia telan je walaupun mungkin tak sedap T____T".

Masak punya masak alamak sos tomato pula habis. Terpaksalah Mummy letak sos cili sikit. Ohh yaa Mummy masak mee goreng wajib letak sos tau. Sebab itu yang mak ajar. Kalau tak letak serius rasa dia tak sedap. Mungkin Mummy dah biasa kot makan macam tu. Korang pula macam mana letak sos tak? Ikut mana kita sukalah kan janji sedap.



Selesai masak Mummy sambung tidur...



Jam 9.00 pagi anak-anak dah bangun. Macam biasa kalau anak bangun mesti nak tengok tv, nak main-main. Mummy biarkan je dulu. Bila dah penat dah puas main barulah Mummy bagi makan. Masa tu anak-anak akan makan banyak. Mummy tak suka bagi anak makan kalau baru bangun tidur. Kalau paksa-paksa juga masa tu mesti ada yang menangislah, merengeklah nak minta itu nak minta ini stress betul nak layan. Semuanya serba tak kena. Mungkin sebab anak baru bangun lepastu paksa-paksa makan kot sebab tu jadi macam tu. So Mummy biar je dulu. Tak nak stress pagi-pagi.

Reaksi si Abang bila termakan pedas-pedas mulalah terjerit-jerit minta air..hehehe.

Bila tiba masa untuk makan. Dua-dua hero Mummy ni akan datang sendiri tanpa paksaan. Lapar sangatlah tu. Lagi-lagi bila tengok mee goreng haaa lagilah tak sabar-sabar..hehehe. Mummy suap satu-satu. Dua tiga suap adik beradik ni okay lagi masih makan macam biasa. Tapi bila Mummy suap sekali lagi tiba-tiba Abang menjerit

"Mummy pedas! Adoi pedas!!!" Menjerit macam kena rotan je. Terkejut Mummy.

"Mana ada tak pedaslah sayang. Adik okay je.." sambil tunjuk adik yang masih makan macam biasa.

"Mummy pedasss! Abang nak air!!!" (Abang dah start nangis-nangis)

Anak dah menjerit-jerit macam tu Daddy pun tanya Mummy

"Sayang masak pedas ke?"

"Taklah yang. Kalau pedas kenapa adik ok je. Tak pula menjerit-jerit.."

Mummy baru teringat Mummy ada letak sos cili sikit dalam mee goreng tu. Adoi terus rasa bersalah pula. Tapi sebenarnya takdelah pedas mana pun. Mungkin abang tak tahan pedas kot. Yang peliknya adik makan banyak. Tak bising-bising pula.

Sejak kejadian ni barulah Mummy dan husband faham anak-anak kami ada deria rasa yang berbeza. Satu suka makan pedas dan satu lagi tak suka makan pedas. Kalau yang suka makan pedas-pedas tu ikut Daddylah. Sebab Daddy memang suka makan pedas. Berbeza pula dengan Mummy. Mummy tak suka makan pedas. Asal je termakan benda pedas mulalah cirit birit tak tentu pasal. Tak sangka Abang dengan Mummy sama. Comel je. Nak tunggu baby pula suka makan pedas ke tak ni. Harap-harap ikut Mummylah..hehehe.

Okay itu je Mummy nak cerita. Jumpa lagi dan selamat berhujung minggu semua..babai


Saturday, 25 October 2014

Cerita Hindustan

Assalamualaikum..

Hari ni hari sabtu masa untuk layan cerita hindustan..hehehe. Lama betul Mummy tak layan cerita hindustan. Haaa kamu kamu semua jangan ingat Mummy tak layan cerita hindustan ni. Mummy memang peminat nombor satu cerita hindustan tau lagi-lagi kalau pelakon dia hebat-hebat macam shah rukh khan. Sampai hari ini kalau pasang cerita "Kuch kuch hota hai" Adoi lagilah Mummy touching tak sudah. Habis tisu Mummy kerjakan dahsyat betul..hahahaha.

Teringat pula masa mula-mula kahwin. Masa tu belum ada anak lagi. Husband pasang tv kebetulan ada cerita "kuch kuch hota hai" kat tv3, Mummy pun ajaklah husband layan cerita ni. Padahal husband nak tengok bola. Tapi Husband okay je. Sambil baring-baring depan tv kami pun layanlah cerita tu. Entahlah kuch-kuch hota hai ni dari mula sampailah habis memang tak pernahlah tak nangis. Pasang banyak kali pun perasaan tu tetap sama. Mata Mummy sampai bengkak-bengkak, hidung semua habis merah. Husband yang turut sama layan pun tetiba touching juga..Hahahaha.

Alaaaa korang pun mesti macam tu juga kan. Nangis-nangis layan hindustan..hehehe. Tapi cerita hindustan sekarang ni dah tak best macam dulu. Semua pelakon dia seksi melampau lepastu jalan cerita dia pun tak best. Makin layan makin sakit hati pula tengok. Kesudahan dia tutup tv. Layan anak-anak lagi best. Alamak cerita duplicate lah. Shah rukh khan pula tu. Harus layannn..tehehe.


