HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Sunday, 11 January 2015

Baby Rayyan Ashraff Demam

Assalamualaikum.





Dekat seminggu blog tiba tiba sunyi sepi. Dah berjanji nak update 4 kali seminggu tapi apakan daya kita hanya mampu merancang. Minggu ni Rayyan Ashraff tak berapa sihat. Dah 5 hari demam berturut turut. Sejak Rayyan Ashraff demam minum susu pun tak nak. Nak dukung sepanjang masa. Kesian dah slim dah anak Mummy ni. 

Hari ini baby Rayyan Ashraff baru okay. Dah baik dari demam. Minum susu pun makin banyak. Syukur sangat. Sekarang dah boleh main sendiri dan senyum senyum, ketawa ketawa bila Mummy ajak dia main main. Syukurlah anak Mummy paling encemboy ni dah kembali ceria. Kalau tak asyik meragam je sepanjang masa. Sampaikan Mummy terpaksa ambil cuti 4 hari semata mata nak jaga dia. Tak sampai hati nak hantar ke rumah pengasuh. Kesian pula. 

Sepanjang jaga dia Mummy turut demam. Mungkin disebabkan tak cukup tidur dan rehat. Walaupun Mummy demam Mummy tetap kuatkan semangat berjaga malam untuk pantau suhu Rayyan Ashraff. Mummy risau dan tak boleh tidur. Dah kering air mata Mummy menangis sepanjang hari. Mummy lagi sedih bila anak tak nak minum susu. 

Susu sampai dah bengkak bengkak. Nak pump risau pula susu tak cukup untuk Rayyan Ashraff. Anak Mummy ni kan tak nak minum susu dalam botol. Sebab tu Mummy cuba bertahan dan tak pump. Tapi sayangnya susu makin banyak dia tetap tak nak minum. Mummy dah mula demam dan terpaksa pump. Sambil pump air mata Mummy tak habis habis mengalir fikirkan anak Mummy langsung tak nak minum susu. Asyik merengek menangis je dia. Kesedihan Mummy ni Allah je yang tahu. Siang malam Mummy berdoa agar Rayyan Ashraff cepat sembuh. Alhamdulillah Allah dengar doa dan rintihan Mummy padanya. Rayyan Ashraff yang terlampau encem sangat ni dah sihat sepenuhnya. Terima kasih Allah...




3 comments:

  1. alahai cian baby..moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. boleh nak dapat terget update 4 kali seminggu tu... time baby tido tu upadte cecepat dan simpan sebagai schedule... tiba masa dia akan keluar sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page