HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 28 November 2014

Terlampau Suka Minum Susu

Assalamualaikum...


Sejak jam 7 malam tadi Dannish Riffqie dah tiga kali minta susu. Kalau minta susu kali keempat memang paling hebatlah anak aku ni..hehehe. Tapi tadi dia dah start makan nasi sikit sikit..Alhamdulillah. Tapi susu tetap minum banyak. Tengoklah perut anak aku ni dah boroi..hehehe. Setakat ni walaupun Dannish Riffqie minum susu banyak dia tak muntah. Berbeza dengan Abang dia makan banyak ke minum susu banyak ke mesti muntah sana sini. Abang jenis tak boleh makan terlampau kenyang sangat. Kalau Abang kata tak nak makan, dah stop terus. Kalau teruskan juga dan paksa paksa abang makan, haaaa bersiap sedialah bersihkan muntah dia yang sangat banyak ituuu..

Jom layan gambar anak bujang aku yang terlampau suka minum susu ni.. 







Thursday, 27 November 2014

Perangai Berubah

Salam..


Hari ini perangai Dannish Riffqie pelik sikit. Tak macam hari hari biasa. Sebelum ni kan dia demam. Sejak dia demam hari tu perangai dia dah lain. Sekarang Alhamdulillah dia dah sihat sepenuhnya. Tapi perangai dia tiba tiba berubah. Aku pula yang risau. Sebelum ni kalau bab makan dia okay je. Semua pun dia telan. Senang cerita tak cerewetlah pasal makanan. Dah dua hari anak aku ni tak nak makan. Paksa macam mana pun dia tak nak. Dia nak susu je sepanjang masa. Tadi masa aku susukan baby dalam pukul 8 malam, dia datang bawa botol susu dia..


"Mummy, adik nak susu.."

"Kejap sayang Mummy susukan baby.."

Dia senyap seketika. Sambil baring baring layan perasaan. Seminit kemudian dia bersuara lagi..

"Mummy, adik nak susu.."

"Sabarlah sayang, baby tengah Minum susu.."

"Mummy, adik nak susu! Adik nak susu!!"

Adoi anak aku dah mula buat perangai. Nak tak nak aku terpaksa berhenti kejap susukan baby dan laju laju buat susu untuk Dannish Riffqie. Dah siap aku terus je bagi dia minum susu dan baring sebelah baby sementara tu aku sambung balik susukan baby. Tak sampai 3 minit dia tiba tiba bangun dan nak susu lagi..

"Mummy, adik nak susu lagi.."

"Susu adik dah habis ke? Cepatnya sayang minum susu?"

"Mummy, adik nak susu lagi!"

Lapar sangat kot anak aku ni. Kesian pula. Aku berlari dengan pantas dan laju laju buat susu lagi. Macam biasa aku baringkan dia sebelah baby. Tak sampai 5 minit Dannish Riffqie sekali lagi nak susu. Kali ni aku macam angin sikit. Balik balik pula nak susu. Padahal aku buat susu bukan separuh botol. Tapi aku buat susu tu penuh. Aku tengok perut dia dah lain macam. Risau pula tiba tiba muntah ke apa sebab banyak sangat minum susu. Kalau aku tak buat susu dia menangis pula. Kali ni aku layan jelah apa dia nak. Sekali lagi aku buat susu. Kali ni aku perhatikan dia sambil susukan baby. Ya Allah susu ketiga habis! Biar betul anak aku ni. Tapi kali ni dia tak bangun dah minta susu. Sambil sambil peluk bantal, layan perasaan sendiri akhirnya Dannish Riffqie tertidur. Alahai kesiannya anak aku..

Dah dua hari Dannish Riffqie macam ni. Setiap kali minta susu mesti kena buat 2-3 kali baru dia puas hati. Haih susah hati sangat bila dia makin kurang makan sekarang ni. Nasib baiklah dia nak susu. Kalau langsung tak nak apa apa lagilah aku susah hati tahap menangis nangis lagi T_____T"



Wednesday, 26 November 2014

Aku tak boleh tidur!

Assalamualaikum..


Jumaat minggu lepas Husband baru balik dari Sarawak. Kepulangan Daddy sudah pasti buat anak anak tersayang gembira dan seronok. Bila husband ada ni senanglah sikit aku bergerak sana sini dan ada ruang untuk aku berehat sementara husband pula jaga anak anak. Sejak anak anak demam, badan aku dah mula lemah seolah olah tak cukup tenaga, rasa nak demam pun ada. Mungkin sebab tak cukup tidur dan rehat. Sekarang jam 1.30 pagi. Aku masih berjaga dan belum tidur. Husband dan anak-anak dah lama bermimpi. Entah kenapa aku susah betul nak tidur malam sekarang ni. Padahal aku mengantuk. Dah berkali-kali aku cuba pejam dan paksa mata ni dengan harapan dapat tidur. Tapi masih tak boleh. Dah bosan buat macam tu aku pun bangun dan menuju ke dapur. Masuk dapur aku terus tersenyum. Banyaknya biskut! Aku terlupa yang husband baru je beli masa balik kerja tadi. Tapi biskut ni untuk aku ke anak-anak? Hmmm.. takpe share share..hehehe.

Waktu macam ni bestnya dapat makan biskut sambil layan air milo panas. Haihh tiba-tiba lapar pula. Biskut hupsing husband beli sampai 5. Nampak sangat biskut tu untuk aku. Biskut hupsing ni memang sentiasa jadi pujaan hatiku. Sejak bujang lagi aku dan adik beradik memang suka makan biskut hupsing. Biskut lain tak berapa minat sangat dan husbandku terjangkit sama mula mengemari biskut hupsing ni..hehehe.

Dah makan dah kenyang aku pun terus masuk bilik kononnya nak tidurlah. Sebelum baring aku perhatikan husband dan anak anak satu persatu. Mula-mula aku perhatikan husband. Husband langsung tak perasan aku bangun dan tak tidur lagi. Kesian mesti husband aku penat sangat.  Selalunya setiap kali aku bangun husband pasti akan terjaga. Tapi kali ni tidak. Perlahan-lahan aku cium pipi dia dengan penuh kasih sayang. Itupun husband tak sedar juga. Kemudian aku beralih kepada anak-anak pula. Masing-masing tidur dengan gaya tersendiri. Rasa nak ketawa pun ada. Lena betul adik beradik ni tidur. Dua dua aku cium berkali kali. Alhamdulillah anak anak aku semakin sihat. Adik tiba-tiba bergerak. Nampak gelisah semacam. Patutlah pampers dah penuh rupanya. Aku pun tukar pampers adik. Begitu juga dengan abang. Bila dah tukar pampers adik tidur semula. Aku pun senang hati. Dah settle semua aku pun  baring atas katil dan baring sebelah baby. Anak bongsu kesayangan Mummy ni tidur lena sungguh. Tak pernah lagi berjaga malam. Bangun pun hanya untuk minum susu. Senang sangat jaga dia. Tak banyak ragam, nak tidurkan dia pun senang. Syukur sangat..


Sekarang pukul 1.50 pagi. Ya Allah aku tak tidur lagi. Kenapa susah sangat nak tidur ni. Aku dah mula membebel dalam hati. Mula geram dengan mata aku yang tak bertimbang rasa ni. Kalau aku tidur kan senang. Takdelah mata aku jadi mata panda geram je aku!


...



...



...