Dannish Riffqie & Daniael Mieqael

Friday, 24 October 2014

Yeayyy Daddy Balik!

Assalamualaikum..


Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Daddy hensem..
Happy Birthday to youuuu..

I Love You Daddy! semoga panjang umur, sihat selalu, sentiasa jadi suami dan Daddy terbaik dan makin makin makin hemsem! Hehehe :p.. Ehhh dah 31 tahun. Alaaaa kesiannya makin tua dah husband Mummy ni..hehe. Birthday Daddy ni kami sambut bulan lepas 04092014. Dah tua-tua pun wajib ada kek okay. Saja nak bagi Daddy tercinta ni happy. Tengok gambar tu bukan main happy lagi dia kan..heee! Sebenarnya hari ini Mummy bukan nak cerita pasal ulangtahun husband tapi nak bagitahu kamu kamu semua husband nak balik hari ini..yahuuuuu!!!

Anak-anak pun sudah sedia maklum Daddy nak balik hari ini. Semalam anak-anak menjerit-jerit kegembiraan bila Daddy cakap nak balik hari ini. Disebabkan terlampau gembira anak bujang Mummy dua dua tidur lewat. 1.30 pagi baru nak tidur. Tak pasti nak bangun jam berapa pula ni. Daddy sampai mesti tak bangun-bangun lagi.

Husband bertolak dari india semalam. Pagi ni sampai malaysia. Haihh tak sabar pula nak jumpa Daddy. Harap-harap ketiak husband tetap berbau harum. Jangan bau india sudah..kahkahkah. Ishh jahat betul mulut Mummy kan. Sorry sorry..

Okaylah kesayangan semua. Mummy tak boleh cerita panjang-panjang kejap lagi husband sampai Mummy buchukk Mummy tak mandi lagi ni..hehehe.

Babai Semua!


Thursday, 23 October 2014

Anak Nak Satay

Assalamualaikum.


Dah 3 hari anak Mummy sebut-sebut satay. Dah 3 hari juga Mummy pening kepala macam mana nak tunaikan. Yang si Abang nak satay, yang si Adik pun sibuk cakap nak satay. Kalau Daddy ada kan senang. Mesti Daddy dah keluar laju-laju beli satay. Dah 3 hari Mummy stress adik beradik ni tak nak makan nasi. Mummy baru je nak suap nasi, dah tanya pasal satay satay satay!

Sejak 3 bulan lepas anak terlampau sukaaaa makan satay. Sebelum ni Daniael Mieqael tak suka pun. Bila Mummy suap nasi impit campur satay ayam dia lari jauh-jauh. Kononnya tak sedap. Tapi sejak akhir-akhir ni dah pandai pula minta-minta satay. Dannish Riffqie tak payah cakaplah. Budak bertuah ni memang suka makan. Bagilah makanan apa pun confirm habis. Sekali bagi dia try makan satay, berulang-ulang dia makan..hehe

Sebenarnya anak-anak start suka makan satay masa Mummy mengandung anak ketiga hari tu. Tekak Mummy asyik nak makan satay je. Tengah-tengah malam pun sibuk nak makan satay. Terpaksalah Husband beli setiap hari. Mula-mula anak tak suka. Tapi bila husband dah selalu beli lama kelamaan anak makin suka. Sebelum ni Daddy beli sikit-sikit je tapi sekarang wajib beli banyaaakk. Kalau tak ada yang tak sempat makan..hahahaha.

Dalam seminggu adalah dua kali Daddy belanja makan satay. Tapi selalunya kami makan kat rumah je. Husband selalu beli satay dekat dengan kawasan rumah, bangi. Sejak kali pertama Daddy beli satay kat bangi terus terang Mummy cakap Mummy terus jatuh cinta. Kalau Husband beli kat tempat lain Mummy makan dua tiga batang satay je. Itu pun Mummy terpaksa. Tapi kalau beli kat pakcik hensem tu Mummy sentiasa tersenyum manis depan husband..hehehe.

Macam inilah muka anak-anak Mummy kalau jumpa satay. Serius betul muka dua-dua..hehe
Sejak Daddy outstation ni anak-anak dah mula pelik satay takde. Ish ishh mengalahkan Mummy pula adik beradik ni. Semalam Mummy dah cakap dengan husband anak-anak teringin nak makan satay. InsyaAllah hujung minggu ni dapatlah makan satay. Sabar ye anak-anak.. :')


Wednesday, 22 October 2014

Cerita Semalam..

Assalamualaikum..

Daniael Mieqael 3 Tahun 2 bulan

Semalam Daddy call. Tanya khabar Mummy dan anak-anak. Belum sempat Mummy bercakap dengan Daddy, Daniael Mieqael dah rampas henpon Mummy lepas tu lari sembunyi dalam bilik. Mummy tau budak bertuah tu nak mengadu macam-macamlah tu. Takpe Mummy bagi peluang, kalau nak mengadu pun mengadulah. Daddy bukannya boleh buat apa pun. Daddy kan jauh..tehehe :p

Lima minit berlalu. Mummy masuk bilik nak ambil henpon. Tiba-tiba Abang lari dan masuk bilik lain pula. Ishh ishh macam ada sesuatu yang tak kena ni. Mummy pun masuk bilik dan cakap 

"Abang, jangan lari-lari nanti henpon mami jatuh.."

