HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Saturday, 3 January 2015

Azam Tahun 2015

Assalamualaikum..



Hari ini dah masuk 03/01/2015. Ya Allah rasa macam tak percaya je dah masuk tahun 2015. Tahun 2014 terlalu banyak kenangan indah yang tercatat dalam memori kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah segala urusan di tahun 2014 semuanya Allah permudahkan. Terima kasih Allah.

Setiap kali masuk tahun baru, pasti masing-masing ada pasang azam baru kan? Ya, termasuklah aku. Azam tahun lepas aku dapat capai separuh saja. Aku pun sebenarnya dah tak ingat apa azam aku tahun lepas. Yang pasti semuanya dipermudahkan Alhamdulillah.

Jadi apa azam tahun 2015?

Semua orang dah ada azam ke? Actually aku ni jenis yang suka berangan angan itu ini dan setiap kali datangnya tahun baru macam macam azam yang aku akan cuba buat padahal bukan senang sebenarnya aku nak capai azam tu. Tapi kalau tak cuba memanglah tak dapat kan. Tahun 2015 ni insyaAllah akan aku cuba sampai berjaya! :')

Sempena tahun 2015 ni aku dah ada beberapa azam baru. 

1) Azam pertama yang aku betul betul nak buktikan nak jadi seorang isteri yang lebih baik, sentiasa taat pada suami dan sudah tentu lebih menghargai mencintai suami lebih dari segalanya.

2) Keluarga menjadi keutamaan dalam setiap perkara. Terutamanya anak anak tersayang.

3) Tak nak tertinggal solat lagi. InsyaAllah.

4) Nak belajar mengaji. 

5) Nak jadi superMummy paling hebat di dunia!

6) Nak CANTIK dan SIHAT sepanjang masa. Cantik luar dan dalam. Biar suami tergoda habis habisan..HAHAHAA

7) Nak menyusukan Rayyan Ashraff sampai 2 tahun..insyaAllah

8) Nak kumpul duit banyak banyak dan beli rumah baru. Kalau boleh rumah atas nama sendiri.

9) Kalau tahun 2014 aku terlampau kuat shopping baju, tudung dan kasut secara online dan offline. Tahun 2015 ni aku nak kurangkan. Harap harap aku berjaya T_____T

10) Nak belajar masakan melayu. Dah pandai masak sikit sikit tapi nak jadi lebih baik. Anak dah ramai dan makin besar. Aku haruslah pandai memasak. Biar semua yang hebat hebat belaka tu kalah dengan masakan aku..hehehe. 

11) Aku berazam untuk lebih banyakkan saving daripada memboros yang bukan bukan.

12) Nak pergi BERCUTI luar negara!

13) Nak tukar handphone baru. Nampak sangat memboros lagi..hehehe. 

14) Semoga aku dapat mengupdate blog dengan konsisten. Sekurang kurangnya 4 kali seminggu Chewahh..hehe

Ish ishh dah 14 azam? Macam dah banyak sangat kan. Kalau korang nak tahu banyak lagi sebenarnya azam aku yang tersimpan dalam kepala otak aku ni. Tapi malu malu nak share kat korang..hehehe. Takpe yang itu biarlah rahsia..

Okay azam untuk tahun 2015 ni tak susah pun sebenarnya. Kalau aku malas memang tak tercapailah jawabnya. Semoga Allah permudahkan segalanya..Aminnn. 



6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page