Tiba-tiba aku terdengar suara adik nak susu! Anak anak aku setiap malam memang akan bangun nak susu. Sebab tu pampers cepat je penuh. Aku cepat cepat bangun. Tapi sebelum aku bangun, husband dah bangun dan buat susu untuk adik. Akupun baring semula. Aku baru tersedar bila masa aku tertidur? Dah berapa lama aku tidur? Ahhh.. Malas nak fikir. Sambung tidur lagi bagus..Zzzzzzzzzz!!!



Tuesday, 25 November 2014

Karnival Upin Ipin

Salam



Seminggu sebelum karnival upin ipin ni berlangsung aku bukan main lagi bersungguh sungguh pujuk husband bawa kami anak beranak ke Karnival ni. Husband dah seribu kali kata "okay" tapi aku balik balik ulang benda yang sama setiap hari takut husband terlupa ataupun tak dapat balik sebab terpaksa bekerja. Nasib baiklah dapat husband jenis sabar layan isteri macam aku ni..hehehe

Serius aku teringin sangat nak bawa anak anak aku ke karnival upin ipin ni. Mana taknya setiap kali iklan upin ipin keluar anak aku dua orang tu dah mula terjerit jerit nak! nak! nak!!!. Mula mula aku tak faham dan malas nak layan. Biasalah anak anak aku ni cepat je terpengaruh dengan iklan. Apa saja jenis iklan yang terkeluar dalam TV semua pun nak. Kalau layan sampai esok pun tak habis..hehehe.

Kebetulan masa aku lipat kain depan TV, iklan pasal karnival upin ipin ni keluar. Masa tu anak anak aku dah tidur. Mak aii aku pula yang excited nak pergi. Patutlah anak anak aku terjerit jerit tengok iklan ni..hehehe. Tanpa bertangguh aku terus je sms husband. Husband macam biasa lajuuuuu je balas sms aku. Aku dah mula tersenyum senyum riang bila husband balas semuanya okay!

Jumaat malam husband baru balik dari Sarawak. Macam biasa aku akan masak sedap sedap, pakai cantik cantik, pakai wangi wangi. Tujuan sebenar bukan sebab nak menggoda ke apa, tapi itu memang cara aku sambut husband yang baru balik dari tempat kerja. Kesian husband aku penat penat balik kerja tengok isteri tak terurus lagi stress kot husband aku balik rumah. Kalau boleh biarlah dia senang hati sikit tengok isteri dia yang sentiasa cantik menawan..chewahh!. Okay dah dah banyak pula iklan..hehehe :p



Okay sambung cerita asal. Mula mula husband ajak sabtu petang ke karnival upin ipin tu tapi anak sulung aku tiba tiba je tak sihat. So rancangan A bertukar kepada rancangan B pula di mana hari ahad kami akan ke karnival tu. Itupun kalau anak betul betul dah sihat. Tapi sayang, hari ahad anak nampak tak okay lagi. Risau pula nak bawa keluar jalan-jalan. Tanya abang nak pergi Karnival upin ipin tak tengok ultraman. Abang laju je jawab "yes!" dan bangun cari kasut. Adik tak payahlah tanya. Abang ambil kasut dia pun antara orang yang paling sibuk cari kasut sambil membebel "kasut adik mana?". Selagi tak jumpa kasut tak berhentilah dia membebel..hehehe.

Hari ahad tu aku dah hilang mood sebenarnya nak pergi karnival upin ipin tu. Kesian Abang tak sihat. Ahad tu kami tetap keluar tapi bukan nak pergi karnival upin ipin tapi bawa Abang ke klinik. Sebab sebelum tu abang dah mula muntah muntah. Tak sanggup tengok anak terus terseksa macam tu. Dah jumpa doktor. Ambil ubat. Kami terus saja balik rumah. Sampai rumah abang dah menangis nangis nak tengok ultraman. Biasalah anak tak sihat meragamlah sikit. Husband laju je buka youtube dan pasang cerita ultraman. Abang ni kalau nangis lama sikit mulalah termuntah muntah. Sebab tu dalam segala hal kena cepat dan laju. Lambat sikit terpaksalah bersihkan muntah tu pula..adohai anak.


Abang sejak dah besar ni dah tak minat tengok upin ipin sebenarnya. Sekarang ni Abang asyik tengok katun ganas ganas pula. Contoh macam ultraman, superman, batman, spaiderman dan banyak lagilah. Aku pun sampai dah tak ingat nama nama hero yang abang selalu tengok kat TV tu. Kalau tanya Abang semua pun dia tahu. Sabar je aku.


Paling rajin layan upin ipin sekarang anak kedua aku. Asal je keluar cerita upin ipin goodboy je dia duduk senyap senyap depan TV. Gaya dia sama je macam abang dia dulu yang terlampau minat upin ipin. Kadang kadang sambil tengok upin ipin dia akan ulang ulang sebut "betul betul betul" comel je..

Aku rasa macam ada hikmah juga anak aku tak sihat dan tak dapat pergi karnival upin ipin. Bayangkan bila terbaca status kawan-kawan dalam facebook semuanya mengeluh dan tak puas hati. Malah ada yang menyesal tak sudah. Kalau aku jadi pergi mesti anak anak aku dah meragam tahap aku hilang sabar. Syukurlah kami anak beranak tak jadi pergi. Tak sanggup baca status kawan kawan aku meroyan pasal karnival upin ipin ni. Paling menyeramkan ramai yang kehilangan anak. Adoi tak sanggup aku. Biarlah anak anak aku tengok kat TV jelah. Sekurang kurangnya dunia kami anak beranak aman damai tanpa bersesak sesak dengan jammed, nak cari parking pun susah, bila sampai dewan picc bukan boleh tengok dekat dekat pun. Silap  hari bulan langsung tak nampak upin ipin keluar. Sia-sia je usaha dan tenaga ke sana. Kami anak beranak baring baring, golek golek depan tv lagi best dan menyeronokkan..hehehe :p





Monday, 24 November 2014

Anak Demam


Assalamualaikum..

Muhammad Daniael Mieqael

Anak demam. Dalam kepala aku tak fikir lain dah melainkan rasa nak cuti je esok. Sedih tengok anak demam macam ni. Khamis lepas aku dah bawa anak sulung aku ni ke klinik. Sebab dah seminggu batuk batuk. Tapi tak demam. Sabtu badan dah mula suam suam. Aku dah mula risau. Daniael Mieqael kalau dah mula demam akan muntah berterusan. Apa saja makanan dan minuman yang masuk dalam mulut dia akan keluar balik. Dah muntah muntah macam tu akan merengek pula. Kesian dan sedih tengok anak aku macam ni.

Sabtu waktu siang Abang okay je. Masih aktif macam biasa. Tapi bila waktu malam je mulalah suhu badan dia naik sampai 38 ke atas. Bila demam, batuk batuk pula memang susah nak tidur. Ada masa dia akan menangis dan muntah tiba tiba. Aku tak boleh tahan kalau anak menangis sakit, aku cepat je lemah dan menangis sekali. Mujurlah husband ada. Boleh bantu apa yang patut kalau Abang tiba tiba muntah merengek ke apa. Kalau husband takde Ya Allah susahnya hati aku nak handle anak satu satu. 