Abang hanya tersenyum. Lepastu tiba-tiba dia cakap

"Mami gemuk tak nak sayang!"

Amboi belajar mana pula anak Mummy ni cakap Mummy gemuk! 

Mummy cuba duduk dekat-dekat dengan dia. Sebab Mummy pun nak tahu Abang cerita apa dengan Daddy. Tiba-tiba dia bangun lari dan masuk bilik ketiga pula. Kali ni tak sempat masuk bilik ketiga, Abang tiba-tiba jatuh. Henpon masih dalam tangan. Masa tu Mummy dah buat muka garang. Abang cepat-cepat bangun dan berlari ke arah Mummy dan terus peluk Mummy sekuat hati. 

"Alaaa tadi kata tak nak sayang Mummy gemuk!. Peluk-peluk ni kenapa pula?.."

"Abang sayang.. abang sayaaaanglah!" Sambil peluk kuat-kuat. Mummy tahu dia takut kena marahlah tu. Mummy masih buat muka garang langsung tak nak senyum. Saja nak dera budak makin bijak ni.

Tiba-tiba Abang lepaskan pelukan dan tersenyum-senyum sambil kecilkan mata dia. Nak buat muka cutelah tu kononnya.  Mummy masih tak senyum dan masih buat muka garang macam tadi. Abang terus berusaha nak bagi Mummy senyum. 

"Mummy! Mummy tengoklah Abang, abang kentut!"

Tiba-tiba Mummy terdengar satu bunyi haluss keluar pootttt! Adoi terkenalah pula. Kali ni Mummy ketawa besar.. Hahahahahaaa. Abang masih tersenyum-senyum sambil buat peace. Bila Mummy ketawa dia pun ketawa. Dah pandai anak Mummy ni main pujuk-pujuk tapi kenapa dengan cara kena kentuuutt hah. Daddy pun tak pernah lagi buat macam ni. Adoilah anak. Daddy yang masih dalam talian pun ketawa sama. Sabar jelah T____T".


Tuesday, 21 October 2014

Sayang, I Miss You!

Assalamualaikum..

Sudah seminggu lebih husband outstation. Kali ini ke india pula. Dua minggu duduk di sana. Sejak husband masuk company besar ni kerja dia asyik nak melancong negara orang je. Kalau bawa Mummy dengan anak-anak takpe juga. Ini tak dia berseronok sakan sorang-sorang di sana. Geram! Ishh tetiba je marah :p

Gambar diambil sehari sebelum Daddy berangkat ke India. 

Actually sudah lama husband tak kena pergi outstation jauh-jauh sejak aku mengandung hari tu. Tapi kali ini husband terpaksa tinggalkan kami anak beranak T____T. Stress betul bila kena tinggal, anak-anak pula masih terlalu kecil. Mula-mula husband berat hati nak pergi sebab tak sampai hati nak tinggalkan aku yang masih berpantang dan terpaksa menguruskan ketiga-tiga anak kami. Husband dah cuba berkali-kali cari pengganti lain untuk settlekan urusan kerja kat india. Tapi rakan-rakan yang lain pun sama terpaksa outstation ke negara lain pula. Nak tak nak terpaksalah husband pergi. Aku hanya mampu berdoa semoga husband aku selamat pergi dan balik.

Dugaan terlalu besar bila semuanya aku terpaksa ambil alih untuk menguruskan anak-anak. Pada mulanya husband suruh aku dan anak-anak tinggal di rumah mertua saja. Tapi aku yang tak nak. Sebab aku lebih selesa tinggal di rumah sendiri. Walaupun aku tinggal di rumah sendiri. Mertua selalu datang melawat kami sepanjang husband tiada

Tiga hero Mummy yang sangatlah goodboy!

Hari pertama husband pergi aku dah mula risau macam mana nak urus anak-anak tanpa dia. Boleh ke aku lakukan sorang-sorang. Aku selalu fikirkan yang baik-baik saja. Aku tak nak fikir yang bukan-bukan. Aku selalu ingatkan diri aku yang aku boleh jaga anak-anak aku dengan baik. Aku kalau boleh tak nak susahkan orang lain. Selagi aku mampu buat aku akan cuba walaupun  kepenatan aku berganda-ganda. Bukan senang sebenarnya nak urus ketiga-tiga anak aku yang masih kecil-kecil ni. Umur pula rapat-rapat. Dan aku sendiri pula masih dalam pantang. Tapi Ya Allah syukur sangat Allah permudahkan semuanya. Anak-anak pun tak banyak ragam sepanjang ketiadaan husband tercinta. 

