HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 5 January 2015

Lego Superhero Kesayangan Daniael Mieqael.

Assalamualaikum.



Ini antara koleksi lego kegilaan Abang. Semua ni Daddy yang ajar. Husband aku sejak lego kecik ni keluar selalu je berangan angan nak beli. Kali pertama Husband beli lego yang kononnya untuk koleksi sendiri aku dah mula risau dan membebel kat husband sebab risau anak anak aku termakan. Terutamanya anak kedua aku tu Dannish Riffqie. Lego tu dahlah halus lepas tu kena pasang satu satu pula. Aku yang tak biasa main lego halus halus ni boleh pening dibuatnya. 

Membebel pun tak berguna sebab kalau dah minat nak buat macam mana kan. Sekarang ni bukan Husband saja tapi anak sulung aku Daniael Mieqael pun dah terjebak sama dengan lego kecil kecil ni. Pantang jumpa lego, mulalah merayu rayu kat Daddy dia. Daddy pula cepat je beli. Tapi Husband aku takdalah beli yang mahal. Husband selalu beli yang murah-murah je. Mampu milik. Kalau mahal tu perlu persetujuan Mummy dulu..hehehe.


Setiap satu ni murah murah je. Kalau tak salah Mummy RM5.90 sekotak. Tapi Husband selalu beli 2 kotak je. Tapi bila dah beli setiap minggu, lama lama jadi banyaklah koleksi kegilaan Daniael Mieqael ni. Setiap kali Daddy beli, Daddy akan ajar Abang cara cara nak pasang dan akhirnya anak aku yang makin bijak ni dah pandai pasang sendiri.  


Tekun pasang satu satu. Kalau tiba tiba dia pasang salah atau benda tu tak boleh pasang dia akan mengamuk sendiri. Sabar jelah. Tapi kalau berjaya bukan main gembira lagi dia siap melompat lompat keriangan sambil menjerit jerit "Yeayyyy Abang pandai!"


Pasang lego ni tak boleh pasang suka hati. Kena tunggu Dannish Riffqie tidur. Kalau tak habis semua lego ni dia kerjakan satu satu. Bukan nak main atau masuk dalam mulut pun tapi dia akan buka balik satu satu, saja nak buli Abang dia. Kadang kadang Dannish Riffqie siap bawa lari lagi. Bila dah macam tu si Abang pula sudah pasti menangis kena buli dengan adik sendiri. Geram rasa macam nak rotan je dua dua.


Husband selalu beli dua jenis lego. Kononnya nak adil lah. Satu untuk Daniael Mieqael dan satu lagi untuk Dannish Riffqie. Beli permainan macam ni wajib beli dua kalau tak berebut rebut tahap aku hilang sabar. Tapi abang selalu tamak. Yang sepatutnya adik punya dia nak juga.  Bila dia dah puas main barulah dia bagi adik main pula. Nasib baiklah anak kedua aku ni jenis sabar. 

Setakat ini itu jelah koleksi lego superhero Abang. Lepasni mungkin Daddy akan tambah lagi. Sebab husband aku pun minat mainan lego ni. Biarlah janji Daddy dan anak anak enjoy...



9 comments:

  1. baguih la dah ada hobi kecik2 ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah hobi yang sama dengan Daddy dia..hehehe

      Delete
  2. bagus tau hobi buat lego ni... anak2 belajar skill motor & belajar pk cmner nak completekan that thing... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lia. Abang ni kalau betul betul minat main benda ni berjam jam pun sanggup asalkan dia berjaya pasang semua lego tu baru puas hati.

      Delete
  3. lor igat aryan je antu lego kotak kecik ni..rupa nyer daniel pon same..mang bole geng sngt la ni..
    Aryan sepupu dia ajar..dlm seminggu ada la 3, 4 kotak gak..
    Dah pasang cantik2..susun cantik2..dia pi ambil blk main..pastu tah mne2 la hilang je..geram betul..
    kadang de kepala xde..tangan hilang..badan pon hilang..xbole nk tgk benda tu cantik tersusun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAAAA.. Daniael Mieqael sayang sangat lego superhero dia ni. Cuma kekadang Dannish Riffqie suka rosakkan. Kesian Abang susah susah pasang adik dia pula suka pisahkan kepala tangan badan semua :'(

      Delete
  4. Kimi pon suka benda ni. Tapi mahalnya mommy beli. Kat pasar malam 3 kotak 10 hinggit jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 kotak RM10?!!! Ish biar betul. Ingatkan Husband beli tu paling murah. Sabar jelah :'(

      Delete
  5. kedai RM2, 2 hinggit je satu..lagi murah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page