Pagi ni badan Abang panas lagi. Aku cepat-cepat bagi ubat dan lap seluruh badan dia dengan kain basah. Syukur sangat anak anak jenis senang makan ubat. Kalau tak mesti aku dah meroyan paksa anak makan ubat. Pegang badan Dannish Riffqie dah mula suam suam, ini mesti berjangkit dengan Abang dia. Aku cepat je lap badan adik sekali. Kalau boleh aku tak nak demam adik melarat pula. Sekarang dah pukul 3.45pagi. Aku masih tak boleh tidur sebab risaukan keadaan anak anak aku. Kadang kadang aku rasa bersalah bila anak sakit. Aku rasa macam aku dah mengabaikan mereka. Ya Allah kuatkanlah hati ini. Aku nak jadi ibu yang terbaik untuk anak anak aku. Sembuhkanlah anak anak aku dengan cepat ya Allah..Aminn


*Esok nak kerja ke tak... esok nak kerja ke tak... esok nak kerja ke tak.....blablablablablaaaa. Hati aku tak tenang selagi anak tak sihat. Sakit hati bila fikir esok dah kerja. Kalau anak masih tak sihat aku terpaksa ambil cuti lagi. Maafkanlah aku bos. Anak lagi penting dari segalanya. Bos yang baik adalah bos yang faham dan memahami situasi ibu ibu yang terpaksa bercuti demi menjaga anak anak kesayangan yang tak sihat. Tapi kalau bos yang tak faham dan susah nak faham situasi ibu ibu yang terpaksa bercuti untuk anak yang sedang sakit, aku rasa dia adalah bos paling bodoh di dunia!




Friday, 21 November 2014

Samsung Note 4



Tengah lipat kain depan TV. Tiba tiba iklan Samsung Note4 keluar. Aku terus terberhenti lipat kain. Tetiba terliur tengok note 4..kihkihkih dahsyat dahsyat.. 

"Alahai jatuh cinta tengok awak. Harap harap ada rezeki untuk dapatkan awak. InsyaAllah.."

Sambil lipat kain aku tersenyum senyum. Entah apa yang aku fikir. Sejak tengok iklan tadi aku terus jadi tak betul, sabar jelah. Anak anak dah lama tidur. Aku pula tak boleh tidur. Aku terus saja basuh dan lipat kain. Malam ni husband balik. Aku wajib masak sedap sedap dan pakai cantik cantik. Motif sebenar aku nak dapatkan Note4 ni..kahkahkah. Adoi kejam betul punya isteri macam aku ni. Husband penat penat cari rezeki aku pula suka suka hati je memboros sana sini T_____T.

Okay dah dah jangan berangan lagi nak dapat Note4. Aku kena lipat kain sepantas mungkin. Kejap lagi baby nak nenen. Kalau dah nenen memang susahlah nak lipat kain. Okay babai..


Cuti

Assalamualaikum...


Hari ini aku cuti. Kerja yang tak pernah habis tu aku tinggalkan. Malas nak fikir, lantaklah. Cuti aku tak banyak sebenarnya. Sayangnya nak guna cuti aku yang tinggal seminggu je lagi. Tapi daripada aku sakit hati cari jalan masuk / keluar pejabat lebih baik aku ambil cuti je. Aku tak nak pening pening. Cukuplah aku pening dengan masalah anak aku yang tak nak minum susu dalam botol ni. 

Sabtu ini Putrajaya akan menjadi lokasi untuk Perlumbaan Kereta Elektrik Formula E. Mula mula masuk kerja selepas cuti bersalin hari tu aku dah mula konfius kenapa semua jalan ditutup. Nak cari jalan masuk ofis pun aku sesat. Tak pasal pasal aku lambat masuk ofis. Aku baru dapat tahu rupa-rupanya jalan ditutup sebab Formula E akan berlangsung di putrajaya. Dah seminggu semua jalan utama masuk ke presint 2 dan 3 ditutup. Aku hampir hampir saja meroyan cari jalan masuk dan keluar. Aku kan selalu balik tengahari susukan anak aku kat rumah pengasuh. Bila balik tu rasa macam sakit hati je terpaksa ikut jalan lain, jauh pula tu. Sia sia je balik sebab masa tak cukup. Kesian anak aku terpaksa berlapar lagi. 4 hari lepas kira okay lagilah ada jalan masuk dan keluar ke pejabat. Hari ini semua jalan dah ditutup. Kenderaan langsung tak boleh masuk. Kalau rajin sangat nak pergi kerja bolehlah naik bas lepastu jalan kaki pula. Sampai ofis ketiak dah basah sebasah basahnyaaa. Ishh tak nak aku. Daripada aku stress jadi macam tu lebih baik aku cuti jelah. Bolehlah aku layan anak anak aku yang makin hari makin hensem ni..tehehehe.





Thursday, 20 November 2014

Muhammad Dannish Riffqie

Assalamualaikum..



Okay hari ini aku nak cerita pasal anak kedua aku yang jarang sekali aku cerita pasal dia. Balik balik cerita Abang, balik balik cerita baby. Cerita pasal dia jarang sekali. Esok dah besar dan dah pandai baca blog ni mesti anak aku ni berkecil hati. Terasa hati. Dan mulalah akan berfikir Mummy tak sayang dia. Kesianlah pula bila bayangkan semua ni. Tapi anak aku ni paling glamor kat instagram. Hampir setiap hari post gambar dia je. Abang pula glamor dalam facebook. Tapi sekarang aku dah jarang post gambar abang kat facebook. Aku lagi suka layan instagram. Facebook sekali sekala saja. Sejak blog berwajah baru ni aku tetiba aktif pula disini...hehehe. InsyaAllah setiap perkembangan anak anak aku akan masuk dalam blog ini. Semua cerita tentang kami akan aku blogkan. Kalau rajin bolehlah update hari hari. Kalau sibuk dapatlah 3 kali seminggu. Kalau malas seminggu sekali. Kalau lagi maaaalaaaaas, tunggulah dua bulan pula barulah aku muncul..hehehe :p


Anak aku yang hensemboy ala ala korea ni chewahh sempat lagi angkat bakul sendiri..hehehe. Dannish Riffqie sejak lahir tak banyak ragam. Paling senang nak jaga dia. Tapi itulah setiap perkembangan dia berbeza dengan Abang dia. Abang dia Daniael Mieqael setiap bulan perkembangan dia sangat cepat. Umur 2 bulan lebih Daniael Mieqael dah pandai meniarap. Tapi anak aku sorang ni umur 6 bulan barulah berjaya meniarap. Mungkin sebab berat badan dia masa tu obes kot. Tapi aku tengok baby lain yang lagi obes boleh je meniarap 3-4 bulan. Tapi aku sabar je. Asalkan anak aku sihat dan aktif. 

Dannish Riffqie mula mengesot bila umur 8 bulan. Sedih je rasa. Anak orang lain dah boleh merangkak dengan laju. Tapi anak aku masih mengesot sampai umur 11 bulan. Genap 1 tahun, Dannish Riffqie barulah berjaya merangkak. Merangkak dengan perlahan-lahan. Bila dah pandai merangkak, barulah Dannish Riffqie boleh duduk dengan sendiri pula. Kali pertama Dannish Riffqie merangkak, aku menangis kegembiraan. Setiap kali tengok dia merangkak aku akan menangis. Dalam masa yang sama aku sedih. Risau perkembangan anak aku tak normal. Bayangkan abang dia dulu umur setahun dah pandai berjalan perlahan-lahan. Tapi Dannish Riffqie baru nak belajar merangkak. 