Tapi itulah anak-anak selalu cari Daddy. Setiap kali anak-anak tanya pasal Daddy aku pula yang terlebih emosi, rasa sedih semacam je. Padahal husband call hari-hari. Bercakap dalam fon pun berjam-jam. Tapi anak-anak tetap mencari ke mana Daddy pergi. Bila aku terlebih emosi mulalah aku menangis teresak-esak dalam fon nengadu itu ini tentang anak-anak pada husband. Aku sedih dan kesian bila anak tercari-cari Daddy. Aku tau mesti anak-anak rindu.

Asal je nak tidurkan anak-anak waktu malam, akulah orang paling sedih. Anak-anak tak nak tidur selagi aku tak tunjuk video Daddy yang sempat aku rakam sebelum Daddy outstation. Tengok video tu cepat je air mata aku ni mengalir. Aku cuba tahan-tahan tapi tak boleh malah semakin menjadi-jadi. Anak-anak pula seronok je tengok video Daddy. Video tu banyak kali aku ulang sampailah anak-anak puas hati dan tertidur dengan perasaan gembira. Kesian anak-anak masih terlalu kecil untuk mengerti dan faham kenapa Daddy takde yang selalu bermain gusti-gusti sebelum tidur.

"Ya Allah rindunya awak sayang.." T____T.

Aku terus ambil bantal buchukk husband. Aku peluk dan cium berkali-kali. Lepastu aku pandang anak satu persatu, air mata semakin deras mengalir. Aku peluk lagi bantal buchukk husband dan terus tidur walaupun air mata masih bersisa :'(


"Sayang, I Miss You..." T____T.


Monday, 20 October 2014

Rayyan Ashraff check up 2 bulan

Assalamualaikum..



Hari ini Mummy nak cerita Rayyan Ashraff check up 2 bulan hari tu. Timbang berat Rayyan Ashraff dah 4.9kg. Hampir-hampir dekat 5kg. Alhamdulillah makin semangat dah kesayangan Mummy ni. Patutlah setiap kali Mummy dukung tangan Mummy cepat je lenguh. Padahal Mummy tengok takdelah besar mana kecil je sebenarnya tapi bila timbang hari tu terkejut jugalah.


Berat Lahir : 2.3kg
Berat 1 Bulan : 3.7kg
Berat 2 Bulan : 4.9kg

Kali ni Rayyan Ashraff tak menangis pun masa kena cucuk. Dia nampak relax je. Seolah-olah takde apa yang berlaku. Mummy pula yang rasa takut bila nurse tu masukkan jarum. Dia boleh pula tersenyum-senyum selepas kena cucuk. Eksyenlah tu mentang-mentanglah peha dia makin montok. Gigit baru tau!


Perkembangan Rayyan Ashraff sekarang dia dah pandai senyum-senyum, dah pandai membebel bila kita borak-borak dengan dia. Kalau kita panggil-panggil nama dia cepat je dia bagi respon dengan cara tersenyum sambil membebel. Dah pandai pusingkan badan kiri dan kanan tapi masih tak boleh meniarap lagilah. Takpelah slow-slow insyaAllah masa itu akan tiba juga. Yang penting anak sihat. 

Sepatutnya anak masuk 2 bulan nurse dah tak bagi pakaikan sarung tangan. Sebab nak bagi anak bebas dan selesa supaya boleh merasa sesuatu dengan tangan. Termasuklah hisap jari. Asal je Mummy buka sarung tangan dia haaa seronok betul dia hisap jari sampai siap ada bunyi lagi. Air liur jangan cakaplah. Tangan dia penuh dengan air liur..hehe.


Tapi sampai sekarang Mummy tak buka lagi sarung tangan dia tu. Mummy biar je dulu. Mummy ni dahlah nak potong kuku pun takut. Bukan apa tangan baby dahlah kecil, jari jemari dia pula haluuusss je nak potong pun Mummy rasa jantung Mummy ni tak berhenti dubdapdubdap takutnyalah. Potong kuku time baby umur-umur macam ni memanglah Mummy masih trauma sampai hari ini.

Sebab pernah terjadi time Dannish Riffqie baby-baby hari tu Mummy cubalah potong kuku dia. Masa tu dia tengah tidur. Gilak kau nak potong time dia sedar, dahlah tangan kaki dia asyik bergerak tanpa henti Mummy memang tak boleh nak bayangkan. Mummy cubalah potong kuku dia perlahan-lahan takut dia terjaga dari tidur pula. Potong punya potong tanpa Mummy sengaja dengan isi-isi sekali Mummy terpotong. Menjerit menangis kesakitan anak Mummy. Bayangkan sampai keluar darah kat jari kecil dia. Ya Allah Mummy rasa dunia Mummy hari tu dah gelap gelita menyesal tak sudah. Sedih betul bila teringat semua tu. Sejak kejadian tu Mummy terus trauma. Asal je kuku dia panjang, Mummy suruh pengasuh dia je potong. Mummy rasa itu lagi selamat.

Untuk anak ketiga ni Mummy perlu lebih berhati-hati dan tak nak perkara lepas berulang lagi. Tapi itulah kalau tak potong makin panjang pula kuku Rayyan Ashraff ni. Mummy cuba juga potong sikit-sikit asalkan tak panjang.

Kadang-kadang sarung tangan dia Mummy buka dan biarkan dia bermain dengan jari jemari dia tapi  ya Allah habis dia cakar muka dia sana sini, sampai luka-luka. Mummy tak boleh salahkan dia tapi Mummy yang patut dipersalahkan sebab tak potong betul-betul T_____T.

Mummy ingat nak cerita sikit-sikit je. Terlebih cerita pula..hehe. Okaylah cukup setakat ini. Perkembangan Baby Rayyan Ashraff seterusnya Mummy cerita lain kali pula. Babai kesayangan Semua..muahh! :')


Saturday, 18 October 2014

Blog Berwajah Baru!

Salam.


Yeayyy! Blog Mummy dah berwajah baru. Order dengan Azhafizah.com yang Mummy rasa hasil kerja dia sangat cantik, kemas dan cepat. Tengok blog dah comel-comel macam ni terus semangat nak update hari-hari..Hahahaha :p

Harga yang ditawarkan sangat murah. Jangan risau harga sangat berpatutan dan Mummy yakin kamu pasti akan puas hati bila tengok hasilnya nanti. Cakap je nak tema macam mana, nak kaler apa, nak header macam mana nanti semua dia akan designkan. Tapi kalau macam tak berapa suka design yang dia buat, minta tukar lain sampailah puas hati. Sorry ye fiza, kita banyak cerewet. Terima kasih sudi melayan dan terima kasih buat blog kita kelihatan sangat comel!

Blog baru Mummy ni taklah cantik mana kalau dibandingkan dengan blog kawan-kawan yang lain termasuklah yang sedang membaca ni..heee. Mummy nak blog yang simple-simple je tapi comel. Kaler yang Mummy pilih ni sebab Mummy memang gila pink. Mula-mula nak buat kaler merah tapi husband syorkan buat kaler pink je. So Mummy pun terus je pilih pink campur purple sikit. Okaylah kaler dia lembut je takdelah sakit mata tengok macam yang pernah Mummy buat sebelum ni T____T". Siapa yang selalu follow blog Mummy tu mesti ingat. Kalau tak ingat nasiblah..hehe.

Sebelum berwajah baru..


Selepas berwajah baru..


Kalau nak harapkan Mummy tukar itu ini kat blog sendiri secara jujurnya memang tak reti. Kalau nak jahanamkan blog sendiri retilah kot :p. Mummy Dah lama ada niat dan impian nak buat blog comel-comel tapi tak tau caranya. Alhamdulillah atas bantuan seorang kawan yang sangat baik hati FizaRahman akhirnya impian menjadi kenyataan. Terima kasih fizaaaa!!!

Tapi itulah kalau blog dah cantik tapi malas nak update tak guna juga. Mummy sebenarnya teringin nak update hari-hari tapi Mummy nak cerita apa setiap hari? Sempat ke Mummy nak update setiap hari? Seronok sebenarnya kalau boleh update blog hari-hari macam orang lain. Takpe kita tunggu dan lihat berjaya ke tak Mummy capai misi ni..hehe. 

Okay kesayangan semua selamat menjamu mata. Kalau rasa nak komen apa-apa pasal blog baru kita ni komen je. Takde siapa nak marah pun..hehe.

Okay babai.. 


Thursday, 16 October 2014

Cerita Anniversary Ke Empat Tahun

Assalamualaikum..


Huhhhhh makin rajin pula aku nak update blog ni. Tetiba je kerajinan aku datang. Tapi aku bukanlah nak update hari-hari. Seminggu sekali je. Kalau terlebih rajin lagi adalah dua entry dalam seminggu. Kira okaylah tu kalau sebelum ni berbulan-bulan aku abaikan blog ni. Sampai berhabuk tau tak..hehehe.

Alhamdulillah 09102014 haritu genaplah 4 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Sepanjang 4 tahun ni banyak betul dugaan dan suka duka kami lalui bersama. 4 tahun macam-macam yang berlaku. Bergaduh, Ketawa, menangis, gembira, menjerit, bermasam muka itu semua adalah lumrah dalam rumahtangga. Aku yakin dan percaya semua pun melalui situasi yang sama seperti kami. Tapi semua ni banyak mengajar kami untuk lebih bersabar dan saling memahami antara satu sama lain. Semua ini juga makin menguatkan rasa cinta dan sayang antara kami. Tapi sejak anak makin ramai ni nak bergaduh pun tak sempat sebab masing-masing sibuk layan anak-anak. Bagi kami dalam segala hal anak-anak paling di utamakan.

Aku ni sebenarnya jenis yang cepat menggelabah. Asal je datang hari anniversary atau birthday suami dan anak-anak, aku mesti pening. Pening fikir nak buat apa, nak bagi hadiah apa, nak makan apa dan macam-macam lagilah. Paling sakit hati bila aku selalu terfikir..