1 tahun 3 bulan Dannish Riffqie semakin laju merangkak. Malah boleh kejar abang dia yang tengah berlari. Aku ingatkan 1 tahun 3 bulan anak aku dah boleh berjalan macam abang dia. Tapi aku silap. Anak aku masih lagi dalam fasa merangkak. Aku terus bersabar. Sebab anak aku sentiasa aktif dan jarang sakit. Bukan lagi jarang tapi memang susah sangat nak sakit. Itulah kelebihan anak aku.


1 tahun 5 bulan Dannish Riffqie baru nak belajar berdiri. Belajar berjalan setapak demi setapak belum lagi. Aku semakin susah hati. Aku semakin stress bila ramai yang bertanya kenapa anak aku masih merangkak dan tak berjalan lagi. Setiap yang bertanya aku hanya tersenyum. Malas nak layan sebenarnya. Tapi dalam hati aku tetap ada kesedihan. Dan kesedihan yang aku rasa hanya Allah saja yang tahu..

1 tahun 5 bulan setengah Dannish Riffqie dah mula menapak perlahan-lahan. Masa tu aku semakin dekat bersalin anak ketiga. Setiap kali dia berjaya menapak aku gembira yang amat. Aku suami dan Abang akan sama sama bersorak bagi sokongan pada dia setiap kali berjaya melangkah setapak demi setapak. Dannish Riffqie semakin seronok bila kami bersorak ramai ramai. Dan akhirnya 2 hari sebelum aku bersalin, Dannish Riffqie bagi kejutan pada semua orang. Dannish Riffqie dah pandai berjalan malah dah boleh berlari dengan jayanya. Menangis nangis aku tengok anak aku ni dah pandai berjalan sana sini. Rasa macam tak percaya pula. Tapi bila Dannish Riffqie dah dapat kaki dan pandai berjalan sendiri terus riuh satu rumah. Siang malam dialah orang paling kecoh berjalan sana sini tanpa henti. Comel je bila teringat budak bertuah ni.


Tapi korang mesti tak percaya. Anak aku yang hensemboy ala ala korea ni (chewahh puji lagi..hehehe) bila umur 7 bulan dah pandai sebut beberapa perkataan dengan jelas. Mula mula tu sebutan dia tak berapa jelas. Tapi bila kita dengar betul betul apa yang dia sebut rasa nak ketawa pun ada. Terlampau comel sangat sebut ayat satu satu. Contoh Mama, papa, bang, Daddy. Mummy masih tak dapat sebut lagi. Selalu sebut mimi tapi okaylah tu janji adaaa..hehehe.

Masa umur 7 bulan Dannish Riffqie dah pandai minta susu. Setiap kali lapar dia akan sebut "susuuuu". Abang dia langsung tak boleh sebut perkataan susu ni tapi dia boleh sebut dengan jelas itu yang buat Mummy rasa nak cium peluk dia setiap kali sebut susu. Comel dan mengeramkan Mummy. Perkembangan Dannish Riffqie aku selalu ambil video dan post dalam instagram. Siapa yang rajin follow IG aku mesti tau Dannish Riffqie memang budak banyak cakap..hehe

Genap 1 tahun. Dannish Riffqie berjaya panggil aku "Mummy". Asal je nampak muka Mummy dia mulalah panggil panggil "Mummy" tanpa henti. Abang dia 1 tahun 8 bulan baru berjaya sebut Mummy. Sebelum tu macam macam nama aku dapat. Mimi, meee (dah macam mee goreng pula), tapi yang paling Daniael Mieqael suka panggil "Ammi"...hehehe.

Umur 1 tahun juga Dannish Riffqie dah pandai dan kenal semua anggota badan dia. Kalau kita sebut mata, dia cepat-cepat tunjuk mata. Geram je rasa dengan dia ni. Abang dia susah sikit. Tapi bila dah 1 tahun 6 bulan barulah boleh kenal semua anggota badan dia. Takpelah anak sulung aku tetap yang terbaik. 

Sekarang Dannish Riffqie dah nak masuk 2 tahun. Tapi Ya Allah mulut dia makin banyak cakap. Malah Dannish Riffqie lagi pandai bercakap dari Abang dia..hehehe. Syukur Alhamdulillah anak aku membesar dengan bijak. Betul lah orang tua tua cakap setiap perkembangan anak tak sama. Kalau dia lambat berjalan mungkin akan cepat bercakap dan begitulah sebaliknya. Apa yang aku lihat dan perhatikan kedua dua anak bujang aku yang sangat hensem ni masing masing ada gaya dan kelebihan tersendiri. Aku bukanlah nak banding bandingkan mereka, dua dua tetap anak yang baik dan bijak pandai. Apa yang pasti aku bersyukur dan cukup bangga dengan mereka. Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini. Sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka lebih dari segalanya. 




Wednesday, 19 November 2014

Semakin Stress

Assalamualaikum..


Aku semakin stress bila anak langsung tak nak minum susu dalam botol. Sekejap minum sekejap tak nak minum, stress betul. Bila selalu stress susu pula makin kurang. Bila dah jadi macam ni makin stresslah aku! Aku sampai hilang sabar malam ni. Aku paksa dia minum susu dalam botol tapi menangis nangis macam kena rotan. Dah nangis nangis macam tu entah aku pun nak nangis sekali. Tak faham betul. Dahlah aku paksa dia minum susu dalam botol, anak menangis aku pula yang lebih lebih menangis. Ya Allah stressnya!

Hari ni Rayyan Ashraff minum 2 botol je. Setiap satu botol tu 2oz. Tapi 2oz tu bukan habispun. Dia minum 1oz je. Pengasuh dah cuba berkali-kali tapi Rayyan Ashraff tak nak minum banyak. Rayyan Ashraff rela tidur daripada minum susu. Rasa macam nak ambil cuti tanpa gaji je kalau anak terus macam ni. Kesian pula tengok. Hari hari sanggup berlapar semata mata tunggu Mummy balik dari kerja. Kesian, susut dah badan anak aku sob sob sob T______T"










Monday, 17 November 2014

Perkembangan 3 bulan Baby Rayyan Ashraff

Assalamualaikum..


Cepatnya masa berlalu. Hero Mummy paling bongsu ni 3 bulan dah. Hari tu baby Rayyan Ashraff dah cucuk 3 bulan. Tapi masa timbang berat dia, Mummy tak happy sangat. Sebab berat baby naik sikit je. Sedih dan rasa bersalah pula. Mummy dah pening kepala dengan Rayyan Ashraff ni. Terlampau manja. Nak nenen Mummy je. 3 bulan Mummy cuti pantang bersalin bukan tak pernah ajar dia hisap susu botol tapi berhari hari malah sampai nak masuk kerja pun Mummy ajar tau. Tapi budak bertuah ni tak nak juga. Semua jenis puting susu dia tolak hidup hidup geram je Mummy.