"Suami aku ingat ke tarikh anniversary kami?"..
"Suami aku tahu tak hari ni hari apa?"..
"Suami aku blablaablaablaaa...

Aaahhh.. rasa nak menangis kalau suami tak ingat! T____T.

Dalam aku sibuk-sibuk fikir itu ini, rupa-rupanya suami aku lagi pening..hahaha. Siap perli lagi sebab aku pernah sekali tak ingat birthday dia. Merajuk tak sudah suami aku..hehe. Setakat ni suami tak pernah lagi lupa hari-hari bersejarah kami. Selalu dialah yang paling kuat ingatan. Aku ni sejak ada anak selalu je terlupa itu ini. Suamilah yang selalu ingatkan.. ishh malunyaa!

Okayy straight to the point, Kali ni kami sambut anniversary simple je.Takde hadiah atau kek macam sebelum ni. Kami just keluar makan-makan je. Ini pun tiba-tiba je suami ajak keluar.

Kebetulan pula pada tarikh yang sama Rayyan Ashraff nak kena cucuk untuk 2 bulan. So pagi tu suami halfday sebab nak bawa Rayyan Ashraff ke klinik. Yang peliknya abang-abang sekali suami bawa. Alasan yang diberi malas nak hantar anak-anak ke rumah pengasuh. Okay aku setuju je tanpa bantahan. Asalkan anak-anak tak buat hal kat klinik sudah. Tapi Alhamdulillah anak-anak okay je asalkan kenyang. Bila dah selesai semuanya kami pun terus balik.

Sampai rumah je suami tiba-tiba suruh Mummy bersiap-siap sebab nak ajak dating. So hari tu akulah orang paling happy sebab aku tahu suami ajak dating sebab nak sambut ulangtahun kami.

Aku pun terus tanya suami..

Mummy : "Sayang tak masuk kerja ke hari ni?"
Daddy : "Daddy cuti.." ringkas saja jawapan suami.

kemudian aku bertanya lagi..

Mummy : "Anak-anak kita macam mana nak bawa sekali ke atau nak hantar rumah pengasuh?"

Kali ni lama jugalah suami bagi jawapan. Mula-mula suami plan nak dating berdua je tapi last-last kami angkut semua anak-anak dating sekali. Apa lagi budak-budak tu seronoklah. Aku pun terus bersiap ala kadar je. Kalau boleh nak bersiap se express yang boleh sebelum adik baby meragam. Abang-abang Daddy tolong siapkan.

Dalam kereta aku bertanya lagi

Mummy : "Sayang nak belanja makan kat mana ni?" Daddy : "Adalah.."
Mummy : "Alaaa sayang ni nak rahsia-rahsia pula.."
Daddy : "Sabarlah sayang kejap lagi sampailah.."

Aku pun jawab okay. Malas nak tanya banyak-banyak sebab suami tengah memandu. Kang tak pasal-pasal pula. Biarlah dia memandu dengan aman tanpa gangguan.



Aku pun terus je selfie dengan anak-anak. Disebabkan aku sibuk selfie sana sini aku sampai tak perasan bila masa kami sampai. Aku macam tak percaya je suami belanja makan kat hotel. Ya Allah terharunyaaaa sobs sobs sobs T___T

Tapi Kenapalah tak cakap awal-awal, kan senang aku bersiap bersolek bagai. Ini tak makan kat hotel dengan muka pucat-pucat. Nanti nak makan pun suami takde selera. Tapi boleh pula suami cakap macam ni..

Daddy : "Takpelah sayang, sayangkan masih dalam pantang. Cantik je Daddy tengok.."

Lepastu dia sambung lagi..

Daddy : "Kalau bagitahu awal-awal tak supriseee lah! kalau bagitahu awal-awal kena tunggu 3 jam pula sayang siap (sambil tersengeh-sengeh)

Geram je aku dengan kata-kata suami aku yang takde insurans ni rasa macam nak kiss-kiss je biar mulut dia bengkak seminggu Haaa geram aku!




Okay Sempena ulangtahun kami yang ke 4, suami belanja makan buffet kat Hotel Marriot Putrajaya. Aku terharu dan rasa seronok dengan kejutan suami. Aku ingatkan kami makan kat restoran biasa-biasa je. Tak sangka pula kami sampai sini. Paling seronok bila bawa anak-anak sekali. Kalau kejutan macam ni berlaku kat rumah memang aku dah lama peluk cium suami aku kaw-kaw! Tapi itu kalau kat rumahlah. Kalau aku buat kat tempat awam nampak mengada-ngadalah pula. So aku tahan-tahan jelah perasaan itu. Suami dapat kiss sekali dah cukup. Kalau nak lebih-lebih tunggu je sampai rumah..tehehe. Okay kat bawa ni gambar kami bersukaria dengan makanan. Anak-anak pun makan banyaaaakkk. Aku yang tengah berpantang ni pun dah belasah semuanya. Nasiblah!








Anak-anak kali pertama layan aiskrim. Daniael Mieqael okay je makan aiskrim tapi Dannish Riffqie agak kelakar sikit. Mungkin dia terasa sejuk dan ngiluu kot. Walaupun Dannish Riffqie tak biasa makan aiskrim tapi budak bertuah ni boleh tahan makan sampai habisss, dah habis nak lagi. Ohh no..no..no..cukup satu anak!. Daniael Mieqael pula makan separuh je. Yang tolong habiskan Daddy..hehe.



Aku sebenarnya kali pertama datang sini. Hotel dia memang best dan cantik. Anak main kejar-kejar pun puas hati..hehe. Suami sebenarnya nak belanja makan kat KL. Itu kalau kami dating berdua jelah. Memandangkan kami bawa anak-anak sekali suami terus cari hotel paling dekat dengan rumah. Susah kalau jalan jauh-jauh, nanti anak-anak tak selesa dan cepat meragam. Dahlah bawa baby, adoi memang tak sesuai sangat. Kalau tetiba jammed haa lagi parah nak handle anak-anak. Nasib baik suami aku ni terlebih bijak..tehehe




Bila perut semua dah penuh dan kekenyangan yang amat, kami pun bersantai-santai dan posing-posing dulu sebelum balik. Antara orang paling happy sudah pasti anak-anak. Aku tak halang dan aku biarkan saja mereka bebas berlari sana sini asalkan tak mengganggu dan menyusahkan orang lain.

Lamanya aku terkurung dalam rumah sejak bersalin hari tu. Bila dapat keluar macam ni terus rasa jakun seketika T___T. Aku rasa penglihatan aku terus jadi luas dan entahlah susah untuk aku gambarkan. Yang pasti aku gembira!





Aku bab kiss-kiss, peluk-peluk anak memang tak pernah jemu dan tak pernah puas. Hari-hari semua jadi mangsa aku. Anak sampai lemas aku kerjakan. Kalau dengan suami lagilah..kihkihkih :p





Dah puas santai-santai kami pun balik. Keluar hotel je mak aiii hujan punyalah lebat. Suami aku memandu sampai tak nampak jalan. Anak-anak pula sedap je tidur. Kami  sampai rumah nak dekat jam 7 malam.  Sampai rumah je semua pengsan kekenyangan. Hujan-hujan memang paling best tidur. Suami dan anak-anak memang tak bangun-bangun terus tidur sampai pagi kecuali baby. Nampak sangat semua kekenyangan.

Okay cerita dah habis. Lain kali jumpa lagi. Harap korang semua enjoy layan entry ni. Babai dan selamat berhujung minggu kesayangan semua!


Monday, 13 October 2014

Gambar Raya Haji 2014

Assalamualaikum..

Hari ni Mummy curi-curi masa update blog sambil layan Rayyan Ashraff main. Mummy nak update kisah raya haji kami. Raya haji Mummy memang tak pernah balik kampung (sabah). Cuti terlalu singkat tak berbaloi dengan masa dan duit untuk balik kampung. So setiap kali raya haji rumah mertua lah tempat kami beraya. Raya haji kali ni memang sangat simple dan sederhana saja. Cuma bezanya setiap tahun aku dan suami akan beraya dengan baby baru..hehe. Selain rumah mertua, kami tak pergi mana-mana pun kami duduk rumah sambil layan anak-anak saja.

Sehari sebelum raya kami sempat keluar jalan-jalan kat Alamanda. Ini kali pertama bawa baby Rayyan Ashraff keluar jalan-jalan. Mummy sebenarnya masih dalam pantang, almaklumlah pantang 100 hari. Tak habis pantang lagi aku dah berkeliaran kat Alamanda. Kalau mak aku tahu ni memang kena leterlah lagi. Mak suruh pantang betul-betul tapi aku asyik nak main-main je sekejap pantang sekejap tak :'(


Ini adalah pengalaman pertama aku dan suami keluar jalan-jalan dengan anak tiga. Berdebar dan risau jugalah takut tak boleh handle terutamanya baby. Tapi alhamdulillah misi pertama aku dan suami berjalan dengan baik. Anak-anak pun goodboy je semua. Lepas ni kalau nak keluar berlima pun dah takde hal. InsyaAllah..

Mula-mula sampai Alamanda kami terus pergi restoran nando's. Suami dan anak-anak kelaparan. Lama betul tak singgah sini. Harga makanan kat nando's ni pun dah naik harga. Tapi takpelah asalkan suami dan anak-anak suka dan kenyang. Baby Rayyan Ashraff baru nak masuk 2 bulan masih ni. Time raya haji nanti genaplah umur dia 2 bulan. So dalam umur-umur macam ni kerja baby tidur jelah. Baby baru lepas nenen, nak bagi burp tapi ya Allah susah betul nak burp kan dia. Dari lahir sampailah hari ini baby ni memang susah nak burp. Abang-abang dulu senang je. Kalau minum sikit takpe juga, ini minum banyak. Kalau Mummy letak atau baringkan je terus confirm muntah. Sebab tu Mummy dukung je macam tu. Sesekali bertukar-tukar dengan Daddy. Baby ketiga ni terlampauuu manjaaaaaa nak dalam tangan orang jeee!.