Hari pertama masuk kerja, Mummy dah kecoh pasal anak tak nak menyusu dalam botol. Ramai yang bagi tips itu ini tapi semuanya Mummy dah pernah cuba tetap gagal. Kecoh punya kecoh ada jugalah Bos yang sangat prihatin dengan masalah Mummy. Bos belikan puting jenama Dr.baby. Harga puting susu ni murah gila!. Satu kotak tu ada 3 puting dengan harga Rm5.90 saja. Mummy sebenarnya tak pernah tau pun ada jenis puting murah macam ni. Ramai yang cakap baby suka puting jenis macam ni. Mummy pun trylah. Seminggu berperang dengan pengasuh sebab nak biasakan dia dengan puting ni. Mula mula nak, lepas tu tak nak pula. Tapi setakat ni dalam banyak banyak puting tiruan yang pernah Mummy cuba sebelum ni, puting Dr.baby ni lah baru dia mula hisap sikit sikit. Puting lain jangan harap nak hisap. Mummy sebenarnya tak suka sangat puting ni sebab bau dia lain macam je. Bau dia lebih kurang macam minyak petrol. Kalau lama lama cium bau dia boleh termuntah. Tapi ini antara puting yang terpilih terpaksalah Mummy pasrah seadanya :'(





Dua tiga hari ni Rayyan Ashraff baru nak hisap susu dalam botol. Tapi pakai puting susu Dr. Baby ni lah. Paling sedih 3 jam sekali dia cuma minum 1oz je. Mummy sedih betul. Minum 1oz tu pun sebab kena paksa minum dan bukannya dengan kerelaan hati dia sendiri. Minggu pertama Mummy masuk kerja Rayyan ashraff buat perangai kat rumah pengasuh. Pengasuh bagi minum susu dia nangis nangis tak nak. Malah sanggup berlapar tunggu Mummy balik kerja. Bayangkan perasaan Mummy ditempat kerja macam mana. Itu yang balik balik buat kerja salah tu sebab risau dan sedih anak tak minum susu. Setiap hari waktu lunch je Mummy cepat-cepat balik rumah pengasuh susukan dia. Setiap kali susukan dia mengalir air mata Mummy tengok dia. Nenen sampai tak nak lepas lepas, nampak sangat dia kelaparan. Makin dia hisap laju-laju makin laju jugalah air mata Mummy ni mengalir. Sedih je rasa. Kesian anak Mummy kelaparan T______T



Masa Rayyan Ashraff check up 3 bulan hari tu berat dia naik sikit je. Tapi masih tahap normal lah. Lagipun dia kan lahir kecil dan halus je. Naik sikit pun takpelah janji kesayangan Mummy ni sihat.

Berat Lahir : 2.3kg
Berat 1 Bulan : 3.7kg
Berat 2 Bulan : 4.9kg
Berat 3 Bulan : 5.8kg


Perkembangan Rayyan Ashraff dalam 3 bulan ni kalau kita layan dia cerita itu ini bukan senyum senyum lagi tau tapi suara comel dia ketawa terkehkehkehkeh dah mula kedengaran. Kalau Mummy tutup muka atau buat "ba ba chak!" Lagilah dia ketawa kuat. Abang abang yang sibuk main pun ketawa sama sama bila terdengar Rayyan Ashraff tetiba je ketawa. Makin Rayyan Ashraff ketawa makin seronok pula Abang abang dia..hehehe


Kat rumah pengasuh Rayyan Ashraff tidur macam ni. Pengasuh cakap kalau dia tidur macam ni boleh sampai 3 jam baru bangun. Kalau tak asyik terkejut dan susah nak tidur. Pengasuh bedung Rayyan Ashraff mengamuk pula tak nak. Kalau masuk dalam buaian lagilah tak nak. Menangis nangis dalam buaian. Mummy memang tak ajar anak anak Mummy tidur dalam buaian. Setiap kali tidurkan anak, Mummy cuma tepuk tepuk je. Mummy risau sebenarnya Rayyan Ashraff tidur macam ni. Abang abang dia pun Mummy tak pernah ajar tidur macam ni. Mummy takut lemas. Tapi pengasuh ni dah biasa tidurkan anak dia macam ni. Terpaksalah ikut je asalkan anak Mummy ni tak meragam.


Setakat ni Rayyan Ashraff tak pernah lagi berjaga malam. Kalau bangun malam pun sebab nak nenen je lepastu tidur balik. Senang sangat nak jaga dia. Tak banyak ragam sama macam abang dia Dannish Riffqie. Pengasuh pun cakap dia senang jaga Rayyan Ashraff. Kecuali bab nak susukan dia je ada masalah sikit. Haih anak tolonglah minum susu dalam botol. Kesianlah kat Mummy anak...


Anak Mummy yang terlampau manja ni kalau nenen dengan Mummy je mesti tersenyum senyum, ketawa ketawa lepastu mulalah mengadu itu ini. Dah puas mengadu sambung nenen lagi. Lepastu ulang lagi senyum senyum, ketawa ketawa. Padahal Mummy yang tengah nenenkan dia dah tertidur tapi dia tetap bercerita dan mengadu itu ini sampailah tertidur sendiri. Bila Mummy terjaga Rayyan Ashraff dah ZZzzzzzzzzzz. Sorry sayang Mummy penat, nak cuba layan tapi Mummy tertidur pula. Kesianlah.




Saturday, 15 November 2014

Semalam Abang Layan Cerita 'The Rock'

Assalamualaikum

Muhammad Daniael Mieqael

Semalam selepas tidurkan baby dalam bilik, Mummy cepat cepat keluar nak tengok abang abang yang masih belum tidur lagi. Mummy keluar bilik Daniael Mieqael tengah tengok TV sorang sorang. Dannish Riffqie pula dalam bilik mainan main lego. Mummy cepat cepat masuk dapur buat susu. Tetiba Dannish Riffqie datang dan tegur..

"Mummy buat apa tu.." (sambil gosok gosok mata)

"Mummy buat susu sayang. Lepasni tidur tau.."

"Okay Mummy.." (masih lagi gosok mata)

Dannish Riffqie kalau dah mula gosok gosok mata mengantuklah tu. Selepas buat susu Mummy ajaklah dua dua masuk dalam bilik. Dannish Riffqie ikut je terus masuk dalam bilik dan baring. Abang masih duduk atas sofa sambil tengok TV.

"Abang, jom tidur.."

Abang masih diam. Jam sudah menunjukkan pukul 10.35 malam. Mummy tutup semua lampu dengan harapan abang masuk dalam bilik. Lampu dah tutup pun abang masih tengok TV. Malah tak layan Mummy pun. Mummy terus tutup je TV. Tiba tiba abang menjerit jerit nangis

"Mummy, abang nak tengok! Abang nak tengok!" Sambil menangis nangis.

"Abang nak tengok apa?! Jom tidur!"

"Mummy buka TV abang nak tengok.." sambil tunjuk tunjuk TV. Mummy tak suka abang nangis lama lama nanti muntah pula. Benci betul kalau dia muntah. Bukan muntah sikit sikit tapi banyak. Satu hal pula nak bersihkan. Mummy pun buka TV. Takpelah untuk malam ni je. Lagipun kejap lagi Daddy nak sampai dari sarawak. Sekarang ni setiap minggu Daddy Terpaksa outstation ke Sarawak. 3 hari balik jumpa isteri dan anak anak lepastu pergi lagi. Biarlah Daddykan cari rezeki..

Sementara Abang tengok TV Mummy tidurkan Dannish Riffqie dalam bilik. Tak sampai 5 minit Dannish Riffqie dah tertidur. Mummy keluar layan abang pula. Mummy baru perasan abang tengah layan cerita TV3 The Rock. Biar betul Abang ni. Takkan dia layan cerita ni pula. Mummy pura-pura tukar Rancangan Astro. Abang menjerit jerit marah

"Mummy jangan tukar! Abang nak tengok!"

Ish ish budak ni dah pandai pula layan cerita macam ni. Mummy duduk sebelah Abang, teman abang tengok TV. Abang minum susu sambil baring atas sofa. layan punya layan Mummy pula yang seronok tengok. Abang serius betul tengok. Bila iklan je dia bangun dan minta itu ini dengan Mummy. Macam bos pula. Kejap nak biskut, kejap lagi nak roti. Mummy layankan jelah. Janji Abang makan. Jam dah menunjukkan pukul 11.20 malam. Daddy tak sampai sampai lagi. Abang pun tak tidur tidur lagi. Seronok sangat layan cerita The Rock tu. Tak pernah lagi abang layan cerita lama lama macam ni. Pelik pula Mummy. Tapi cerita ni memang bestlah. Mummy yang mula mula tak nak layan terus terlayan..hahahaha.

Kejap lagi jam 12 malam. Abang yang tengah baring atas sofa dah tertidur. Perlahan-lahan Mummy dukung masuk dalam bilik. 20 minit kemudian Daddy sampai. Daddy mandi. Makan. Sambil Daddy makan tu Mummy ceritalah  pasal Abang layan cerita The Rock. Daddy ketawa. Daddy cakap lepasni bolehlah dia bawa abang tengok wayang. Tengok wayang berdua je dengan Abang. Tetiba pula Mummy jeles dengar T_______T"

Haihh lamanya tak tengok wayang. Takpelah tengok wayang kat rumah jelah dengan anak anak lagi seronok..hehehe.



Friday, 14 November 2014

Habis Pantang Bersalin

Assalamualaikum..


Alhamdulillah akhirnya aku merdeka! Tapi aku rasa suami aku lagi merdeka kot..tehehe :p Akhirnya aku berjaya habiskan pantang bersalin aku selama 100 hari. Selalunya isteri habis pantang je para suamilah yang melompat keriangan. Iyelah faham faham sendiri jelah. Huh dugaan betul berpantang 100 hari ni. Macam macam cubaan. Kalau tak kuat habislah..habislah..keluar pula satu lagi..hehehe.


Dah beranak tiga ni aku harus kelihatan cantik menawan seperti anak dara yang masih bergetah. Sebab tu aku rela dan sanggup berpantang selama 100 hari demi mencapai misi sebenar aku. Gilaaaa kau tak nak jaga badan, suami aku tu dahlah muda, kacak bergaya, maka aku haruslah sentiasa kelihatan cantik menawan seperti Che Ta..Hahahaaha. Ehhh serius aku tak main main tau aku memang nak jadi macam Che Ta yang sentiasa kelihatan gojes tu!

Takkanlah kau beranak tiga badan dah macam tong sampah. Kulit muka pula dah tak selicin awal awal kenal dulu. Agak agaklah kan. Mesti suami kau dah senyap senyap cari perempuan lain yang slim melim cantik menawan. Orang lelaki ni suka tengok benda yang cantik cantik dan seksi termasuklah suami aku. Dah tau suami kau suka tengok benda cantik cantik maka jagalah diri dan percantikkanlah apa yang ada. Tak perlu pergi kedai mahal mahal dan botox sana sini. Cukuplah sekadar ikut amalan orang tua tua kita dan cuba berpantang ketat ketat. 

Tapi aku pun sebenarnya taklah berpantang ketat ketat, banyak perkara juga yang aku terlanggar semasa dalam pantang. Terutama sekali bab makan. Bila dah habis pantang ni rasa menyesal pula termakan makanan yang sepatutnya aku tak boleh makan. Takpelah. Halalkan sajalah wahai badan. Apa yang penting sekarang berat badan aku sikit je lagi sampai ke misi sebenar..huhuhu. Mesti ramai yang nak tahu apa rahsia yang aku amalkan. Senang je tak payah susah susah ikat perut nak diet segala. Cukuplah punya anak ramai insyaAllah cepatlah berat badan korang turun dengan pantas..Hahahaha. Ishh teruk betul perangai. Sebenarnya rahsia yang aku amalkan sepanjang tempoh bersalin ni aku ambil set berpantang shaklee. Aku mula amalkan produk shaklee ni semasa aku bersalin anak kedua. Alhamdulillah shaklee banyak membantu agar aku sentiasa kelihatan bertenaga cantik muda berseri..hehehehe.

Aku setiap kali mengandung kulit aku akan menjadi kusam dan gelap seolah olah banyak daki. Aku benci bila berkeadaan macam tu. Tapi sebab aku mengandung aku rela dan pasrah. Tapi aku tak duduk diam je, aku tetap usaha nak cantikkan balik kulit aku yang semakin kusam dan tak cantik tu. Alhamdulillah shaklee banyak membantu. Serius aku tak tipu. Sejak amalkan produk shaklee ni, husband selalu je puji memanjang. Kulit cantik berseri, ketat sana sini..tehehehe. Siapa yang tak suka kena puji, aku rasa semua orang suka kena puji kan lagi lagi bila suami sendiri yang memberi pujian itu seronok je rasa. Mulalah hidung kita kembang kembang tersenyum senyum malu..betul tak??! Heee heee heee...

Hari ini aku dah habis pantang dengan jayanya. Tapiiiiiii aku perlu berhati hati. Banyak perkara yang aku perlu elakkan. Aku tak boleh main belasah je. Sekarang ni aku tengah merancang keluarga. Merancang keluarga ni bermaksud aku tak boleh mengandung dalam masa terdekat. Tapi kalau Allah tetap nak bagi rezeki juga dalam masa terdekat ni, aku dan suami tetap terima seadanya. Kita kena ingat, kita merancang macam mana pun tapi kalau Allah dah tentukan semuanya siapalah kita untuk menghalangnya. Setiap apa yang Allah dah tentukan pada kita pasti ada hikmah yang kita tak tau. Jadi bersyukurlah setiap apa yang terjadi pada kita. InsyaAllah semuanya baik baik saja..



Wednesday, 12 November 2014

Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum..

Bila dah masuk kerja ni hari hari asyik teringat kat husband dan anak anak saja. Pagi tadi dah puas kiss kiss semuanya sebelum pergi kerja tapi tak puas dan masih rindu. Sampai ofis je buka henpon tengok gambar anak anak. Sebelum pergi breakfast buka henpon lagi tengok gambar anak anak. Sebelum buat kerja yang berlambak lambak ni aku buka henpon lagi tengok gambar anak anak. Macam setiap masa pula aku tengok gambar anak anak. Bateri henpon aku ni mesti tak tahan sampai petang sebab balik balik buka henpon dan tengok benda yang sama..hehehe :')

Hampir 2 minggu aku masuk kerja. Gambar inilah yang hari hari aku tengok. Bila aku tenung dan pandang lama lama gambar ni, aku rasa sebak semacam. Aku terbayang bayang masa silam aku dengan husband. 09 Ogos 2002 Masa tu aku dengan dia baru saja berkenalan. "Cinta pandang pertama" itulah yang berlaku antara kami. Seminggu kenal kami terus menjadi sepasang kekasih. Tapi sayangnya aku dengan dia bercinta jarak jauh. Kami pula masing masing masih belajar masa tu. Aku belajar kat Sabah. Dia pula belajar di negara asing iaitu France. Kami akan berhubung seminggu sekali saja. Husband belajar 8 tahun di France. Bayangkan bertahun tahun aku menanti dengan penuh sabar walaupun bermacam macam jenis jantan yang datang dan cuba menggoda namun aku tetap terus setia padanya. 