Alhamdulillah setakat ni kalau makan kat mana-mana kedai/restoran anak-anak duduk dengan penuh disiplin. Takdelah Mummy Daddy nak kejar sana sini. Dannish Riffqie jenis sukaaaa makan. So kalau nak makan tu dia memang duduk jee sambil menikmati makanan. Selagi makanan tak habis jangan harap dia nak bangun..hehe. Daniael Mieqael pula kalau lapar memang tak bangun-bangunlah dari meja makan. Tapiiiiiii kalau dia kenyang haaa mulalah nak buat hal. Nak jalan-jalanlah, nak lari sana nak lari sini. Nasib baiklah Mummy jenis garang, Mummy buat muka garang sikit senyaplah dia..hehehe. Okay jom layan gambar dulu..







Budak paling pemalu! Asal je ada orang tengok-tengok dia, dia mulalah tutup muka. Kononnya malulah tu. Kekadang bukan malu je tapi takut dengan orang. Berbeza dengan abang dia yang sangatlah tak pemalu dan langsung tak takut orang. Haaa masa ni kat meja sebelah tengah pandang-pandang jeling-jeling dia sebab geram kot, terus je dia tutup muka. Lama jugalah dia macam ni terus Mummy snap gambar dia..hehe.



Lepas makan-makan kami singgah disini. Ini tempat wajib anak-anak setiap kali datang ke Alamanda. Main benda ni sampai enam tujuh kali baru stop! Itupun sebab Daddy dah kehabisan duit kecil. Kalau ikutkan sampai esok pun budak berdua ni tak nak berhenti main, tak nak bangun-bangun seronok sangat duduk dalam kereta tu sambil pusing-pusing. Sabar jelah Daddy..hehe.

Korang perasan tak ada satu tempat kosong lagi. Nanti kalau baby dah besar sikit bolehlah join abang-abang dia main kereta ni. Alahai mesti comel sangat masa tu..heeee


Muhammad Daniael Mieqael
Muhammad Dannish Riffqie
Muhammad Rayyan Ashraff

Keesokkan harinyaaaa

.

.

...


Sebelum gerak ke rumah mertua kami anak-beranak selfie-selfie posing-posing dulu sebagai kenangan. Suami dan anak-anak pakai baju sama je masa raya aidilfitri hari tu, sayang kalau tak pakai membazir je :p

Bukan senang nak ambil gambar family ni. Tapi anak dah biasa tengok kamera so senanglah sikit nak snap-snap walaupun kekadang muka masing-masing sekejap tersenyum sekejap serius..hehe.

Kami sampai Subang Jaya agak lewat sikit. Biasalah nak mengurus anak-anak bukan senang. Nak kejut bangun, nak mandikan, nak pakaikan pakaian cantik-cantik, nak bagi makan, nak bagi minum susu dulu, nak selfie-selfie lagi haaa semua tu makan masa tau. Lagi-lagi bila dah bertiga ni lagilah Mummy Daddy kelam kabut sikit nak siapkan anak-anak. Paling last bersiap Mummy. Dan ini menyebabkan Daddy lagi stress tunggu..hahahaha!








Daddy nak ajak tengok korban kat surau. Tapi tak sempat pun. Sebab sampai je sana upacara korban dah pun selesai. Kesian anak-anak tak sempat tengok. Raya korban sebelum ni Daniael Mieqael dah pernah tengok, cuma Dannish Riffqie je belum. Takpelah tunggu tahun depanlah pula. Tengok dengan adik baby sekali.

Tak sampai setengah jam duduk rumah mertua, pakaian anak-anak dah kotor. Sedih je rasa tak sempat pun ambil gambar family kat rumah mertua. Anak makan itu ini, kencing berak lagi. Habis semua pakaian kotor. Bukan baju anak-anak je, pakaian Daddy pun habis basah sebab abang tertumpahkan air kat baju Daddy. So terpaksalah ketiga-tiga bertukar pakaian kecuali baby :'(







Setiap kali datang rumah mertua macam ni lah. Kami akan santai santai di luar rumah. Kesianlah kat rumah sendiri anak-anak duduk dalam rumah je jarang sekali keluar rumah. Nak pijak tanah pun susah. So kesempatan ni aku biarkan je anak-anak bebas berjalan sana sini. Biar dua beradik ni seronok sikit. Dannish Riffqie sejak dapat kaki memang tak pernah berhenti jalan. Kerja dia nak jalaaaan je tanpa henti. Abang jalan dia jalan. Abang lari dia pun nak lari. Abang lompat dia pun nak melompat. Macam tu lah selalu. Apa-apalah anak. Jalanlah, larilah, mainlah puas-puas asalkan korang gembira..



Okay tamat..



Babai kesayangan semua jumpa lagi dan selamat berhujung minggu..muahh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page