Tahun 2004 aku dah habis belajar dan mula bekerja sedangkan dia masih lagi belajar. Dugaan demi dugaan yang datang. Aku dengan dia hampir hampir saja berpisah. Bila dah mula kerja aku semakin sibuk. Hari yang sepatutnya untuk kami bertanya khabar aku semakin tiada masa nak layan. Aku tahu dia pasti berkecil hati. Tapi masa tu aku memang sibuk. Hari hari aku balik lewat. Sabtu ahad pun aku bekerja. Bila dah jadi macam tu dia mulalah fikir bukan bukan. Mula fikir aku pasang jantan lain. Asal je dia call kami akan bergaduh. Bila dah okay aku pula yang mula fikir bukan bukan. Bila dia terlambat call ataupun tak sempat call, Aku mula terfikir dia dah ada orang lain dan aku semakin dilupakan. Padahal waktu tu dia tengah sibuk dengan exam. Setiap minggu kami akan bergaduh sebab dua dua stress. Aku stress ditempat kerja dia pula stress dengan exam. Dan akhirnya kami berpisah.


..


..


..


..


..


..


..


..


..


..


BERSAMBUNG....




Saturday, 8 November 2014

Bilik Mainan Anak

Assalamualaikum.


Dua minggu sebelum masuk kerja aku sempat lagi mengemas dan menghias bilik anak anak agar kelihatan seperti suasana taska..hehehe. Aku dah lama plan buat satu bilik khas untuk anak anak aku bermain. Dah banyak kali cuba buat tapi selalu tiada masa yang sesuai. Aku pula masa tu tengah mengandung. Hari tu masa aku susun balik semua pakaian anak anak aku dalam satu almari barulah aku dapat idea dan berkesempatan menghias bilik anak. Aku kemas dan hias senyap-senyap. Dua beradik tu tak boleh tau nanti plan aku tak menjadi pula..hehehe.

Misi utama aku sebenarnya tak nak bagi dua beradik tu asyik sepahkan barang mainan kat ruang tamu. Kalau dah ada bilik toys untuk mereka senanglah sikit. Sekurang-kurangnya aku dan suami takdelah stress sangat asyik mengemas barang mainan je. Pernah sekali masa aku mengandung 5 bulan hari tu aku hampir hampir saja terjatuh sebab terpijak lego mainan anak aku. Anak aku ni kalau main bukan nak main satu toys je tapi semua akan dikeluarkan dalam bakul mainan. Lepas dah keluarkan semuanya boleh pula tinggalkan macam tu je tanpa rasa bersalah. Balik balik Daddy jugalah yang tolong kemas dan masukkan semuanya dalam bakul mainan. Kalau Daddy takde, Mummylah yang stress kemas sorang sorang. Sekali sekala dua beradik tu tolonglah juga kemas tapi lepastu sepahkan balik. Alaaa budak budak biasalah kan memang itulah cara dia bermain suka sepah sepahkan mainan. Aku tak kisah pun sebenarnya. Tapi bila dah ada bilik mainan bolehlah anak aku main main dalam bilik ni je. Haaaa cuba korang tengok gambar kat bawa ni. Hari hari keadaan rumah aku macam inilah. Dari pagi ke malam bersepah sana sini. Aku dan suami akan kemas waktu malam sahaja itupun tunggu anak anak dah tidur. Esok pagi anak bangun je terus cari barang mainan. Kesudahannya akan jadi macam ni lagi T_______T".




Mengemas dan menghias bilik untuk anak anak bujang aku bukanlah sesuatu yang senang. Berhari-hari jugalah aku fikir untuk menceriakan bilik mereka. Tapi bilik tu takdelah aku hias lebih lebih cukuplah sekadar sedap mata memandang. Aku hias simple simple je tapi aku hias penuh dengan kasih sayang dan inilah hasilnya.






Setakat ni itu jelah yang aku mampu fikir dan buat. Okaylah sekurang kurangnya nampaklah kemas dan tersusun sikit segala harta karun anak anak aku ni. Sekarang ni aku nak cari langsir katun katun je lagi supaya bilik ni lebih ceria. Langsir tu tak sesuai tapi takpelah untuk sementara saja. Nanti dari semasa ke semasa aku nak tambah lagilah mana yang boleh. Aku Ingat nak beli kerusi dengan meja kecil letak dalam bilik ni. Senanglah anak anak aku main tulis-tulis, lukis-lukis atas meja nanti. Puas hati betul tengok bilik toys anak aku dah kemas dan tersusun cantik macam ni. Walaupun penat tapi berbaloi sebab anak anak aku dah ada bilik sendiri untuk bermain. Kalau nak sepahkan semuanya pun sepahkanlah. Asalkan ruang tamu Mummy dah takde mainan kecil kecil yang selalu menyebabkan semua orang dalam rumah hampir hampir terjatuh..hehehe.


Anak-anak aku dah tiga hari bermain-main dalam bilik ni. Dua dua kegembiraan yang melampau sampai tak nak keluar bilik..HAHAHAHA. 

Okay babai..


Thursday, 6 November 2014

Hari pertama masuk kerja

Assalamualaikum.


Isnin aku dah masuk kerja. Hari selasa aku terpaksa ambil emergency leave sebab anak tiba tiba je tak sihat. Aku sepatutnya kena masuk ofis sebab kerja banyaaakkkk. Tapi anak tak sihat terpaksalah aku ambil EL. Hari rabu aku masuk kerja macam biasa. Kerja di atas meja semakin bertambah tambah. Tapi aku tetap tersenyum riang. Aku cuba buat kerja macam biasa tapi balik balik buat silap. Bos pun dah mula tegur banyak buat silap. Kalau boleh aku tak nak buat kesilapan dan cuba buat kerja sebaik mungkin. Aku bukan saja buat silap malah terus hilang ingatan. Kerja yang selama ni aku ulang ulang buat pun boleh terlupa. Nak masukkan data dalam sistem pun aku dah lupa. Ish ish ish teruk betul keadaan aku sejak bercuti lama ni. 


Setelah 3 bulan cuti bersalin dan berehat panjang, inilah saat saat yang aku paling tak suka iaitu hari pertama masuk kerja. Hidup aku mesti serba tak kena. Susah betul nak atur balik hidup aku sebagai seorang pekerja dan bukan lagi suri rumah sepenuh masa yang hanya layan suami dan anak anak di rumah. Masuk kerja je mesti pening pening. Kerja banyak tapi fikiran asyik teringat kat anak anak. Balik balik tengok jam dan tak sabar sabar nak balik rumah. Rindu pada anak anak tuhan je yang tahu. 

Kononnya nak update blog hari hari sekali terus tak sempat buat itu ini. Adik beradik pun dah mula pelik kenapa aku tak post gambar kat facebook dan Instagram. Aku memang aktif layan instagram dan facebook. Kalau aku tiba tiba je senyap mesti adik beradik aku mula pelik. Kawan-kawan pun mesti dah rinduuu dan tertanya tanya kenapa aku tetiba je sunyi sepi tanpa khabar berita. Adoi tetiba pula nak perasan sendiri..hewhewhew :p

Minggu ni aku kelam kabut sikit sebenarnya. Banyak benda yang aku kejar. Terutamanya masa. Dah 2 hari aku datang kerja lambat. Nasib baiklah bos bos aku jenis yang memahami. Lagipun aku bukanlah suka suka hati nak datang lambat. Aku kelam kabut dan terkejar kejar hantar anak anak kat rumah pengasuh. Aku dah cuba kejar masa tapi tetap terlambat juga. Dah alang alang lambat nasiblah. Malas aku nak stress stress fikir itu ini. Kalau bos nak marah pun marahlah. Aku tabahkan hati sajalah T______T". Bila sampai rumah aku dah penat. Penat tahap maksima. Tak sempat pun nak snap gambar anak anak. Sebelum anak anak tidur aku dah pengsan dulu. Siap berdengkur lagi..Hahahaha!

Aku rasa orang lain pun sama kot. Masuk kerja hari pertama je mesti dah kelam kabut sana sini dan kepenatan yang melampau di malam hari. Entahlah yang pasti aku sangat sangat penat minggu ni. Husband pula takde. Husband outstation ke Sarawak. Bila husband takde ni penat aku akan berganda-gandalah. Sebab terpaksa bangun awal hantar anak anak ke rumah pengasuh lepastu masuk ofis, kerja pula banyaaak. Bila waktu balik terkejar kejar ambil anak. Sampai rumah kena masak makanan anak anak. Sebelum tidur layan anak main main kejap walaupun hakikatnya aku dah penat sangat masa tu tapi aku tetap melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Paling mencabar bila nak  tidurkan anak. Anak nak tengok video Daddy dulu sebelum tidur. Video kena ulang banyak kali. Henpon sampai dah habis bateri. Daddy call banyak kali pun tak sempat layan T____T'. Hari ni aku baru sempat buka blog dan taip laju laju sambil pump susu. Siapa yang baca karangan aku ni mesti pening..Hahahaaha. 




Sunday, 2 November 2014

Hasil Shopping Semalam

Assalamualaikum..


Semalam Husband bawa kami anak beranak pergi shopping. Tujuan asal nak shopping baju basahan anak anak je. Tapi bila sampai sana Mummy terlebih shopping pula. Husband layankan saja. Tapi Mummy bukan beli suka suka hati je, semuanya penting untuk Mummy dan anak anak. Tempat dituju kedai Manjaku. Mummy suka shopping kat sini sebab barang baby semuanya ada. Lagi satu dekat je dengan rumah. Tak nak ambil risiko jalan jauh jauh nanti anak meragam pula. 

Kami keluar tengahari. Sebelum keluar Mummy bagi anak kenyang kenyang dulu. Daddy pun sama wajib kenyang juga. Sebab bila sampai sana Daddylah orang paling sibuk kejar anak sana sini..hehehe.






Macam biasa bila dah sampai sini anak anaklah paling excited dan tak sabar sabar naik atas sebab kat tingkat atas bermacam-macam barang mainan. Huru hara dua beradik ni, nasib baiklah masih boleh dikawal. Setiap kali datang sini memang akan rambang mata. Macam nak borong je semua. Tapi tak boleh ikut nafsu sangat kesian kat husband nanti so beli apa yang perlu sahaja. Okay gambar kat bawa ni hasil shopping semalam..


Semua pyjamas ni untuk Abang. Harga dia sangatlah murah. Setiap satu Rm15.90 saja. Memang berbaloi sangat dapat borong. Banyak lagi yang cantik cantik tapi semuanya saiz kecil. Mummy ambil 7 pasang. Geram tengok pyjamas ni warna warna dia comel je. Semalam tunjuk kat Abang pyjamas ni, tak sabar sabar pula anak bertuah tu pakai. Bila Mummy cakap basuh dulu barulah dia okay. Kalau berkeras juga nak pakai memang kena rotanlah dengan Mummy yang garang ni :p


Anak kedua Mummy Dannish Riffqie sejak akhir akhir ni dah pandai pula minta pillow macam abang. Kadang kadang pillow abang jadi mangsa. Abang sampai menangis-nangis bila bantal buchukk dia Dannish riffqie  bawa lari.  So Mummy beli satu untuk Dannish Riffqie. Bukan main happy lagi dia dapat bantal baru..hehehe


Yang ni keperluan Mummy bila masuk kerja. Senang Mummy campak segala botol dan pump dalam ni. Lagipun Mummy dapat harga murah. Harga asal Rm59.90 tapi semalam Mummy dapat dengan harga Rm25.90 saja. Tengok harga murah macam tu Mummy terus je beli. Corak dan warna dia pun comel je.


Mula-mula Mummy nak beli nursing pads je. Tapi setelah fikir dua tiga kali lebih baik beli benda ni je, susu pun tak membazir. Rasanya jenama avent ni okay kot. Nursing bra Autumn ni kali pertama Mummy beli. Ramai yang cakap okay. Jadi Mummy pun teringin nak try. Kain dia lembut dan harga pun murah je. Setiap satu tu Rm19.90.


Botol mam ni untuk baby Rayyan Ashraff. Mummy dah pening kepala dengan anak Mummy sorang ni. Dah bermacam macam jenis botol susu Mummy cuba dengan harapan dia akan terima. Tapi ya Allah semua pun dia tak nak. Minggu depan Mummy masuk kerja dah. Harap harap botol mam ni dia naklah. Kalau tak nak juga terpaksalah Mummy berulang alik dari tempat kerja ke rumah pengasuh. Adoi anak kesianlah Mummy T______T".



Dua beradik ni cepat sangat terpengaruh dengan iklan kat tv. Baru baru ni pasal iklan mandian carrie junior, entah macam mana Abang ternampak mandian ni dan dengan selamba dia je masukkan dalam bakul. Mummy ambil dan letak ke tempat asal, dia pun ambil balik dan letak dalam bakul sambil cakap "ini abang punya!". Mummy malas layan, Mummy ambil dan letak balik. Masa ni haaa mulalah dia buat drama menangis merayu rayu dengan Daddy dia. Daddy pula jenis cepat kesian bila tengok anak kesayangan dia dah macam tu terus je ikut kemahuan anak. Geram je Mummy. Mummy bukan apa kulit abang ni jenis kulit sensitif tak boleh pakai sabun mandian sesuka hati. Sebab tu sampai sekarang Mummy masih pakaikan abang dan adik adik dia mandian sebamed. Sebab ini je yang sesuai dengan kulit Abang.

Semalam dah try mandian ni wanginyeeee. Tapi tak taulah apa akan jadi dengan kulit abang lepas ni. Kalau gatal gatal satu badan Daddy harus bertanggungjawab dalam hal ni. Kalau okay bolehlah bersukaria pakai mandian yang sama anak beranak..hehehehe.


Setakat ni anak anak sesuai pakai pampers petpet saja. Dah pernah try jenama lain tapi semua pun tak sesuai. Sebelum ni Abang adik pakai mamypoko. Tapi sebab harga mahal sangat. Terpaksalah bertukar kepada petpet. Baby pun pakai petpet juga. Senang tak payah pening pening beli jenama lain. Abang pakai XL Adik pakai L baby pula masih pakai saiz S. Pampers ni kami dapat murah. Harga setiap satu Rm28 saja kecuali pampers baby. Mummy dah tak ingat harga dia lebih kurang 14.90 kot. Okaylah harga macam murah je kami terus je beli sebagai stok.

Okay itu je yang sempat Mummy shopping semalam. Esok Mummy dah start masuk kerja setelah 3 bulan bercuti. Fikir pasal kerja ni adoi malasnyalah. Harap harap semuanya okay..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page